CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: centrix7

Zion di Bumi Mala

[Copy link]
Post time 11-4-2008 11:24 PM | Show all posts
Kehidupan adalah satu proses yg berulang2 tanpa ada tarikh penamatnya.Satu kitaran daripada bermulanya sejarah Adam kemudian membina tamadun sehingga penghujungnya musnah,kemudian bermula lagi kehidupan Adam yg lain melalui proses yg hampir sama,akhirnya musnah jua.Begitulah berlaku berulang2 tanpa penghujung masa atau infiniti.

Kita hanyalah sebahagian drp proses ini,mungkin sudah hampir sampai ke penghujungnya iaitu kiamat.Kemudian akan bermula kehidupan yg baru yg lain pula selepas kita.

Mungkin juga peristiwa padang mahsyar juga berlaku di bumi sendiri.Ketika itu mukabumi sudah diratakan dalam proses kehancuran kiamat(sebab itu dinamakan padang),manusia dibangkitkan seluruhnya.Kemudian selepas sessi mahsyar tamat bumi dikosongkan kembali dan tempoh bertenang selama beberapa lama(mungkin ribuan tahun)utk membentuk semula(restructure)permukaan bumi.Kemudian diturunkan lagi Adam yg baru.Maka kehidupan baru pun bermula.

Begitulahh yg saya faham.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2008 01:46 AM | Show all posts
bukan ke selepas tu akan ada syurga dan neraka,
???

ok2, thread ni menarik betul

amtara perengganyg menarik antara semua,
berkenaan tamadun yg tinggi teknologinya,
kalau diperhatikan, dari setiap cabang benua,
boelh dilihat hasil grafik, seni, sastera
menceritakan, menggambarkan

tentang kota yg terapung, teknologi canggih diluar batasan pemikiran kita skang,
mungkin ke, ilmu ni telah diwarisi, dan terdpt dlm diri kita,
cuma setelah sekian lama,
maklumat ni semua, tersemat dlm beberapa bahagian otak,
dan sukar diproses,
kerana zaman kita ni terlalu byk kekangan, dan juga logik yg mpertikaikan

kalau dilihat idea2 ni byk dicurahkan ke dlm filem2, novel,
yg skang ni digelar sainz fiksyen
dan bila dipamerkan di seluruh dunia,
ramai yg meminati, tandanya, mereka boleh paham dan terima isi yg nak disampaikan,

psst: banyak lagi ilmu kita tak tahu sebenarmya
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 02:29 AM | Show all posts
ada sesetengah teori ang diketengahkan disini seakan sama seperti isi topik yang dibuka oleh HO7 dulu, iaitu : 81 kali musnah..2 sahaja terselamat
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 03:08 PM | Show all posts

Reply #195 me_ai's post

Sekarang pun dah ada syurga neraka.Masa itu kan timeless,berlaku dlm sedetik,serentak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 03:26 PM | Show all posts

Reply #196 Risma's post

Yg dah berlaku siapa pun tak tahu brp kali tapi menurut HL07 dah 81 kali.Yg akan berlaku lagi dan seterusnya wallahua'lam.Yg diceritakan oleh centrix7 usia manusia 100 ribu tahun lebih itu mungkin versi Adam dr beberapa versi bukan cuma dari versi kita ini saja,mungkinlah.Kalau fossil2,rangka dinosaur,binatang purba benar2 ada dan benar2 berusia sampai jutaan tahun,maka benarlah dan munasabahlah usia tengkorak manusia ratusan ribu atau jutaan tahun juga.Tapi usia satu versi Adam cuma puluhan ribu tahun saja,mungkin sekitar 10-20ribu tahun,mungkinlah.

