CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI XIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 24-10-2012 03:30 PM | Show all posts
malam ni waktu msia jemaah bgerak ke arafah kan? semoga sume urusan mereka bjalan ngan lancar, insyaAllah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2012 03:32 PM | Show all posts
akakbosan posted on 24-10-2012 11:57 AM
Assalam...

Syahdu sesangat membaca citer/pengalaman Haji di sini. Mengimbau kenangan sewaktu akak ...

meow pon simpan segala menda yg bkaitan ... rs surat2 dr TH, sume simpan wat kenangan
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 04:54 PM | Show all posts
missus_meow posted on 24-10-2012 03:32 PM
meow pon simpan segala menda yg bkaitan ... rs surat2 dr TH, sume simpan wat kenangan  ...

Samalah kita... Boarding pass KT94 pergi balik pun akak simpan!
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 04:57 PM | Show all posts
Mas916 posted on 24-10-2012 03:16 PM
pi haji cara susah2 mana ada tilam masa kat Mina, ngan pakej ja ada....cuma karpet je ada...kalau  ...

Saja nak buat pembetulan.Maklumat nipun Juan dapat tahu dari org TH.Tak semua pakej Haji swasta dari Malaysia dapat kemudahan tilam.Kalau tak silap Juan, di Arafah & Mina yang biasanya sediakan semua logistik adalah pihak Muassassah yg ketuanya digelar Sheikh.Sheikh2 ni dilantik oleh Kementerian Haji Saudi. Tapi tak semua Sheikh ni bermurah hati nak sediakan tilam.Ikut nasibler kadangkala jemaah TH m'sia bukan pakejpun akan dapat tilam, kadang2 jemaah pakej swastapun cuma disediakan karpet aje.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 11:14 PM | Show all posts
JuanM posted on 23-10-2012 03:06 PM
Tak semestinya dengan THTS.Jiran kami baru terbang pukul 12 tengahari tadi.Kalau tak silap saya di ...

Sahabat saya tahun lepas pergi dah dekat dgn hari wukuf.Dia pergi ikut Singapore.
Kalau tak silap saya dia ikut Pakej Zahafiz juga.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 12:25 AM | Show all posts
haji_one posted on 24-10-2012 07:29 AM
Wa'laikumsalam wbr wbt..hehehe..jemput masuk amirezu..ala..gambar2 biasa je..takdak apa2 yang mena ...

hehe. long story short la ye.

alkisah bila sampai ke khemah Mina dari Muzdhalifah sekitar pukul 3 pagi, khemah tak cukup!! rupa-rupanya 4 khemah kami dah kena ambik oleh syarikat swasta yg lain. berlaku pertengkaran sikit kat situ antara ustaz kami, ustaz dia dan pengurus di Mina. last2 kami dapat 2 khemah. itu pun tak cukup.

saya yg jenis tak suka berebut, lagi2 nak kena berebut dgn pakcik2 ni lagilah saya tak sanggup. saya tunggu jelah sampai ada ruang untuk saya tido kejap sebelum masuk Subuh. tapi takde jugak. buat sementara, roomate saya masa kat hotel Madinah ajak saya duduk kat tempat pembuangan sampah depan khemah sambil tengok rakan-rakan jemaah ke hulu ke hilir bawak bantal dengan tilam. kami bertiga masa tu. 2 orang roomate saya ni kalau nak kira umo dah macam ayah saya dah.

lebih kurang 15 minit duduk kat situ. bau memang semerbak tapi kami redha jelah. lepas tu kawan saya sorang ni cakap dia nak pegi tengok2 khemah lain kot2 boleh menyelit tido kat situ. dipendekkan cerita, dia ajak tido dalam khemah stor makanan. kat dalam khemah tu ada sorang lagi rakan jemaah dari hotel lain tengah tido sorang2. kami pun tidolah kat situ dalam ruang yang agak terhad. khemah tu sejuk bukan main, yelah, stor makanan kan hehe. mujurlah masa tu saya pakai kain ihram yg tebal.

dipendekkan cerita, pagi esoknya kami kena halau dari khemah stor makanan tu oleh petugas Mina berbangsa Arab. katanya menghalang laluan pekerja dia nak ambik bahan2 untuk masak. dia ambik beg saya kemudian campak ke luar. campak gitu2 je, taklah kasar sangat. masa tu saya keluar khemah rasa macam orang yg tak bayar sewa dihalau oleh tuan rumah sedih jugak rasa. saya ambik beg tu letak kat khemah jemaah kami yg majoritinya daripada group hotel lain.

mujurlah dalam khemah tu ada sorang roomate saya yg lain (kami 4 orang sebilik). kebetulan orang kat sebelah dia takde masa tu. jadi saya tumpang tempat dia kejap sementara tunggu dia balik. beg saya kat luar lagi masa tu. pakcik2 dari hotel lain (hotel paling mahal dalam pakej kami) tanya baru sampai ke? saya jawab saya group mula2 naik bas sepatutnya (lepas mutawwif buat giliran baru) tapi bila sampai sini tak cukup tempat. dia pelik, camana naik bas awal tapi bila sampai takde tempat.

sebenarnya group pakcik tu antara group yg berebut2 naik bas dan yg menyelit naik bas padahal masa tu giliran group hotel saya naik bas dulu. saya tak cakaplah pasal tu, malas nak ungkit. kami yang tak ada tilam ni redha jelah.

lepas melontar malam tu saya balik ke Mekah dengan beberapa rakan jemaah lain. hari last baru tido kat Mina

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2012 12:38 AM | Show all posts
JuanM posted on 24-10-2012 09:16 AM
Amirezu, ini sama kes macam saya & rakan2 bila tak ada tempat tidur di Mina.Kes macam ni berlaku s ...

