mattzzx Publish time 30-4-2024 03:42 PM

Warga emas pengerusi koperasi nafi salahguna wang RM422,440

https://assets.bharian.com.my/images/articles/koperasi_1714462756.jpg
Pengerusi Koperasi Felda Palong Empat Negeri Sembilan Berhad, Zainol Ishak, 73, (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyenatas pertuduhan menyalahgunakan wang koperasi berkenaan berjumlah RM422,440 pada tahun 2020 dan 2021. - Foto NSTP/Azrul Edham

SEREMBAN: Pengerusi Koperasi Felda Palong Empat Negeri Sembilan Berhad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan wang koperasi berkenaan lebih RM400,000 pada 2020 dan 2021.

Tertuduh Zainol Ishak, 73, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Menurut pertuduhan, tertuduh dengan secara tidak jujur menyalahgunakan harta untuk diri sendiri, iaitu wang sejumlah RM422,440 daripada akaun bank milik koperasi itu.

Perbuatan itu dilakukan antara Ogos 2020 hingga November 2021 di sebuah bank di Jalan Tampin, Gemas, Tampin.


Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dan dengan sebat, dan boleh juga dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Azriff Firdaus Mohammad, manakala tertuduh diwakili peguam Shahidah Muslimah Roslan.

Pihak pendakwaan menawarkan wang jaminan sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin dengan dua syarat tambahan.

Shahidah Muslimah memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan terhadap anak guamnya memandangkan tertuduh menanggung isteri dan empat cucunya yang kini anak yatim.

Mahkamah kemudiannya membenarkan wang jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan perlu melapor diri di pejabat SPRM Seremban pada Sabtu pertama setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah hingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Mei ini.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/04/1241046/warga-emas-pengerusi-koperasi-nafi-salahguna-wang-rm422440
Pages: [1]
View full version: Warga emas pengerusi koperasi nafi salahguna wang RM422,440


ADVERTISEMENT