WA.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 04:21 PM | Show all posts
Originally posted by rempo at 12-4-2008 03:26 PM
Yg dah berlaku siapa pun tak tahu brp kali tapi menurut HL07 dah 81 kali.Yg akan berlaku lagi dan seterusnya wallahua'lam.Yg diceritakan oleh centrix7 usia manusia 100 ribu tahun lebih itu mungki ...

memang menarik kannn........ ye lah dulu ris keliru sesangat tentang orang zaman batu, zaman ais dan zaman adam....... macam tak tahu nak susun yang mana dahulu......sekarang ni mungkin ada sedikit penjelasan tentangnya dengan ada thread di bod ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2008 05:02 PM | Show all posts
Mungkin juga memang cuma ada satu Adam(mungkin lagi) yg jika dikira usia keturunannya sehingga ke hari ini sampai ratusan ribu tahun.Dalam setiap beberapa ribu tahun(andaian)sampai kepada kemuncak tamadun.Setiap suatu perkara itu mesti ada titik puncaknya sebelum kembali merudum,sama juga tamadun kemanusiaan.

Tamadun yg sudah begitu maju ini akhirnya sama ada dimusnahkan oleh tangan2 manusia sendiri(perang nuklear cthnya)atau musnah oleh bencana alam yg dahsyat.Selepas berlaku kemusnahan besar2an ini tinggallah beberapa kerat atau sekelompok kecil manusia di beberapa tempat seluruh dunia yg terpisah2.Maka manusia yg telah kehilangan segala2nya ini termasuklah teknologi dan ilmu pengetahuan akan bermula semula dr scratch.

Mereka akan memulakan proses spt manusia primitif utk memulakan kehidupan baru sehinggalah membina tamadun sedikit demi sedikit sehingga sampai kemuncaknya dan musnah lagi.Begitulah yg berlaku berulang2 sammpaii kiamat(kehancuran total dunia).

Jadi manusia2 yg sudah kembali hidup primitif ini cuma dapat menurunkan kisah2 kemajuan tamadun dulu kpd anak2 cucu ttg perang nuklearlah,vimana,atlantis,lemuria dll peristiwa sbl kemusnahan dunia atau 'kiamat'.Cerita ini akan menjadi cerita2 hikayat atau lagenda dan ditulis di kitab2 apabila masa berlalu.

Mungkin teori ini boleh menjawab persoalan ttg pencapaian manusia sepatutnya sudah mampu berulang alik antara galaksi dsb jika dibandingkan antara usia kemanusiaan dgn kemajuan tamadun yg dicapai.Maksudnya dalam konteks kita hari ini,mungkin inilah kemuncak tamadun kita sebelum musnah tak lama lagi.Sama ada kemusnahan yg meninggalkan sisa2 baka manusia atau kemusnahan total atau kiamat wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 05:17 PM | Show all posts

Reply #199 Risma's post

Jadi ada dua teori yg saya faham setakat ini i.e ada pelbagai versi Adam dan kedua cuma ada satu Adam.Tapi prosesnya sama iaitu drp bawah sampai kemuncak kemudian turun semula,berulang2 macam graf.Daripada primitif tinggal di gua2 atau atas pokok kemudian menjadi maju dan moden kemudian akhirnya musnah,kemudian jadi primitif balik,tinggal digua dan atas pokok balik.Begitulah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2008 05:19 PM | Show all posts

Reply #199 Risma's post

Jadi ada dua teori yg saya faham setakat ini i.e ada pelbagai versi Adam dan kedua cuma ada satu Adam.Tapi prosesnya sama iaitu drp bawah sampai kemuncak kemudian turun semula,berulang2 macam graf.Daripada primitif tinggal di gua2 atau atas pokok kemudian menjadi maju dan moden kemudian akhirnya musnah,kemudian jadi primitif balik,tinggal digua dan atas pokok balik.Begitulah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 08:54 PM | Show all posts
matrix revolution..
terbuka rahsia...
kesedaran abadi..
the end..
the beginning..

lambat la..apa yang dia tunggu..?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 08:58 PM | Show all posts

