sfhzuraz Publish time 29-4-2024 10:25 AM

Letupan bom Sungai Golok: Penduduk Rantau Panjang turut rasai gegaran

Letupan bom Sungai Golok: Penduduk Rantau Panjang turut rasai gegaran

OlehHAZELEN LIANA KAMARUDIN

29 April 2024 09:20am







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/29/2631022.jpg
Penduduk di Rantau Panjang mengesahkan mereka turut merasai gegaran letupan bom yang dipercayai berlaku di kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat awal pagi Isnin. Foto ihsan pembaca



RANTAU PANJANG - Penduduk di sini mengesahkan mereka turut merasai gegaran letupan bom yang dipercayai berlaku di kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat awal pagi Isnin.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Imi, 45, berkata, selain letupan dia mendakwa turut mendengar insiden berbalas tembakan di kawasan berkenaan.


"Kejadian itu berlaku sekitar 1.30 pagi. Waktu itu, saya dan keluarga sedang tidur sebelum dikejutkan dengan insiden berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Menurutnya, bunyi letupan itu turut didengari sejauh lima kilometer dari kawasan pekan Rantau Panjang.


Ujarnya, selepas letupan itu beberapa pangkalan haram yang di terdapat di sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang ditutup buat sementara waktu.
Terdahulu tular klip video berkait insiden berkenaan selepas ia dimuat naik oleh penduduk tempatan menerusi laman sosial Facebook.
Letupan bom Sungai Golok: Penduduk Rantau Panjang turut rasai gegaran - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Letupan bom Sungai Golok: Penduduk Rantau Panjang turut rasai gegaran


ADVERTISEMENT