DidiAndFren Publish time 28-4-2024 07:33 AM

Lelaki peluk 1,123 pokok

ACCRA –Seorang lelaki di Ghana mencipta rekod dunia selepas memeluk 1,123 batang pokok di Hutan Negara Tuskegee dalam masa sejam, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Abubakar Tahiru, 29, mula berminat dalam aktiviti pemuliharaan alam semula jadi ketika dia membesar dalam sebuah komuniti petani di Tepa, Ghana.

Dia juga sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang perhutanandi Universiti Auburn, negeri Alabama.

Percubaan memecahkan rekod dunia itu memerlukan Tahiru memeluk setiap pokok dengan erattanpa menyebabkan sebarang kerosakan dengan sekali percubaan.

Dengan purata 19 pokok seminit, Tahiru berjaya melepasi keperluan minimum 700 pokok untuk mencipta rekod dunia tersebut.

Rekod dunia itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan untuk menjaga dan memulihara alam sekitar. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/peluk-pokok-ragam-viral.jpg Abubakar Tahiru, memecahkan rekod dunia dengan pokok yang banyak dipeluk dalam masa sejam. - GUINNESS WORLD RECORDS





Pages: [1]
View full version: Lelaki peluk 1,123 pokok


ADVERTISEMENT