Reply #201 rempo's post

nanti..kan tuhan ada mengajar adam pelbagai ilmu, jadi kenapa keturunannya mesti tinggal dalam gua, berpakaian macam orang purba, gunakan senjata primitif..
(ini apa yang kita belajar dari buku teks sejarah)... kalau nak di ikutkan, adam antara manusia yang paling tinngi ilmunya...(dia belajar direct dari tuhan) atau aku tersalah tafsir...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 09:23 PM | Show all posts

Reply #204 thessailly's post

Betul,tapi ilmu2 asas utk survive di mukabumi.Ilmu bercucuk tanam,bertani,berternak dsb.Benda2 asas utk hidup.Kalau Adam mendapat ilmu laduni(ilmu auto installed) tentang fizik nuklear(misal ya misal) pun,macamana dia nak aplikasikannya dan untuk apa?

Jadi dia dan keturunannya haruslah bermula dr kehidupan yg basic juga mengikut naluri dan fitrah dan apa yg ada dr alam semulajadi.Kitapun kalau berlaku perang nuklear atau WW3 kemana dalam fikiran kita nak selamatkan nyawa kita dan anakbini?Mesti kita bayangkan hutan rimba yg jauh dr kebejatan manusia,di gua2 sbg tempat berlindung,di tepi2 sungai yg boleh membekalkan makanan utk kita,kerana tempat itulah yg paling selamat menurut naluri kita.Bukankah di gua2lah banyak terjumpa artifak2 sejarah dan tengkorak2 manusia purba?

Jadi bayangkan kalau berlaku perang nuklear misalnya dan kita sudah terasing dr teknologi dan tamadun atau tamadun sudah hancur lebur sehingga nak buat baju pun kita tak mampu,bukankah kita terpaksa memakai cawat dr kulit binatang semula?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 01:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 03:08 PM | Show all posts
Originally posted by cz at 4-4-2008 02:46 AM
Ok, ni pendapat aku pasal kedudukan lemuria dgn atlantis (aku rasa lebih kurang le kot dgn post centrix yg ke #90). Aku takde la tahu in detail sgt pasal 2 tamadun ni, sikit2 je. Dua gambarajah n ...


Gunung yang Bergerak

揇an kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 03:20 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by Nazrulism at 13-4-2008 03:08 PM


Gunung yang Bergerak

揇an kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 04:04 PM | Show all posts
kalo ikut teori centrix dgn beberapa forumer yg lain....ade 3-4 jenis tamadun atlantis-lemuria ni...

1. atlantis-hindia
2. lemuria-melayu
3. atlantis-lemuria versi 1 (awal)
4. atlantis-lemuria versi 2 (kedua, versi yg sikit hampir dgn zaman kita)

wallahualam yg mana satu yg tepat...nak kata (1) pun tepat, coz penemuan sisa nuclear di mohendjo-daro (india), yg (2) pun tepat coz alam melayu ni ada sedikit *unik* drpd bangsa lain, yg (3) dgn (4) ...aku nak kena revise..tapi aku percaya kawasan amerika latin tu apart of atlantis samada versi 1 atau 2. Sbb2nya..nanti le aku in detail kan...hehe....(disebelah amerika latin, byk yg imitate ritual2/sigil/harvest tertentu ala nenek moyang mereka utk kembalikan "kegemilangan" mereka yg lama)....

btw, lagi menghairankan, ade plak candi sukuh kat jawa indonesia yg mirip kpd bentuk piramid chichen itza tapi bentuk mini skit....lebih detail lagi:

http://en.wikipedia.org/wiki/Candi_Sukuh

Sekadar rujukan ttg chichen itza: http://en.wikipedia.org/wiki/Chichen_Itza

org jawa gelarnye candi ...tapi bagi aku candi ni cam kelakar je....berkaitan sex plak kakaka...soalnya, boleh plak wujud *teknologi transfer* time tu (dari yucatan ke indonesia, ada sesapa leh terangkan)......

