sfhzuraz Publish time 28-4-2024 02:59 PM

KEDA bangunkan tanaman padi wangi, huma tahun ini

KEDA bangunkan tanaman padi wangi, huma tahun ini


Oleh Noorazura Abdul Rahman - April 28, 2024 @ 2:52pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhjamil28_1714287127.jpg
Pengerusi KEDA, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menerima mok cek dividen daripada wakil anak syarikat KEDA, KEDA Holding Sdn.Bhd (KHSB) sebanyak RM100,000. - Foto NSTP/Noorazura Abdul Rahman




ALOR SETAR: Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) akan membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya pada tahun ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata kawasan itu membabitkan tanah terbiar di daerah Baling, Padang Terap dan Sik.
Beliau berkata, ia seiring dengan usaha KEDA untuk memulihkan dan menaik taraf 400 hektar tanah pada tahun ini menerusi peruntukan kerajaan sebanyak RM1.25 juta.
"Projek tanaman rintis pembangunan padi wangi seluas 34.57 hektar dicadangkan di Kampung Weng Dalam, Baling yang dijangka bermula pada September atau Oktober tahun ini dan KEDA sedang mengenal pasti pihak-pihak tertentu untuk membimbing peserta yang terbabit.
"KEDA berhasrat untuk mempergiat penanaman padi bukit (padi huma) di kawasan operasinya. Kini, kita sedang mencari peserta yang berminat dan kawasan bersesuaian untuk dibangunkan.
"Selain itu, kita juga sedang mencari rakan strategik yang berpengalaman bagi mempermudah proses pelaksanaan projek ini," katanya pada Majlis Sambutan Aidilfitri KEDA di ibu pejabatnya di sini, hari ini.
Jamil Khir berkata, usaha membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma adalah untuk membantu meningkatkan pendapatan petani memandangkan harga padi beras wangi adalah tinggi, berbanding padi beras putih tempatan.
Selain itu, katanya, KEDA ingin membantu kerajaan dalam menangani isu pengeluaran beras di negeri ini.
"Kita (KEDA) mengambil tanggungjawab untuk membantu membangunkan kawasan tanah terbiar di luar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Jadi, kita cadang untuk laksanakan di tiga daerah iaitu Baling, Sik dan Padang Terap yang tidak termasuk dalam kawasan MADA.
"Usaha ini mungkin membolehkan kita menambah jenis variati beras di pasaran nanti, harap-harap nanti produk jenama kita ini akan berjaya dan beras wangi KEDA akan menjadi sinonim dengan rakyat negeri ini," katanya.
Beliau berkata, sebanyak 1,587 hektar sawah dan tanah terbiar di Kedah sudah dipulihkan dan dinaik taraf menerusi projek berkenaan dan membabitkan peruntukan keseluruhan.RM8.5 juta.
KEDA bangunkan tanaman padi wangi, huma tahun ini (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: KEDA bangunkan tanaman padi wangi, huma tahun ini


ADVERTISEMENT