DidiAndFren Publish time 27-4-2024 09:32 PM

Hormat Malaysia, jangan bawa budaya shisha!

Cyberjaya: Masih bersikap degil dan keras kepala. Itu sikap ditunjukkan pengusaha restoran Timur Tengah yang masih menawarkan aktiviti menghisap shisha secara terbuka.

Walaupun pernah dikenakan kompaun oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) namun aktiviti itu masih diteruskan hingga kini,

Yang Dipertua MPSepang, Datuk Abd Hamid Hussain berkata, rata-rata peniaga menyedari syarat ditetapkan ketika memohon lesen premis perniagaan.

Beliau berkata, penjualan shisa dan aktiviti menghisap shisa di premis makanan adalah dilarang.

Menurutnya, MPSepang sedia berkerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menjalankan operasi dan mengenakan tindakan terhadap premis yang menyediakan shisa di kawasan awam.

"Notis amaran boleh dikeluarkan kepada pemilik premis berkenaan. Sekiranya masih gagal, peniaga boleh dikenakan tindakan dan peralatan shisa dirampas selain arahan penutupan premis perniagaan.

"Sebelum ini kami pernah bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dalam operasi menangani pendatang tanpa izin (PATI)yang bekerja di premis perniagaan tanpa dokumen sah dan tinggal lebih masa di negara ini," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPSepang di sini, semalam.

Pada Mac lalu Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli memaklumkan terdapat enam restoran Timur Tengah yang didapati menyediakan perkhidmatan shisha di Cyberjaya.

Menurutnya, KKM hanya boleh mengeluarkan notis kompaun RM250 kepada pengusaha termasuk pelanggan manakala tindakan sita peralatan shisa dan tindakan lain kepada pengusaha di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT).

Abd Hamid berkata, pihaknya mengeluarkan lesen premis perniagaan berdasarkan undang-undang seperti pengusaha perlu memiliki sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dari kalangan warga tempatan.

Menurutnya, pengusaha warga asing yang mengusahakan restoran di kawasan ini kebanyakannya menggunakan lesen syarikat milik warga tempatan.


https://platform-cdn.sharethis.com/img/facebook.svg
https://platform-cdn.sharethis.com/img/whatsapp.svg
https://platform-cdn.sharethis.com/img/twitter.svg


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0427rsshisha_1714204383.jpg Yang diPertuaMPSepang, Datuk Abd Hamid Hussain. FOTO Samadi Ahmad



sharlenetexas Publish time 27-4-2024 09:51 PM

Tak geli ke share shisha ramai2?

Pages: [1]
View full version: Hormat Malaysia, jangan bawa budaya shisha!


ADVERTISEMENT