[ Last edited by  cz at 13-4-2008 04:06 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2008 04:44 PM | Show all posts
Originally posted by rempo at 12-4-2008 09:23 PM
Betul,tapi ilmu2 asas utk survive di mukabumi.Ilmu bercucuk tanam,bertani,berternak dsb.Benda2 asas utk hidup.Kalau Adam mendapat ilmu laduni(ilmu auto installed) tentang fizik nuklear(misal ya m ...


ni mmg aku sokong, in fact...kalo ikut pada keadaan semasa pun kalo jadi mcm tu, habis kita semua back to square 1..walaupun korang ni doktor ke, engineer ke, arkitek ke, then aku lak saintis ke ape ke....bila tools dah hilang, takleh nak buat ape dah....ni saje aku buat skit rentetan kejadian aftermath (kita amik contoh banjir besar atau asteroid terhempas):

1. manusia dpt berita last minit drpd goverment. Yg selalu mengikuti perkembangan semasa mcm perbincangan kat forum ni, youtube internet, independent news mungkin akan alert dulu.
2. manusia cari bekalan makanan termasuk pakar2 mcm doktor, engineer,arkitek,professor,saintis dll pun mencari bekalan (walaupun ada segelintir pakar spt mereka yg pada waktu tersebut terlibat dlm operasi mencari penyelesaian berkenaan bencana yg akan dtg dlm masa beberapa hari lagi. Mereka2 boleh lagi buat keje dan menunaikan kepakaran masing2 disbbkan tools masih ada)
3. kenderaan minyak isi penuh, stok bertimbun dlm kenderaan
4. chaos berlaku di merata tempat i.e kecurian, pergaduhan, perebutan (jenayah lain mungkin tak byk disbbkan semuanya dah fikir nak mati, boleh refer waktu taufan katrina berlaku dulu).
5. estimate hanya up to 2nd generation je akan berkumpul spt contoh ibubapa kita, diri kita, adik beradik kita dan anak2 sedara kita. Selepas tu, semua akan pakat beramai2 utk kekalkan kedudukan agar tidak terpisah, yg berjauhan kebiasaannya akan join gather. Kesemuanya mula mencari tempat selamat beramai2.
6. Semua manusia berlari ke tempat tinggi.
7. Bencana berlaku dan meranapkan sebilangan besar umat manusia dan menenggelamkan kemajuan mereka.
8. Yg terselamat, termasuk pakar2 mula buat camp fire kat dlm hutan atau tempat tinggi mcm bukit dan gunung.
9. Yg pakar2 jadi leader bagi beberapa perkumpulan manusia yg terselamat utk lead perancangan seterusnya coz stesen minyak, kenderaan, komputer, bangunan pentadbiran kerajaan, tools (alat bedah,microscope,mesin itu ini), semua dah takde, yg tinggal hanya ilmu pengetahuan je. Silap haribulan, pakar2 ni mungkin menjadi dewa/dewi utk generasi kedua dan ke atas selepas mereka (when hope loose, only expert available, who can u rely among the human, takkan nak harap drug addict yg terselamat drpd bencana tu kot hehehe)
10. manusia mula melepaskan ikatan duniawi kerana institusi perbankan dah tiada (nama dlm saving account dah takde), lot tanah (geran dan plot dlm database komputer dah takde), hiburan (peralatan elektronik dah takde termasuk TV, stesen pemancar, stesen DJ, stesen TV dan takde), ikatan rutin harian dah takde (pekerjaan 9-5, pembayaran cukai bulanan/tahunan). Manusia hanya bertekad utk meneruskan hidup *komando* style (konsep survival yg penting).
11. setahun berlalu, baju2 dah lusuh, nak cari baju dah takde, kalo ade pun sisa2 dari tinggalan bencana. Selepas 10 tahun, manusia tepaksa memakai cawat atau pakaian dibuat sendiri menggunakan hasil2 yg terdapat dlm hutan. Ini semua sbb kilang pakaian dah takde. Rupa manusia time ni dikira seperti zaman purbakala (nampak purba tapi bijak dan pemikiran setanding zaman skrg).
12. Seni pertukangan tanpa mesin bermula.
13. Manusia mula mencari diri, mencari evolusi atau starter kpd chapter seterusnya.
14. Manusia mula belajar dr kesilapan, ada yg mula merasa bertanggungjawab dan ingin memberi simbol/tanda/sign utk generasi baru. Nak diberikan tanda/sign dgn penulisan tidak dpt kerana kemungkinan huruf A tidak sama lagi utk 10,000 tahun akan dtg (umpama format piring hitam dgn mp3 yg jauh beza di zaman skrg, in fact kalo skrg ni nak cari player/decoder utk piring hitam agak sukar, apatah lagi gap sesuatu zaman selama 10,000 tahun). Dan juga, disbbkan manusia time tu dikira bijak tapi nampak mcm purba, mereka berpikir bhw antara byk2 bende kat dlm dunia ni, hanya permukaan batu je jarang lusuh, tanda/sign tidak boleh disampaikan dlm bentuk penulisan jadinya diganti dgn bentuk figure drawing, dan kalo buat figure drawing ttg kisah mereka di dalam kulit kayu atau binatang, mudah plak lusuh, jadi mereka membuat tanda/sign tu di dalam gua, di batu2, di monumen2 dsbnya (gua amat bagus disbbkan lokasi gua begitu jauh dari alam luar yg fragile).
15. Manusia mula berevolusi kembali mirip zaman2 sebelumnya iaitu zaman selepas kebinasaan (paleolitik, neolitik, dan segala mcm litik nye hehehe)...

