CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4176|Reply: 54

[Tempatan] Pelajar hilang selepas kencing dalam semak. #9, Remaja hilang lebih 30 jam ditemui selamat. UPDATE #22, ‘Diculik bunian? Saya tak nampak apa-apa pun’ – Adik Azim

[Copy link]
Post time 12-1-2022 03:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 17-1-2022 12:28 AM

Pelajar hilang selepas kencing dalam semak

https://www.utusan.com.my/terkin ... encing-dalam-semak/

Oleh AIMUNI TUAN LAH
12 Januari 2022, 2:58 pm


MUHAMMAD Iznun Al Azim Mahadi hilang tanpa jejak selepas mahu membuang air kecil di sebalik semak berhampiran rumahnya di Kampung Pasir Linggi, Gua Musang, Kelantan, Isnin lalu.

GUA MUSANG: Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang tanpa jejak selepas dikatakan mahu membuang air kecil di sebalik semak berhampiran rumahnya di Kampung Pasir Linggi di sini, malam Isnin lalu.

Muhammad Iznun Al Azim Mahadi, 13, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh, Kuala Krai pada mulanya melepak bersama dua rakan di hadapan rumah pada pukul 9 malam.

Kira-kira sejam kemudian, remaja yang mesra dipanggil Azim itu memberitahu rakan-rakanya dia ingin membuang air kecil lalu pergi ke sebalik semak namun tidak muncul-muncul semula sehingga awal pagi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, terdahulu mangsa meminta izin ibunya untuk keluar rumah bermain telefon bersama dua rakan baiknya yang berumur 17 dan 15 tahun kerana dalam rumah mereka tiada capaian internet.

“Kemudian, lebih kurang pukul 10 malam, Azim memberitahu ingin kencing namun sehingga pukul 10.30 malam dia tidak muncul semula. Ibunya menyedari mangsa tidak pulang ke rumah pada pukul 3 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo berkata, pada pukul 10 pagi keesokan, abang mangsa cuba mengesan adiknya melalui isyarat telefon milik mangsa namun apabila tiba di lokasi iaitu di sebatang pokok besar berhampiran anak sungai, isyarat tiba-tiba hilang.

Sehubungan itu katanya, keluarganya segera melaporkan kejadian tersebut dan operasi mencari mangsa digerakkan pada pukul 9 pagi ini membabitkan 24 anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selain bantuan Unit Pengesan K9. – UTUSAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2022 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah..Semoga ditemui..dah lah skrg ni tgh kecoh psl harimau berkeliaran kat gua musang tu..smpi ada skolah kena pdpr..risau plak..semoga dpt segera ditemui adik ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 03:25 PM | Show all posts
semoga cpt ditemui...risaunya sbb musim pak belang berkeliaran area situ
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaga dek. Moga selamat ditemui.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan2 kau pun dah kena ngok tak kasik tau family ko dek. Ya Allah. Kalau ko selamat ko buang ja so called kawan2 tu dek. Takleh pakai lansung.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga keselamatan anak ni dilindungi Tuhan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2022 10:14 PM | Show all posts
yg family pun tgh mlm tu tros lh cari...nie tak esok pg plak...dh lh ilang tepi rumah jaaaa...ish kesian harap2 jumpa cepat...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah...aku risau harimau je....moga adik ni selamat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2022 10:41 PM | Show all posts
Remaja hilang lebih 30 jam ditemui selamat

https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... am-ditemui-selamat/

Oleh AIMUNI TUAN LAH
12 Januari 2022, 10:03 pm


Muhammad Iznun Al Azim (kiri) ditemui selamat kira-kira dua kilometer dari kawasan rumahnya di Kampung Pasir Linggi hari ini.

GUA MUSANG – Seorang remaja lelaki yang dipercayai ‘ghaib’ selepas membuang air kecil dalam semak berhampiran rumahnya di Kampung Pasir Linggi ditemui selamat petang tadi selepas lebih 30 jam hilang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, Muhammad Iznun Al Azim Mahadi, 13, ditemui pada pukul 5.30 petang dalam keadaan lemah kira-kira dua kilometer dari rumahnya.

Katanya, penduduk kampung menemui mangsa berhampiran sebuah jambatan di kampung itu selepas usaha mencari dilakukan pagi tadi.

“Mangsa ditemui lengkap memakai baju kemeja-t lengan pendek berwarna merah berlogo Mickey Mouse dan berseluar pendek warna hitam.

“Mangsa sudah diserahkan kepada ahli keluarga. Selain itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terus ditamatkan,” katanya.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang remaja lelaki tingkatan satu dilaporkan hilang selepas membuang air kecil di sebalik kawasan semak berhampiran rumahnya di Kampung Pasir Linggi di sini kelmarin.

Choon Foo berkata, mangsa, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh, Kuala Krai dipercayai keluar dari rumah kira-kira pukul 9 malam sebelum ibunya menyedari remaja itu tidak pulang kira-kira pukul 3 pagi semalam.

Katanya, sebelum itu mangsa dikatakan melepak bersama dua rakan baiknya di hadapan rumah sambil bermain telefon bimbit. -K! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Org ckp ni mesti kencing tak mintak izin. Tu kena sorok.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepak dpn rumah pi kencing dlm rumah aje la..nk jgk kencing dlm semak.
Mujur selamat dijumpai
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 10:58 PM | Show all posts
really interested nak tau what actually happened

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 11:11 PM | Show all posts
nampak sugul btul tu, lain kali guna toilet kat umah
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
mujur dipulangkan balik. awal2 tengok kejadian kat gua musang ingat keje pak belang rupanya kg tu jauh dari lokasi yg ada kelibat pak belang
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah apa la yang adik ni alami. Nak tau jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 11:29 PM | Show all posts
kul 3 pagi baru keluarga sedar
aku dulu masa zaman remaja balik kul 12 mlm bapak aku dah tunggu
sekali tu je lah dpt balik lewat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2022 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah balik jg
Igt dah dlm perut pak belang
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_premierleag at 12-1-2022 11:41 PM

Termasuk alam bunian ke?
Padahal dijumpai dlm jarak 2 km je dr kwsn rumah
Acik marathon pun 10km dik
And dia hilang 30jam
Kalo kt alam bunian sana, 30 jam sama mcm 10min Or 30 min?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Hai dik, ce citer ce citer ……
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga adik ni come clean apa yg jadi dgn dia malam tu
Lepak dpn rumah, nak kencing ko baliklah rumah dik oi Pemalas ko ni. Yg mak nye pun, dah 3am baru perasan Aku dulu, tingkatan 4 (lagi besor dari adik ni), sekolah pagi, aku smp rumah pukul 6.30pm, aku kena sebat dgn mak aku Yelah dulu mana ada henfon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.072636 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list