Vellfire Publish time 30-4-2024 11:43 PM

Kerjasama Malaysia-Jepun beri faedah kepada rakyat

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240430/sri-ub300424-kl-snowdantamu-p2.jpg

Snowdan (kanan), Doris (dua kanan) serta yang lain melakukan tinjauan dan menyantuni para peniaga di pasar tamu berkenaan.
SRI AMAN: Jalinan kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Jepun melalui Japan Malaysia Association (JMA) terbukti memberi faedah kepada rakyat tempatan.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan berkata, dengan adanya jalinan kerjasama itu membuktikan pelabur asing berminat untuk melabur di negara ini.
"Dengan adanya kerjasama seperti ini akan meningkatkan pendapatan ekonomi negara dan masyarakat DI negara ini," ujarnya ketika merasmikan Michinoeki Sabal Market (Tamu) di Kampung Sabal Kruin di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, tamu tersebut didirikan dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Jepun melalui kerjasama JMA.
"Terima kasih kepada kerajaan Jepun kerana menjalinkan kerjasama dengan Malaysia dalam membiayai pembangunan projek ini yang dilihat mampu meningkatkan ekonomi masyarakat setempat," jelasnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin itu berkata, tamu tersebut adalah bagi penduduk kampung dan sekitarnya untuk menjual hasil pertanian dan tanaman mereka dan seterusnya menjana pendapatan.
Hadir sama Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Seri Doris Sophia Brodie, wakil Kerajaan Jepun di Malaysia Yoshito Yamashita, Presiden JMA Takakazu Ogawa dan Penyelaras JMA Sarawak Kazue Sakai.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/30/kerjasama-malaysia-jepun-beri-faedah-kepada-rakyat-snowdan
Pages: [1]
View full version: Kerjasama Malaysia-Jepun beri faedah kepada rakyat


ADVERTISEMENT