DidiAndFren Publish time 28-4-2024 11:22 AM

Santan Ayam Brand sebaik santan segar yang baru diperah

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/santan-on9.jpg Rangkaian produk santan Ayam Brand yang menjadi pilihan pelanggan untuk memudahkan masakan dan sihat.



PETALING JAYA – Santansalah satu produk keluaran syarikat Ayam Brand menjadi salah satu ramuan wajib dalam setiap sajian asli di negara ini bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Melayu tetapi juga kaum India dan Cina serta Orang Asli untuk menjadikan masakan mereka lebih sedap dan beraroma.

Produk keluaran syarikat berjenama yang berusia 132 tahun itu terkenal kerana ia terdiri daripada produk berkualiti, bebas bahan awet, tanpa tambahan MSG, malah ia sihat dan juga halal.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Santan Ayam Branddiperah daripada kelapa terpilih secara
bersih, kemudiannya dikekalkan kesegarannya dalam pek tetra mudah tanpa sebarang
bahan awet dengan menggunakan teknologi Suhu Ultra Tinggi (UHT).

“Santan Ayam Brand adalah sebaik santan segar yang baru diperah tetapi ia lebih mudah kerana anda
tidak perlu mengemas dapur untuk mendapatkannya.

“Santan ini juga mempunyai kepekatan yang tepat dan sesuai untuk setiap resipi.

“Pilihlahdaripada Santan Ayam Brand™ dalam pek 200ml (RM3.00) dan satu liter (RM11.90) yang
sesuai untuk keluarga besar atau penggunaan komersial dan Santan Trim Ayam Brand™
dengan pengurangan lemak sebanyak 45 peratus (200ml untuk RM3.00),” katanya.

Selain itu, bagi penggemar sajian pencuci mulut, boleh mencuba Santan Super Light Ayam Brand™ 330ml dengan hanya lima peratus kandungan lemak dan dipertingkatkan dengan air kelapa (RM3.60), bergantung pada pilihan
masing-masing.

Santan Ayam Brand™ juga sesuai dipadankan bersama Pes Tempatan Ayam Brand™dengan pes-pes kegemaran ramai termasuk Rendang, Kari Ikan, Kari Ayam, Masak Lemak dan Kurma. -KOSMO! ONLINE

DidiAndFren Publish time 28-4-2024 11:22 AM

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/Kurma-Daging.jpg

Yoonggi Publish time 28-4-2024 01:15 PM

hmm, ini isu semasa ka? daging masak kurma tu nmpk sedap do

Goodluckdontcry Publish time 28-4-2024 01:16 PM

Senarai santan kotak utk den..
1. Kara
2.Saji
3. Ayam brand
4. Ema

Paling xblh blah, jenama rex, rasaku dan m&s..cairnya lah ibarat mcm ko letak air pastu krim santan 2 teaspoon..bau pun xmcm santan..

I.K.A888990 Publish time 28-4-2024 01:16 PM

benang masak2 ke ni:lol:

jazaa100 Publish time 29-4-2024 07:38 AM

Goodluckdontcry replied at 28-4-2024 01:16 PM
Senarai santan kotak utk den..
1. Kara
2.Saji


M&S tu yg awal² kuar santan kotak.....
Aku dulu memang guna m&s ...
Skrg guna ayam brand & kara sbb kara ada packet kecik rm1 tu....yg 200ml ni bila tak hbis masuk dlm peti, bila nk guna dah rosakkk....
Pages: [1]
View full version: Santan Ayam Brand sebaik santan segar yang baru diperah


ADVERTISEMENT