CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25413|Reply: 149

Marissa Yasmin Tidak Mengeluh Diberi Watak Ibu Pada Usia Muda

[Copy link]
Post time 26-3-2014 07:49 AM | Show all posts |Read mode
Marissa Yasmin Tidak Mengeluh Diberi Watak Ibu Pada Usia Muda




[size=0.75em]Marissa pernah membintangi lebih 100 buah drama sepanjang kariernya sebagai pelakon.


PETALING JAYA:  Dramatis Marissa Yasmin tidak berkecil hati kerana sering diberikan watak sebagai seorang ibu dalam drama lakonannya biarpun dia kelihatan masih muda untuk memegang peranan sedemikian.
[size=0.98em]Marissa, 37, berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan perkara itu malah melihat ia sebagai satu kelebihan buatnya yang mungkin tiada pada aktres lain.
[size=0.98em]"Saya sendiri tidak ingat berapa banyak drama lakonan yang saya pegang watak sebagai seorang ibu namun ia bukanlah satu masalah kerana itu adalah rezeki saya.
[size=0.98em]"Saya juga selesa memegang peranan itu kerana ia mungkin kelebihan yang pihak produksi lihat dalam diri saya biarpun ada mengatakan saya nampak terlalu muda untuk membawa watak berkenaan," katanya kepada mStar Online.
[size=0.98em]Marissa ditemui pada sidang media pelancaran drama bersiri Aku Isterinya di Sri Pentas di sini pada Isnin lalu.
[size=0.98em]Drama arahan Fairuz Loy itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Anzalna Nasir, Syazwan Zulkifly, Shakilla Khoriri, Noniswara dan Zaidi Omar.
[size=0.98em]
[size=0.98em]Ia bakal disiarkan menerusi slot Akasia bermula 31 Mac ini setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7 malam di TV3.
[size=0.98em]Dalam perkembangan sama, Marissa berkata, dia tidak mengamalkan sebarang petua tertentu untuk kelihatan muda namun dia memastikan melakukan senaman tiga kali seminggu untuk kekal sihat selain mendapat rehat yang cukup.
[size=0.98em]"Alhamdulillah, biarpun usia sudah hampir menjangkau 40 tahun tetapi ada juga yang tidak percaya apabila saya memberitahu umur saya sekarang  37 tahun.
[size=0.98em]"Tiada sebarang petua tertentu cuma mengamalkan senaman dan rehat yang cukup untuk kekal segar dan bertenaga," ujarnya.
[size=0.98em]Sementara itu, Marissa yang pernah membintangi lebih 100 buah drama sepanjang kariernya bagaimanapun berkata, sekiranya diberi peluang dia mengimpikan untuk melakonkan peranan wanita desa pada masa hadapan.
[size=0.98em]"Saya teringin untuk memegang watak sebagai wanita kampung kerana pada pandangan saya ia mencabar dan berharap akan diberi peluang memegang peranan itu suatu hari nanti," katanya yang bakal memasuki set penggambaran drama bersiri Hanya Dengan Bismillah 2 pada April ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2014 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Lembut jer dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:02 AM | Show all posts
xnampak muda pun bagi aku..
ngam ngan umur ja
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:04 AM | Show all posts
xapa la kak dpt watak ibu saya suka tengok lakonan akak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:05 AM | Show all posts
ais_kosong posted on 26-3-2014 08:02 AM
xnampak muda pun bagi aku..
ngam ngan umur ja

yup.. bg aku pun sama...xde nmpak mcm 20an pun... 30an seiring dengan usianya ada la.... tp cun laa utk kategori2 umur2 gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:10 AM | Show all posts
AshkieLa posted on 26-3-2014 08:05 AM
yup.. bg aku pun sama...xde nmpak mcm 20an pun... 30an seiring dengan usianya ada la.... tp cun la ...

ahha meme cun juga la bg aku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2014 08:14 AM | Show all posts
aku suka je dia jadi mak
afi dan abah


Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:18 AM | Show all posts
yg aku tak tahan ada satu filem baru2 ni...rosyam nor jadi anak, dia jadi ibu....serius kelakar... Last edited by krustykrab on 26-3-2014 08:23 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2014 08:21 AM | Show all posts
krustykrab posted on 26-3-2014 08:18 AM
yg aku tak tahan ada satu drama baru2 ni...rosyam nor jadi anak, dia jadi ibu....serius kelakar

drama2 kita sekarang dah macam sinetron..mak seme muda2...kadang tak leh hadam tengok..
cam drama 'jika itu takdirnya'....jasmin hamid jadi mak shah iskandar....arash mohd jadi ayah intan ladyana
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:29 AM | Show all posts
krustykrab posted on 26-3-2014 08:18 AM
yg aku tak tahan ada satu filem baru2 ni...rosyam nor jadi anak, dia jadi ibu....serius kelakar...

Lelaki lebih perasan dan ' in denial' dari kaum perempuan
makcik suka tgk MY ni ... Manis je
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:33 AM | Show all posts
Meksim...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:40 AM | Show all posts
makcik_timah61 posted on 26-3-2014 08:29 AM
Lelaki lebih perasan dan ' in denial' dari kaum perempuan
makcik suka tgk MY ni ... Manis je

haah...betul tu
kut ye nak ambik jadi ibu pun ...agak2 la kan...MY ni cantik lagi, tu yg aku tak leh hadam tgk citer tu....

tagline MY ni :"what's wrong with you"
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:42 AM | Show all posts
cantik dia ni..

lembut jer..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:44 AM | Show all posts
dia ni aku cam masa berlakon abi ngan ayah ke apa tah nama cite tu kat astro ceria...
aku kenal dia perihal kes dia dulu..rasa aku dia la...
tp dia ok la bila berlakon...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:45 AM | Show all posts
x boleh hadam cerita balistik. jadi mak kpd rosyam? nahi nahi nhai
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:48 AM | Show all posts
suke akak ni blakon kalu jadi ibu...mmg nmpak keibuan lh...tgok cite JELATANG dlu mmg best lah...sesuai kalu dia blakon jd isteri eman manan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2014 08:48 AM | Show all posts
aku mati2 igtkan dia ni 40-an.. rupa2nya baru 37..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:53 AM | Show all posts
lorrr...baru 37 tahun ke...?
lawa dia ni....
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab posted on 26-3-2014 08:18 AM
yg aku tak tahan ada satu filem baru2 ni...rosyam nor jadi anak, dia jadi ibu....serius kelakar...

Rosyam nor jd anak?
Kemain perasan btol org tua kertu ni
nak jimat budget drama ke apa
padahal dah bercucu
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 09:09 AM | Show all posts
Aku paling suka watak dia dalam drama jelatang. masa tu dia jadi ibu kpd intan ladyana.
Sorry to say, berkali2 lebih bagus dia ni berlakon dr intan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.079700 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list