mattzzx Publish time 4-5-2024 10:27 AM

Adebayo selamatkan Luton dari tewas

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SOCCER-ENGLAND-LUT-EVE_REPORT_1714783358.jpg
AKSI perlawanan Luton menentang Everton di Kenilworth Road. -FOTO AFP

Luton, United Kingdom: Elijah Adebayo menyelamatkan Luton dalam usaha untuk mengelak penyingkiran daripada Liga Perdana apabila gol penyamaannya membolehkan mereka melakar keputusan seri 1-1 menentang Everton awal pagi tadi.

Pasukan Rob Edwards ketinggalan selepas Dominic Calvert-Lewin menyempurnakan penalti tetapi Adebayo menjaringkan gol penyamaan penting sebelum babak pertama tamat di Kenilworth Road.

Walaupun hanya memperoleh satu kemenangan dalam 15 perlawanan liga terakhir mereka, Luton di kedudukan ketiga tercorot masih bersaing keluar dari zon penyingkiran.

Mereka berada di belakang pasukan di tangga keempat tercorot Nottingham Forest menerusi perbezaan gol dengan pasukan Nuno Espirito Santo berdepan Sheffield United yang sudah tersingkir.


Kemenangan Forest di Bramall Lane akan melonjakkan mereka tiga mata di hadapan Luton, yang berbaki dua perlawanan menentang West Ham dan Fulham untuk mengelak kembali segera ke Liga Kejuaraan selepas dinaikkan pangkat musim lalu.

"Kami masih dalam perjuangan pada masa ini. Saya berbangga dengan apa yang dipamerkan Hampir tetapi kami telah mengalami banyak situasi seperti ini tahun ini," kata Edwards.

Usaha Luton untuk kekal di liga utama lebih rumit dan perlu menunggu keputusan rayuan Forest terhadap pemotongan empat mata mereka atas pelanggaran kewangan dengan Liga Perdana dijangka akan mengumumkannya sebelum berakhirnya musim ini.

"Masih banyak yang perlu dilalui dan sekarang bergantung kepada mereka (Forest) esok. Terdapat situasi yang kami tidak boleh kawal, tidak ideal sedang berlaku," kata Edwards merujuk kepada rayuan Forest.

"Saya benar-benar tidak memahaminya. Semua orang hanya ingin tahu di mana mereka berada. Saya rasa kita semua ingin itu."

Walaupun kehilangan lapan mata sebagai hukuman kerana melanggar peraturan kewangan, Everton sudah mengesahkan status mereka dalam EPL musim depan dengan berbaki tiga perlawanan.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/05/1086559/adebayo-selamatkan-luton-dari-tewas
Pages: [1]
View full version: Adebayo selamatkan Luton dari tewas


ADVERTISEMENT