DidiAndFren Publish time 27-4-2024 09:55 PM

Bakal pengantin sedih ‘bestie’ tak layan dalam grup WhatsApp, abaikan cerita nak kahwin... Angan-angan pasang ‘bridesmaid’ berkubur

KEBANYAKAN golongan wanita pasti mempunyai lingkungan sahabat baik yang menjadi tempat untuk berkongsi berita gembira, rahsia, mencurahkan perasaan dan sebagainya.

Apabila melibatkan hari bahagia pula, sahabat baik adalah insan yang akan dimaklumkan lebih awal selain daripada keluarga, kerana mahu berkongsi kegembiraan bersama-sama.

Namun berbeza pula dengan kisah seorang wanita yang meluahkan rasa sedih bercampur kecewa dengan sikap yang ditunjukkan rakan-rakan rapatnya.

Mana tidaknya, keterujaan wanita itu berkongsi tarikh majlis perkahwinannya bagaimanapun tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

"Nak minta pendapat, pencerahan. Beberapa minggu lalu, saya ada beritahu ahli grup yang saya rasa rapat sangat pasal tarikh hari bahagia saya.

"Tapi hanya dua daripada mereka yang beri respons. Selebihnya hingga hari ini tiada respons daripada mereka.

"Actually beritahu awal sebab nak diorang jadi bridesmaid. Zaman belajar selalu berangan dengan diorang macam tu. Sebab itu excited beritahu, end up kecewa," kongsinya.

Tambah wanita yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu, apa yang berlaku benar-benar membuatkan hatinya terluka mengenangkan hubungannya dengan rakan-rakan tersebut begitu akrab.

"Patutkah saya berasa sedih? Over sangat ke kalau saya terasa? Sedih sebab rapat. Sepatutnya depa (mereka) pun excited kan?

"Atau pun mungkin saya saja yang over react? Saya yang cepat touching? Sedih korang, kita cepat touching kalau kita dah anggap rapat," kongsinya lagi.

Perkongsian yang dibuat di laman TikTok sehingga kini meraih lebih 21,000 jumlah tontonan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati seolah-olah dapat menyelami perasaannya.

Tidak sekadar menghujani wanita berkenaan dengan kata-kata semangat, ada juga di antara mereka yang berkongsi pengalaman masing-masing yang hampir serupa.

"Perasaan sebegitu tak salah. Kalau close circle yang buat macam tu, saya rasa sudah masanya untuk kita tinggalkan mereka.

"Baru nampak 'belang' sebenar mereka... siapa yang betul-betul nak awak bahagia dan yang berpura-pura. Memang sakit rasanya. Stay strong.

"Saya kena juga. Time mereka, saya siap datang naik flight dan tempah hotel. Bukan nak ungkit... saya kahwin lambat, saya harap sebagai 'balasan 'at least mereja datang tak kisah side lelaki atau perempuan.

"Saya pernah WhatsApp lebih daripada 20 orang kawan jemput datang kenduri. Tapi yang respons seorang je," demikian antara komen netizen.

                https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F04%2F27%2F2665164.jpg                                                                Ramai menjadikan rakan baik mereka sebagai 'bridesmaids' ketika hari bahagia. -Gambar hiasan Freepik (kanan).      
            


DidiAndFren Publish time 27-4-2024 09:55 PM

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/04/27/2665163.jpg

dua_chzy Publish time 27-4-2024 09:56 PM

Sebab tuw,

aiols tak ghamai kawan dan tak kumpul kawan.

dua_chzy Publish time 27-4-2024 09:57 PM

Whatsapp status aku pun 13 orang ja boleh tengok. FB lagik la sunyi sepi. Sini ja aku aktif bersosial. Aku bukan jenis add suma keligs di FB. Sebab deols acik bawang. Har har.

shernazz Publish time 27-4-2024 10:09 PM

Anggap la MCM angin lalu...
Haha
Nak pengapit banyak2 buat apa..

green~tea Publish time 27-4-2024 10:22 PM

:lol: :lol: :lol: :lol:

Aku dulu kawen pakai bridesmaid acik2 forem.. maybe around 6 out of 12 bridesmaid adalah acik forem, lain2 tu my childhood friends, gym friends..

Tp setelah berentam dgn scammer noraidil tu.. semua kawan acik forem aku putuskan hubungan.. sbb takut ada feeder info to the scammer....


Tp aku tak nyesal kawan or kenal dgn diorang... at least aku dapat pakai diorang as my props bridesmaid...

Acah2 meriahhh gitttewwww majelis kawen selama 4 jam tu...

green~tea Publish time 27-4-2024 10:26 PM

dua_chzy replied at 27-4-2024 09:56 PM
Sebab tuw,

aiols tak ghamai kawan dan tak kumpul kawan.

Agree.. kawan biar seribu tp takyah duk rapat sangat


Bukan semua ikhlas nak berkawan.. kadang dengki, kadang nak manipulate, kadang nak amek kesempatan je

dagusengett Publish time 27-4-2024 11:37 PM

Depa pun ada life masing2
Tak semua ada masa ada duit nak commit benda gini
Cari jelah geng lain
Setakat jadi dulang girls tu mintaklah tolong anak2 buah ke
I pun dulu mintak budak2 rumah sewa pegang dulang time sampai masjid tu je pun
Entah camana nasib baik ada anak2 buah sepupu jiran bagai so sesiapa jelah kasi jalan terus
Takde Nak harap sedondon bergambor posing2 semua tu yg penting settle nikah

aechae Publish time 27-4-2024 11:56 PM

Sempena nk genap setahun iols kawin, i bersyukur bff smpai syurga iols 12 org yg dr skolah, matrik, U ada msa iols kawin. Iols nk set date kawin dlu pn tnya 12 org ni bila korg boleh ada n block date siap2 6 bln sblum..

Dorg lg penting dr laki iols msa tu ;P
Dh kawin lmbat xda lh gedik nk bridesmaid bagai tp dorg bykkkkkk berjasa n supportive. Semoga kekal sahabat till jannah gtu:loveliness:

manopBKK Publish time 28-4-2024 12:00 AM

Topik apa ni setan???

ninja boy Publish time 28-4-2024 12:30 AM

Selepas bekerja semua rakan belajar pergi haluan masing2 lah, mereka bekerja berkawen dunia baru dah xde masa utk korang, korang bina kawan baru di tempat kerja jiran org terdekat jah

Thunderclouds Publish time 28-4-2024 05:23 AM

Brapa byk tered confession laaaa..
Ni bukan CI

kenarihitam Publish time 7-5-2024 09:50 PM

dua_chzy replied at 27-4-2024 09:57 PM
Whatsapp status aku pun 13 orang ja boleh tengok. FB lagik la sunyi sepi. Sini ja aku aktif bersosia ...

Lebih kurang sama mcm saya juga, 9 org ja boleh tgk, FB pun tak ramai friends terutama dikalangan officemate..yg jns membawang aman2 ja saya unfriend..baru aman hidup
Pages: [1]
View full version: Bakal pengantin sedih ‘bestie’ tak layan dalam grup WhatsApp, abaikan cerita nak kahwin... Angan-angan pasang ‘bridesmaid’ berkubur


ADVERTISEMENT