DidiAndFren Publish time 27-4-2024 09:52 PM

Hilang sabar pasangan kekasih bertengkar, buat bunyi bising... Rakan serumah langgar kereta!

GARA-GARA berang dengan pergaduhan sepasang kekasih sehingga mencetuskan bunyi bising, seorang lelaki bertindak melanggar kereta dinaiki pasangan tersebut di kawasan parkir sebuah kondominium di ibu negara.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 40 tahun berhubung kejadian itu.

Ujarnya, siasatan mendapati dalam insiden yang berlaku pada pukul 2.15 petang, 22 April lalu, pengadu dan teman wanitanya bertengkar di dalam sebuah unit kondominium berkenaan sehingga mencetuskan bunyi bising.

Seorang lelaki yang juga rakan kepada penyewa lain di dalam unit tersebut, berang dengan pertengkaran yang berlaku dan berlaku perselisihan faham.

Situasi tegang berlarutan hingga ke kawasan parkir apabila lelaki tersebut bertindak memandu kenderaannya dan sengaja melanggar kereta pengadu sehingga mengalami kerosakan, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Susulan laporan berkenaan, sepasukan polis dari JSJ IPD Brickfields memberkas suspek pada pukul 6.15 petang, Rabu lalu.

Suspek kini direman tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Semakan mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah sejak 2014 dan masih dikehendaki berhubung siasatan kes jenayah di Cheras.

                https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F04%2F26%2F2663434.jpg                                                                Video tular memaparkan seorang lelaki bertindak merempuh kereta dinaiki sepasang kekasih. -Gambar media sosial         
            

Carcosa Publish time 27-4-2024 11:05 PM

Oooo nilah sebabnya yach? Entah2 org tu nak tido ke apa, Yelah, housemate kan. Ko sebokkkkk lah bergasak gf-bf. Ha kauuu, hambik kau, jadi bumper car funfair jadiknye.
Pages: [1]
View full version: Hilang sabar pasangan kekasih bertengkar, buat bunyi bising... Rakan serumah langgar kereta!


ADVERTISEMENT