DidiAndFren Publish time 28-4-2024 07:17 AM

Lelaki melecur, 3 rumah musnah terbakar

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow kini dalam proses perbincangan dengan sekumpulan syarikat yang turut mengambil bahagian dalam taman reka bentuk litar bersepadu (IC) Selangor, baru-baru ini.

Susulan itu, syarikat berkenaan dijangka mengumumkan rancangan perniagaan mereka di Pulau Pinang dalam satu sidang media bersama Kon Yeow, esok.

"Kumpulan sama yang ke Selangor (sebelum ini) turut berbincang dengan pihak kami dan mereka akan mengumumkan beberapa pelaburan esok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan acara Pameran Audio Visual Antarabangsa wilayah Utara Pulau Pinang di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya, Kon Yeow berkata walaupun Pulau Pinang tidak mempunyai sebuah taman reka bentuk IC yang khusus, ini bukan bermakna tiada syarikat berkaitan yang beroperasi di negeri itu.

Dalam pada itu, beliau berkata pameran audio visual itu menjadi detik bermakna dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah metropolis dinamik dan ke arah kemajuan, seiring dengan visi yang digariskan dalam Penang2030.

Malah, katanya, Pulau Pinang juga telah lama menyasarkan usaha bagi memupuk ekosistem yang menggalakkan industri kreatif dan perkhidmatan perniagaan yang khusus.

Bersandarkan dedikasi sedemikian, Kon Yeow berkata Pulau Pinang akan melalui transformasi sebagai sebuah pusat global bagi teknologi, inovasi, dan industri kreatif menjelang 2030.

"Acara ini dijangka mengetengahkan lebih daripada 40 pameran unik oleh kalangan pempamer antarabangsa dari Singapura, Lithuania, Kanada, Taiwan, Thailand, Denmark, Australia, Amerika Syarikat (AS) serta tempatan dari luar Pulau Pinang.

"Selain menarik kehadiran kira-kira 7,500 pengunjung, acara ini akan turut menjana impak ekonomi bernilai RM13.49 juta sepanjang tempoh tiga hari penganjurannya," katanya.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/CHOW_KON_YEOW_1714141632.jpg Kon Yeow ditemui media ketika hadir merasmikan Pameran Audio dan Visual Antarabangsa wiayah Utara hari ini -NSTP/DANIAL SAAD





Pages: [1]
View full version: Lelaki melecur, 3 rumah musnah terbakar


ADVERTISEMENT