Vellfire Publish time 30-4-2024 11:24 PM

Institut Koperasi Malaysia meterai MoU dengan Jordan Cooperative Corporation

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240430/709bdac4-4e28-418c-9000-caac61c5926a.jpeg

CENDERAHATI: Ewon (tiga kanan) menyampaikan cenderahati kepada Khaled Al-Huneifat, turut kelihatan, Mohd Ali (dua kanan) dan Abdelfattah (dua kiri).
JORDAN: Institut Koperasi Malaysia (IKMA) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jordan Cooperative Corporation (JCC), sempena Persidangan Menteri-Menteri Koperasi Asia Pacific (APCMC) ke-11, di sini.
MoU terbabit terjalin hasil kerjasama teknikal dan saintifik dalam bidang koperasi merangkumi latihan dan pendidikan, penyelidikan dan penerbitan, pertukaran maklumat dan kepakaran serta program-program konsultansi.
Majlis menandatangani MoU disaksikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Menteri Pertanian Jordan yang juga Pengerusi JCC Khaled Al-Huneifat.
IKMA diwakili Ketua Pengarah Datuk Mohd Ali Mansor, manakala JCC pula diwakili oleh Ketua Pengarah Abdelfattah Shalabi.
Terdahulu, Ewon mengadakan pertemuan dengan Khaled bagi membincangkan kerjasama dua hala dalam pembangunan koperasi dan keusahawanan.
Ewon turut menyampaikan kenyataan menteri pada hari kedua persidangandan mengambil bahagian dalam penyediaan Deklarasi Bersama APCMC ke-11.
Deklarasi Bersama ini akan diterima pakai semasa sambutan Hari Koperasi Sedunia pada Sabtu pertama bulan Julai tahun ini.
Ewon berkata, antara perkara yang disampaikan dalam kenyataan menteri ialah prestasi gerakan koperasi Malaysia dan cadangan hala tuju kerjasama antara koperasi-koperasi di peringkat antarabangsa.
“Saya berbangga beberapa negara menjadikan Malaysia sebagai contoh dalam tadbir urus dan pembangunan gerakan koperasi.
“Persidangan ini memberi manfaat besar kepada negara-negara peserta termasuk Malaysia yang sudah memeterai perjanjian antara IKMa dan JCC,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/30/institut-koperasi-malaysia-meterai-mou-dengan-jordan-cooperative-corporation
Pages: [1]
View full version: Institut Koperasi Malaysia meterai MoU dengan Jordan Cooperative Corporation


ADVERTISEMENT