contoh simulasi bencana (walaupun simulasi asas dari movie trailer, tapi tak mustahil krn bencana yg melibatkan air ni dah berlaku pd kaum2 sebelum nih):



[ Last edited by  cz at 13-4-2008 04:53 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 05:34 PM | Show all posts



Sejak awal-awal lagi dalam sejarah ketamadunan manusia, kita telah tertarik kepada misteri mengenai tempat-tempat tertetu yang lenyap tanpa dapat dikesan lagi, terutamanya kota yang dikatakan tenggelam ke dasar laut.Cendekiawan Greek ternama, Plato telah mencatatkan kisah Atlantis,sebuah kota yang terletak di sebuah benua yang ditenggelami lautselepas letusan gunung berapi dan gempa bumi, lebih kurang 11,000 tahun dahulu.


Atlantis merupakan kisah kota tenggelam yang paling masyhur di dunia,tetapi cerita-cerita seumpama itu wujud di mana-mana saja, diserata dunia. Sesetengahnya sudah timbul sejak zaman-berzaman;ada juga yang baru didengar, seolah-olah ia ciptaan manusia yang inginkan kemasyhuran semata-mata. Senarainya agak panjang; Mu,Lemuria, Atland dan berbagai lagi.Malaysia juga menyimpan lagenda mengenai kota tenggelam. Di negeri Pahang, tempat saya menetap sekarang, terdapat sebuah tasik bernama Tasik Chini. Ia merupakan tarikan pelancong, dengan keindahan alam semula jadi, serta suatu keistimewaan yang jarang terdapat di mana-mana di negara ini - teratai yang menyelimuti permukaannya. Tasik Chini juga masyhur dengan kisah dongeng naga, buaya atau ular gergasi yang menetap di dasarnya; ada antara cerita ini masih baru,                bertarikh sejak penghujung tahun 1800-an.




