mattzzx Publish time 30-4-2024 11:23 AM

Pemuda Orang Asli maut terkena peluru sesat

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/02/gambar-hiasan-mayat.png
Gambar hiasan.

LIPIS – Seorang pemuda Orang Asli berusia 22 tahun maut dipercayai terkena tembakan peluru sesat di Hutan Kampung Tekal, Sungai Koyan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, mangsa yang cedera akibat terkena tembakan dibawa oleh seorang lelaki ke Balai Polis Sungai Koyan kira-kira pukul 11 pagi.

Menurutnya, lelaki berkenaan memaklumkan berlaku kematian akibat tembakan peluru sesat.

“Kira-kira pukul 12. 30 tengah hari, pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Sungai Koyan telah mengesahkan kematian mangsa yang berada di dalam kenderaan terbabit.

“Difahamkan kejadian tembakan itu berlaku sekitar pukul 1 hingga pukul 2 pagi di Hutan Kampung Tekal, Sungai Koyan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 38 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLIne
https://www.kosmo.com.my/2024/04/30/pemuda-orang-asli-maut-terkena-peluru-sesat/
Pages: [1]
View full version: Pemuda Orang Asli maut terkena peluru sesat


ADVERTISEMENT