mattzzx Publish time 2-5-2024 03:49 PM

Kuih ketayap `beracun' punca 5 masuk wad?

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0502rskase_1714635735.jpg
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong semasa sidang media di Dewan Tengku Abdul Rahman. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sudah mengambil beberapa sampel makanan di premis makanan di Pasar Bukit Payung, Marang di sini, yang dipercayai menjadi punca lima individu termasuk kanak-kanak mengalami keracunan makanan.

Pengarahnya Datuk Dr Kasemani Embong berkata, JKNT turut mengambil sampel pengendali dan bahan-bahan yang digunakan di premis berkenaan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian sebelum tindakan lanjut diambil.

Beliau berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Marang pada 28 April lalu menerima kes pesakit yang mempunyai sejarah membeli dan memakan kuih ketayap di Pasar Bukit Payung, Marang pada hari sama.

"Seramai tujuh individu membeli kuih di kedai yang sama dengan lima daripada mereka menunjukkan gejala cirit-birit dan muntah disyaki mengalami keracunan makanan.
Disyorkan

"Daripada jumlah itu, empat mangsa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan seorang lagi di Klinik Kesihatan Bukit Payung dengan kesemuanya berada dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan keluar wad.

"JKNT sedang meneruskan siasatan dengan mengambil beberapa sampel makanan, pengendali dan bahan-bahan digunakan di premis itu," katanya ketika ditemui di sini, tadi.

Terdahulu tular di TikTok dan Facebook oleh seorang pengguna yang mendakwa isterinya yang berusia 31 tahun serta dua orang anak berumur dua dan enam tahun mengalami muntah dan cirit-birit.

Lelaki itu mendakwa ahli keluarganya menunjukkan simptom mengalami keracunan makanan selepas makan kuih yang yang dibeli dari sebuah gerai di Pasar Bukit Payung, Marang.

Berikutan itu, dia bergegas membawa isteri dan anak-anaknya ke klinik sebelum mereka dirujuk ke HSNZ Kuala Terengganu.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/05/1086062/kuih-ketayap-beracun-punca-5-masuk-wad

manehnya Publish time 2-5-2024 03:54 PM

kesiannya anak umur br 2thn ... harap cepat semboh.

makanan tu tak ada bhau ka
Pages: [1]
View full version: Kuih ketayap `beracun' punca 5 masuk wad?


ADVERTISEMENT