abgsedapmalam Publish time 25-4-2015 01:17 PM

Dr M tidak akan maafkan Najib kerana hilangkan RM42 bilion 1MDB

OLEH MD IZWANPublished: 25 April 2015 11:39 AM
http://www.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/MAHATHIR_MOHAMAD_BICARA_NEGARAWAN_FORUM_250415_TMINAJJUA_02.jpgBekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disambut pada pada forum ‘Bicara Negarawan’ di Kelab K, Taman Melawati, Selangor, pagi ini. Beliau mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab persoalan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) malah mempersoalkan ketelusan laporan audit yang dibuat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 25 April, 2015.Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kenyataannya tidak akan memaafkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana bertanggungjawab menghilangkan RM42 bilion wang melalui syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, jumlah wang yang hilang itu bukan kecil, malah memberi bayangan ia akan berterusan jika Najib tidak meletakkan jawatan."Kita tidak boleh lagi maafkan, kita mesti tumpukan kepada perkara (1MDB) ini."Kalau kita tak hentikan, ia akan terus berlaku," kata Dr Mahathir semasa forum Bicara Negarawan di Kelab K, Taman Melawati, Selangor hari ini.Dalam dewan yang dipenuhi kira-kira 1,000 orang, Dr Mahathir sekali lagi mendakwa Najib tidak menjawab persoalan melibatkan 1MDB malah mempersoalkan ketelusan sama ada laporan audit yang dibuat seperti diarahkan perdana menteri sendiri.Kelab K yang dahulu dikenali sebagai Kelab Century Paradise merupakan tempat awal Dr Mahathir bertemu rakyat pada 2006 semasa mengkritik pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. – 25 April, 2015.

abgsedapmalam Publish time 25-4-2015 03:49 PM

https://scontent-lhr.xx.fbcdn.net/hphotos-xft1/v/t1.0-9/q83/s480x480/11127883_864293866991617_8367179051574372219_n.jpg?oh=717250477dce56ff81d398e89a239b69&oe=55DB3F21



Kelab Che Det

Saya terikat.. Takkanlah saya nak binasakan anak orang yang saya terhutang budi..
Tapi lama kelamaan, saya tengok makin tak kena, saya terpaksa tegurSaya fikir, fikir, dan fikir... Saya fikir sendiri, saya tak tanya isteri saya (disambut gelak tawa audience), saya rasa hilang 42 billion duit kerajaan.. Itu saya tak boleh biarkan..



manopBKK Publish time 3-2-2024 12:12 PM

Mmmmmm.......
Pages: [1]
View full version: Dr M tidak akan maafkan Najib kerana hilangkan RM42 bilion 1MDB


ADVERTISEMENT