Vellfire Publish time 30-4-2024 10:14 PM

Dua wanita ditahan, terlibat aktiviti pemerdagangan orang

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240430/img2126.jpeg

SELAMAT: Empat wanita yang diselamatkan selepas menjadi mangsa pemerdagangan orang di Labuan.
LABUAN: Polis menahan dua wanita selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti pemerdagangan orang di sini.
Ketua Polis Labuan Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, kedua-dua suspek masing-masing warga tempatan berumur 36 tahun danwarganegara Filipina berumur 22 tahun ditahan selepas pihak polis menyelamatkan empat mangsa pemerdagangan dalam dua siri operasi berasingan.
“Bertindak dengan maklumat, pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan membuat serbuan di sebuah hotel di bandar Labuan pada 26 April lalu.
“Seramai tiga wanita warganegara Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan dalam operasi ini.
“Hasil daripada penyelamatan tiga mangsa di Labuan, seorang lagi mangsa yang berjaya melarikan diri ke Penampang berjaya diselamatkan hasil bantuan pihak polis daripada Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada 27 April,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Katanya, hasil Op Pintas ini berjaya menyelamatkan keseluruhan empat orang wanita warganegara Filipina berumur antara 31 hingga 33 tahun yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Mohd Hamizi berkata, kesemua mangsa dipaksa bekerja sebagai pelayan di sebuah premis hiburan dalam kawasan bandar Labuan.
“Dua suspek wanita yang ditahan akan direman selama tujuh hari sehingga 4 Mei depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM).
“Pihak polis menasihatkan masyarakat untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah mahupun aktiviti pemerdagangan orang kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/30/dua-wanita-ditahan-terlibat-aktiviti-pemerdagangan-orang
Pages: [1]
View full version: Dua wanita ditahan, terlibat aktiviti pemerdagangan orang


ADVERTISEMENT