Vellfire Publish time 30-4-2024 11:45 PM

Kes jenayah, polis tidak akan berurusan hanya melalui telefon

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240430/kch-ub300424-jl-mancha-p1.jpg

Mancha semasa menjadi saksi upacara serah terima tugas Ketua Polis bagi Padawan, Serian dan Matu Daro.
KUCHING: Polis tidak akan berurusan dengan mana-mana pihak berkaitan kes jenayah hanya melalui panggilan telefon.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, urusan membabitkan kes jenayah akan dilakukan secara bersemuka sebelum sebarang tindakan selanjutnya diambil.
Justeru katanya, sekiranya ada individu yang mendakwa dirinya pihak polis dan cuba berurusan dengan hanya melalui panggilan telefon, besar kemungkinan adalah 'scammer.'
"Untuk makluman, polis tidak akan berurusan dengan mana-mana individu memaklumkan bahawa mereka terlibat jenayah hanya melalui panggilan telefon.
"Paling tidak, polis hanya akan menghubungi meminta mereka hadir ke mana-mana balai polis untuk membantu siasatan atau diambil keterangan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan upacara serah terima tugas di Mes Pegawai Kanan IPK Sarawak, hari ini.
Beliau berkata demikian susulan peningkatan kes jenayah komersial membabitkan kes 'phone scam', 'parcel scam' dan banyak lagi.
"Meskipun pelbagai program telah dijalankan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai berkaitan kes-kes penipuan ini, namun jumlah kes masih menunjukkan peningkatan.
"Kes tipu 'phone scam' sahaja setakat tiga bulan pertama tahun ini merekodkan 40 kes membabitkan kerugian sekitar RM2.7 juta" katanya.
Manakala keseluruhan kes penipuan bagi tiga bulan pertama tahun ini merekodkan 571 kes membabitkan kerugian sekitar RM28.6 juta.
Sementara itu, sebanyak 244 tangkapan telah dilakukan bagi tempoh tersebut dan seramai 374 orang termasuk dari kes-kes tahun sebelum telah dituduh di mahkamah.
"Orang ramai boleh menghubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 jika anda merupakan mangsa penipuan siber," ujarnya.
Orang ramai turut disarankan untuk memuat turun aplikasi 'Whoscall' melalui Google Play Store atau Apple Store untuk membantu anda membuat keputusan sama ada mahu menjawab panggilan telefon yang diterima atau sebaliknya.
"Selain itu semakan nombor telefon dan akaun bank suspek juga boleh dibuat melalui Aplikasi Check Scammers CCID atau melalui laman web http://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi kewangan," ujarnya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/30/kes-jenayah-polis-tidak-akan-berurusan-hanya-melalui-telefon-mancha
Pages: [1]
View full version: Kes jenayah, polis tidak akan berurusan hanya melalui telefon


ADVERTISEMENT