DidiAndFren Publish time 28-4-2024 07:29 AM

Cubaan seludup minuman keras gagal


LABUAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan menggagalkan cubaan menyeludup 10,728 tin dan botol minuman keras di kedudukan 2.9 batu nautika timur laut Pulau Balangkasan, Menumbok pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 5.10 pagi itu, turut dirampas sebuah bot pancung fiber dan tiga enjin dan keseluruhan rampasan termasuk minuman keras bernilai RM472,000.

Pengarah APMM Labuan, Kapten Maritim Izwanhadi Idros berkata, menerusi rondaan operasi Op Sejahtera, Op Khas Pagar Laut dan Op Tiris, bot ronda APMM mengesan bot pancung fiber sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan dari Pulau Labuan menuju ke Menumbok di posisi 0.1 batu nautika utara Pulau Balangkasan, Menumbok.

Katanya, ketika menghampiri bot berkenaan untuk pemeriksaan, bot bertindak memecut ke arah tebing hutan bakau muara Sungai Klias.

“Ketika itu, tekong bot melarikan diri ke hutan paya bakau berhampiran. Pemeriksaan lanjut di atas bot menemukan sejumlah 10,728 tin dan botol minuman keras pelbagai jenama.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-27-at-09.22.58_c231142e.jpg APMM Labuan menggagalkan cubaan menyeludup 10,728 tin dan botol minuman keras di kedudukan 2.9 batu nautika timur laut Pulau Balangkasan, Menumbok pagi semalam. Foto Ihsan APMM.



“Semua minuman keras itu dipercayai dibawa secara haram dan cuba diseludup keluar dari Pulau Labuan untuk pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, semua barang rampasan serta bot pancung fiber diiring masuk ke jeti Zon Maritim Labuan bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

“Usaha mengesan serta memburu dalang dan suspek diteruskan bagi memastikan pelaku jenayah dikenakan tindakan undang-undang yang tegas. Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 kerana membawa keluar minuman keras tanpa cukai melebihi jumlah yang dibenarkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Pages: [1]
View full version: Cubaan seludup minuman keras gagal


ADVERTISEMENT