mattzzx Publish time 29-4-2024 02:44 PM

Sindiket penipuan pelaburan guna ayat 'cair' perdaya mangsa

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0429rsskrip_1714365790.jpg
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar menunjukkan 'skrip mesra' yang dirampas di beberapa kediaman di Johor Bahru digunakan sindiket pelaburan tidak wujud. FOTO Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Selain beroperasi di kediaman elit berpagar, sindiket penipuan pelaburan tidak wujud turut mempunyai skrip menggunakan ayat 'cair' bagi memperdaya dan memerangkap mangsa.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, pihaknya menemukan skrip berkenaan menerusi serbuan dijalankan antara jam 10.55 pagi hingga 5 petang pada 25 April lalu di bandar raya ini.

Beliau berkata, serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bersama pasukan polis Johor Bahru Selatan serta Iskandar Puteri.

Menurutnya, serbuan dan pemeriksaan dilakukan terhadap tiga unit premis kediaman di kawasan elit berpagar dan berpengawal yang dipercayai beroperasi sebagai pusat panggilan sejak dua bulan lalu.


"Menerusi pemeriksaan dijalankan seramai 19 individu termasuk lapan lelaki dan tujuh wanita warga tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Remaja perempuan berusia 16 tahun yang ditahan tidak bersekolah serta 18 individu lain yang bekerja di pusat panggilan sebagai pekerja biasa iaitu menghubungi mangsa menerusi aplikasi Telegram, TikTok dan WeChat manakala seorang lelaki berusia 38 tahun bekerja sebagai penyelia.

"Pekerja biasa (operator) ditawarkan gaji bulanan RM2,500 manakala penyelia pula dibayar gaji RM7,000 serta disediakan kemudahan penginapan, makanan percuma di rumah sewa.

"Siasatan awal mendapati modus operandi ahli sindiket berkenaan adalah mempromosikan dan menawarkan pelaburan secara atas talian dengan menjanjikan pulangan yang lumayan," katanya di sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Kumar berkata, kumpulan pekerja sindiket berkenaan dibekalkan dengan skrip bagi tempoh sekurang-kurangnya lima hari ketika menghubungi mangsa sama ada di dalam atau luar negara.

Menurutnya, skrip dalam bahasa Inggeris dan Mandarin itu bertujuan bagi meraih keyakinan mangsa sebelum memujuk bagi membuat pelaburan serta diberikan panduan tertentu.

"Skrip yang mencatat ayat-ayat manis itu seperti 'how are you', I think I'm in love with you, I can't love one more than you' bagi menarik perhatian mangsa untuk membuat transaksi wang.

"Polis merampas 73 telefon bimbit, 40 kad sim, 16 helai kertas mengandungi skrip kerja, 14 komputer riba, sebuah kenderaan, sebuah modem Wifi dan serangkai kunci rumah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atau Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959.

"Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dan dengan sebatan dan denda," katanya nilai pelaburan dan kerugian mangsa masih dalam siasatan.

Beliau berkata, tempoh tahanan reman tamat pada hari ini dan akan dilanjutkan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1084914/sindiket-penipuan-pelaburan-guna-ayat-cair-perdaya-mangsa
Pages: [1]
View full version: Sindiket penipuan pelaburan guna ayat 'cair' perdaya mangsa


ADVERTISEMENT