Satu lagi lagenda Tasik Chini adalah kota purba Khmer (Thai-Cambodia) yang tenggelam di situ.Misteri            ini mungkin akan diperjelaskan tidak lama lagi setelah penemuan beberapa artifak yang seakan-akan buatan Khmer purba, serta kemungkinan tapak asas binaan di dasar Tasik Chini ketika penyelidikan dijalankan baru-baru ini. Ramai juga membuat spekulasi mengenai pokok teratai di situ, kerana teratai adalah sebahagian unsur kebudayaan purba di Asia Tenggara yang didominasi agama Hindu serta Buddha - tambahan pula di lain-lain tasik di seluruh Malaysia, tiada teratai yang tumbuh secara semula jadi. Ada yang berpendapat teratai Tasik Chini tumbuh meliar lanjutan teratai yang dahulunya disemai oleh penghuni kota Tasik Chini yang tenggelam.Pada dasarnya tidak mustahil bagi sebuah kota besar untuk tenggelam ke dasar  laut akibat aktiviti tektonik seperti gunung berapi dan gempa bumi kuat yang mengubah geologi kawasan setempat. Plat-plat bumi boleh bergerak ke mana-mana arah - termasuk mendap ke bawah - melalui proses hanyutan benua (continental drift) yang sememangnya telah dan masih sedang berlaku sejak planet Bumi terbentuk lebih 4 bilion tahun dahulu.


Paras laut sering berubah dalam tempoh berjuta mahupun berpuluh ribu tahun dahulu.Ketika Zaman Ais, paras laut begitu rendah hinggakan banyak pelantar benua yang sekarang berada di bawah permukaan air merupakan tanah daratan.Kita boleh mengambil contoh dua kawasan berbeza, iaitu Selat Bering di                antara Alaska dan pinggir timur Rusia, serta Laut China Selatan (umumnya kepulauan Asia Tenggara).

Kedua-dua kawasan ini adalah laut pada hari ini, tetapi 20,000 tahun lepas terdapat kawasan daratan yang cukup luas di situ. Alaska dan Rusia timur pernah dihubungkan oleh tanah daratan, membolehkan manusia dari Asia menjelajah dan menetap di Amerika Utara. Kajian telah menunjukkan bagaimana masyarakat            pribumi Amerika memiliki banyak persamaan baik dari segi perwatakan mahupun genetik dengan orang Asia.


Pentas Sunda, pelantar benua yang menghubungkan keseluruhan Asia Tenggara berada di atas paras laut ketika Zaman Ais. Manusia boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat, seperti dari Vietnam ke Pulau Jawa (pada masa itu bukanlah pulau tetapi dataran tinggi) tanpa menggunakan kapal, sebaliknya hanya         berjalan kaki.


Jika di kedua-dua lokasi ini manusia pernah membuka penempatan, dan kemudiannya kenaikan aras laut menenggelamkan  penempatan-penempatan tersebut, sangat mudah untuk kita perhatikan bagaimana kisah-kisah kota tenggelam bermula. Namun, masih terdapat banyak persoalan yang perlu dijawab, seperti setakat manakah kehebatan tamadun kota-kota itu, kemudian kehancurannya dalam tempoh masa yang singkat. Kenaikan paras laut berlaku dalam masa yang  panjang, mungkin lebih seabad, untuk mencetuskan bencana besar.

Mustahil jika sebuah kota lenyap sekelip mata akibat kenaikan paras laut.Ia hanya mampu berlaku akibat gempa bumi. Dalam gempa bumi besar yang melanda barat Turki pada tahun 1998, sebahagian daripada pinggir pantai di G鰈c黭 telah menurun sebanyak 10 kaki atau lebih dan sekarang berada di bawah air laut. Perubahan geologi yang mendadak juga dapat diperhatikan selepas gempa bumi yang melanda Agadir di Maghribi pada tahun 1960; sesetengah tempat di lautan berhampiran menjadi cetek akibat pergerakan kerak bumi - air yang dahulunya sedalam 4500 kaki telah berubah menjadi hanya  1200 kaki.            

Walau bagaimanapun, kita sekali lagi menemui kebuntuan kerana tiada cebisan tanah yang besar (sebuah benua seperti dalam kisah Atlantis) yang tenggelam akibat gempa bumi sejak beberapa ratus ribu tahun dahulu. Tambahan pula, perubahan geologi sendiri mengambil masa beberapa puluh ribu tahun untuk membawa sekeping tanah daratan ke dasar laut hingga lenyap dari pandangan dan pengesanan manusia.


