sfhzuraz Publish time 28-4-2024 12:57 PM

Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas

Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

28 April 2024 12:15pm



https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/28/2630130.jpg
Tertuduh (dua dari kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kulim pada Ahad.



KULIM - Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Kulim selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas pada Isnin lalu.
Tertuduh, L Vignesvari, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada P Tharmalingan, 69, dengan menggunakan kayu di sebuah rumah di Taman Desa Aman, Sungai Karangan, dekat sini lebih kurang 3 petang, 22 April lalu.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman terbabit.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Pavitra manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Suhailah Ahmad.
Terdahulu, Suhailah memohon anak guamnya dikenakan hukuman ringan memandangkan dia seorang ibu tunggal dan memiliki seorang anak selain tiada pendapatan.
Bagaimanapun pihak pendakwaan memohon agar dikenakan hukuman setimpal sebagai memberi pengajaran kepada masyarakat dan berkepentingan awam.
Sebelum itu, rakaman video yang memaparkan insiden seorang warga emas dipukul di sebuah rumah kebajikan, tular di media sosial sehingga menarik perhatian ramai.

Susulan itu, polis menahan pemilik dan pengurus sebuah rumah kebajikan terbabit bagi membantu siasatan.
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas


ADVERTISEMENT