mattzzx Publish time 2-5-2024 02:27 PM

Lelaki ditemui terapung dipercayai dibunuh

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/obj51472272_1714625263.jpg
POLIS mengangkat mayat lelaki tanpa identiti yang ditemui dekat Sungai Linggi, Jalan Paroi-Senawang, dekat Paroi, 27 April lalu. FOTO Ahmad Hasbi

Seremban: Mayat lelaki yang ditemui mereput dekat Sungai Linggi, Jalan Paroi-Senawang, dekat Paroi, di sini, 27 April lalu dipercayai dibunuh.

Laporan hasil bedah siasat mendapati lelaki itu mengalami kecederaan pada kepala dan rahang sebelum mayatnya ditemui kira-kira 2 petang.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, mayat ditemui orang awam yang melalui kawasan itu dan terhidu bau busuk sebelum ternampak mayat terapung.

"Mayat berseluar panjang tanpa baju dan mempunyai tatu pada lengan sebelah kiri, kanan dan dada.


"Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada si mati. Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat," katanya.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas si mati mendapati terdapat kecederaan retak di bahagian kepala dan patah tulang rahang yang terjadi ketika masih hidup," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru beliau berkata kejadian itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Orang awam yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta tampil dan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Saufi Malik di talian 011-2062 5464 atau Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban 06-6033222 untuk membantu siasatan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/05/1085946/lelaki-ditemui-terapung-dipercayai-dibunuh
Pages: [1]
View full version: Lelaki ditemui terapung dipercayai dibunuh


ADVERTISEMENT