Apabila spekulasi demi spekulasi membawa kepada anggapan bahawa kisah  dongeng tetap kisah dongeng, berlaku pula beberapa penemuan yang mula menggoncang keyakinan kita terhadap penjelasan saintifik  semata-mata.Salah satu contoh adalah penemuan artifak di Tasik Chini seperti yang disebut di atas tadi. Formasi seumpama kota juga ditemui di luar pesisir India dan China.

Mitos Atlantis mula diberikan perhatian serius selepas beberapa penemuan khususnya di rantau Caribbean. Pada tahun 1968, suatu struktur yang kelihatan seperti tembok batu rendah ditemui berdekatan Pulau                Bimini. "Tembok" itu terdiri daripada blok-blok batu berbagai saiz yang seakan-akan dibentuk dengan sempurna, disusun juga dalam kedudukan yang hanya boleh difikirkan terhasil oleh kerja tangan manusia. Apatah lagi "tembok" itu membelok licin di satu tempat, dan susunan batu masih kemas di bucu tersebut.              




Pun begitu, pakar geologi telah mencadangkan bahawa struktur sebegitu boleh terbentuk secara semula jadi. Mungkin juga, seperti yang dapat dilihat di beberapa tempat lain di seluruh dunia, contohnya Giant's Causeway di Ireland Utara. Satu-satunya cara untuk membuktikan bahawa "tembok" Bimini itu dihasilkan oleh manusia adalah dengan menjalankan kajian penuh ke atasnya.





[ Last edited by  BeachBoys at 14-4-2008 08:46 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 05:34 PM | Show all posts




Terbaru ini,dalam tahun 2000, seorang jurutera marin bersama sebuah pasukan pengkaji yang menggunakan alat sonar telah menemui struktur-struktur menyerupai kota purba, 2000 kaki di bawah permukaan laut di luar pesisir Cuba. "Kota" itu dikatakan memiliki piramid serta petak-petak bangunan yang tersusun di pinggir         lebuh atau jalan. Tiada gambar foto didedahkan kepada umum, tetapi kajian menyeluruh sedang dijalankan. Pastinya dunia ternanti-nantikan laporan penuh mengenai kajian tersebut, kerana ia mampu menjadi penemuan paling sensasi.

Barangkali penemuan-penemuan ini bukanlah Atlantis yang terkandung dalam tulisan Plato - "piramid" di luar pesisir Cuba itu mungkin berunsurkan ketamadunan masyarakat pribumi Amerika Tengah dan Selatan,          sedangkan Plato menceritakan tentang Atlantis yang berbudaya Greek. Tambahan pula, seperti struktur di Bimini, apa yang diperhatikan di bawah laut berdekatan Cuba itu mungkin hanyalah pembentukan semula jadi yang sangat luar biasa; ia mungkin dapat mencetuskan lebih banyak minat di kalangan ahli geologi berbanding pakar arkeologi.

Kita telah mencari Atlantis jauh ke ceruk Lautan Atlantik atas beberapa sebab. Plato mengatakan Atlantis     adalah sebuah benua besar (ia mungkin boleh mengis kawasan luas di Atlantik tengah), dan terletak ke barat "Pillars of Hercules" yang dianggap sebagai Gibraltar. Walaupun demikian,Atlantis mungkin terletak terlalu  dekat dengan  Greece. Kita alihkan perhatian kita ke Laut Aegean yang memisahkan Greece dan Turki, di mana terdapatnya satu kumpulan pulau kecil bernama Santorini. Ia terletak ke utara Knossos di pulau Crete.



Seperti yang dapat dilihat dalam peta di sebelah atas, Santorini pada hari ini kelihatan seperti sebuah atol - dua buah pulau kecil, sempit dan melengkung yang mengelilingi sebuah kawasan laut. Pada abad ke-17 Sebelum Masihi,Santorini kelihatan jauh berbeza - ia adalah sebuah pulau, bukannya sekumpulan pulau, dengan sebuah gunung berapi di tengahnya, di mana terletaknya dua buah pulau kecil (diwarnakan jingga       dalam peta di sebelah kiri) pada hari ini. Pulau itu juga telah diterokai oleh orang-orang Minos dari Crete, yang diketahui pernah memiliki sebuah tamadun yang maju wujud di zaman silam.

