mattzzx Publish time 30-4-2024 03:29 PM

Lelaki pecahkan cermin 4 kereta guna cangkul dipenjara 14 bulan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2024-04-30_14-35-31_1714460952.jpg
FAIZAL dipenjara 14 bulan selepas memecahkan cermin empat kereta di Felda Maokil, Muar. FOTO Alias Abd Rani

Muar: Pekerja kontrak dijatuhi hukuman penjara 56 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan merosakkan cermin empat kereta menggunakan cangkul dalam kejadian amuk, Sabtu lalu.

Faizal Mohsin, 45, yang berhadapan empat pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, tertuduh didakwa didakwa merosakkan cermin kenderaan Grand Livina, Proton Saga dan Waja serta Pesona milik empat penduduk Felda Maokil, pada 3 pagi, 27 April lalu.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang masih bujang didakwa mengamuk di Felda Maokil sebelum mengambil cangkul dan memecahkan cermin belakang empat kenderaan penduduk di situ.


Dia juga berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta sama, kerana memiliki heroin.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 427.

Manakala bagi pertuduhan Seksyen 12 (2), mahkamah membenarkan ikat jamin RM2,800 memandangkan pihak pendakwaan masih belum menerima laporan kimia.

Mahkamah memutuskan kesemua hukuman penjara terbabit berjalan serentak bermula tarikh tertuduh ditahan, 27 April.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1085365/lelaki-pecahkan-cermin-4-kereta-guna-cangkul-dipenjara-14-bulan
Pages: [1]
View full version: Lelaki pecahkan cermin 4 kereta guna cangkul dipenjara 14 bulan


ADVERTISEMENT