mattzzx Publish time 2-5-2024 03:15 PM

Selamba masuk rumah curi telefon pintar!

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/2524polis1_1714631716.jpg
POLIS sedang mengesan lelaki yang mencoroboh rumah di Damansara Damai yang dirakam CCTV. FOTO ihsan Polis

Petaling Jaya: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memecah masuk sebuah rumah di Damansara Damai, di sini kelmarin.

Tindakan lelaki dengan selamba masuk ke rumah terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 7 pagi.

"Ketika kejadian, pemilik rumah sedang tidur dan menyedari rumahnya diceroboh apabila pintu hadapan rumah sudah terbuka.


"Berdasarkan rakaman CCTV, seorang lelaki didapati masuk ke rumah berkenaan dan mencuri telefon pintar dipercayai milik pemilik rumah terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa kerugian RM500 dan membuat laporan polis pada hari yang sama.

"Polis kini giat mengesan suspek. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/05/1086020/selamba-masuk-rumah-curi-telefon-pintar
Pages: [1]
View full version: Selamba masuk rumah curi telefon pintar!


ADVERTISEMENT