Di sekitar tahun 1640 Sebelum Masihi, gunung berapi di bahagian tengah pulau berkenaan telah meletus dengan begitu kuat hinggakan ia memusnahkan sebahagian besar pulau berkenaan.Gunung berapi itu telah runtuh dan air laut telah masuk untuk mengisi kekosongan berkenaan.Disebabkan kejadian itu, tamadun yang wujud di Santorini telah hancur, dan mana-mana penduduk yang terselamat telah melarikan diri ke tanah besar di sekitar Laut Aegean.

Jika kes Santorini diteliti, kita akan menemui banyak persamaan dengan Atlantis seperti yang disampaikan oleh Plato, antaranya;


1) Santorini menempatkan suatu tamadun berunsurkan Greek yang maju - tamadun di Atlantis dikatakan             berunsurkan Greek.

2) Santorini asalnya adalah sebuah pulau berbentuk bulat dan penempatan di situ turut membulat kerana           mengelilingi gunung berapi di tengahnya -Atlantis dikatakan mempunyai terusan-terusan yang membulat               mengikut bentuk pulau, dan terdapat gunung berapi di situ.

3) Tamadun di Santorini berkembang pesat kerana perdagangan melalui laut - kewujudan terusan di Atlantis menampakkan aktiviti perkapalan yang maju.


4) Terdapat amalan  yang mendewa-dewakan lembu di Santorini purba sebagai lambang memuja   Poseidon, dewa laut yang turut dikaitkan dengan lembu, oleh sebab pergantungan kuat mereka terhadap perlayaran - Poseidon adalah dewa yang disembah di Atlantis dan dikatakan menghancurkan Atlantis apabila bangsa Atlantis tidak lagim menghormatinya, manakala budaya Atlantis turut dikatakan memuliakan lembu.

5) Letusan Santorini telah menghancurkan sebahagian besar pulau itu hingga mengakibatkan ia               hampir lenyap dari muka bumi, dan penghuninya bertebaran lari ke pesisir tanah besar di sekeliling Laut Aegean, di mana terdapatnya beberapa tamadun purba lain - Atlantis telah tenggelam ke dasar laut akibat letusan gunung berapi dan gempa bumi, sementara mana-mana penghuni Atlantis yang terselamat telah          membawa diri ke banyak tempat di dunia dan dikatakan mengasaskan tamadun-tamadun purba yang maju seperti di Greek dan Mesir.


Plato telah memperolehi kisah Atlantis daripada Solon, yang hidup beberapa ratus tahun selepas letusan        Santorini itu. Solon pula dikatakan telah memperolehi kisah  Atlantis semasa dia mengunjungi Mesir purba dan bercakap dengan sami-sami di sana serta merujuk beberapa catatan purba. Solon sebenarnya mungkin telah memperolehi kisah letusan Santorini semasa di Mesir itu, kemudian mengolahnya agar menjadi kisah  Atlantis. Seperti yang kita perhatikan tadi, keselarasan antara Atlantis dan Santorini adalah terlalu rapat. Mungkin terdapat sedikit perbezaan tetapi kesemua perbezaan ini boleh dikatakan wujud apabila Solon menokok-tambah dan mengolah kisah Santorini untuk menepati niatnya mencipta kisah Atlantis.Atau ia mungkin hanyalah kesilapan terjemahan, sama ada oleh Solon, Plato atau pengkaji moden di zaman kita ini.





[ Last edited by  BeachBoys at 13-4-2008 05:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 05:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8169 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78368 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5817 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6698 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 9921 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193094 Replies : 4473
Sambal village grocer
redr0seSambal village grocer
Views : 2002 Replies : 5
Sambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan terangkat!
bang_nsrSambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan te
Views : 4975 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.068801 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list