Juan pergi haji tahun bila ye? saya pun pergi dengan Andalusia. masa tu tilam yang sepatutnya sorang satu dah jadi 2 tilam share 3 orang sebab khemah tak cukup, ada pakej lain yg ambik yg sampai awal kat Mina sebelum kami. last2 dapat jugak tapi bagi dualah. tapi ada di antara jemaah kami yg dari hotel lain (hotel paling mahal) nak tido atas tilam sendiri....sorang satu. nak tegur...saya ni jauh lagi muda daripada dia. tahap cucu dia pun ada. suka atau tak biarkan jelah. yg penting saya jaga hati sendiri daripada kata yang bukan2

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 07:34 AM | Show all posts
transporter posted on 24-10-2012 08:34 AM
haji_one,

Tahun ni, kuota tambahan tak dapat atau dapat sikit aje, jadi pakej haji swasta (term ...

Haji Trans, bab pengurusan haji swasta ni memang saya zero langsung sebenarnya. Tak pasti plak apa jadi kat sana...tapi mcm yang kita tahu, memang pengendali jemaah haji swasta ni akan bayar dulu semua kos logistik dan penginapan kat sana dengan jumlah dan jangkaan jemaah haji yg sepatutnya mereka dapat.

So, kalau ikut logik, dgn jumlah bilik dan jumlah jemaah haji yang tak ramai..boleh jadi mereka akan dapat penginapan yg lebih selesa (less ahli bilik utk setiap bilik)..tapi tu la..saya memang tak berani nak cakap apa2..hehehe..hanya travel agen dan THTS je yang mengetahuinya sebab ni dibawah operasi mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2012 07:40 AM | Show all posts
amirezu posted on 25-10-2012 12:38 AM
Juan pergi haji tahun bila ye? saya pun pergi dengan Andalusia. masa tu tilam yang sepatutnya sora ...

Juan gi tahun 2009/1430H. Khemah asal Juan dipenuhi dengan Mak Datins.Uish...dahsyatnyer, sampai gegaduh ustaz2 pasal khemah mesti kecoh. Kebetulan kawan2 rapat Juan yg tak ada khemah tu semuanya Doktor, perangai diaorg ni sama aje, tenang & sabar.Masa kami tak adelah tahap ustaz2 gaduh, even Dt Daud Che Ngah pun hanya tahu masalah kami bila dah sampai balik ke Makkah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 07:43 AM | Show all posts
kitul posted on 24-10-2012 09:05 AM
Salam. Saya rasa bagi mereka yg KT hujung-hujung tu akan berpeluang untuk duduk dengan selesa sel ...

Dari segi muassasah, memang untuk yang KT akhir2 ni, akan berada lama di Mekah sementera lepas wukuf tu, jemaah haji dr KT awal akan start balik. Kalau ikutkan memang ada bilik kosong.

Actually, sebenarnya ada tasrikh (perjanjian) antara TH dengan pemilik hotel dimana satu2 bilik dan satu2 tingkat tu akan dibuka pada berapa haribulan dan tutup pada beberapa haribulan.

Let say, tingkat 1-3 (bilik 1001-3045), bilik dan tingkat ni hanya akan dibuka pada 17/8 -1/9 utk KT 03 sahaja. Lepas dr tarikh tu, sepatutnya kunci dipulangkan balik ke pihak hotel utk urusan simpanan katil dan sebagainya. So, jemaah haji yang duduk di KT akhir ni kena stay di biliknya sahaja. Ni adalah rule dan peraturannya.

Tetapi, atas dasar ihsan, pihak pengurusan maktab akan minta jasa baik hotel utk bukak beberapa bilik di aras bawah terutamanya utk jemaah haji warga emas, jemaah haji sakit, jemaah haji yang ada problem (contohnya dgn ahli bilik), jemaah haji yang memerlukan pemerhatian khusus oleh pihak doktor (kita buka bilik yg dekat dgn klinik maktab) dan few cases lagi la..so, memang ada jemaah haji yang akan dapat bilik2 yang ditinggalkan oleh jemaah haji KT awal.

kekadang, kalau permintaan utk bilik berkat terlalu banyak (permintaan melebihi jumlah bilik dan masa), saya akan runding dgn pihak hotel utk bukak la beberapa bilik kat aras bawah tu bagi kegunaan bilik berkat.
Last edited by haji_one on 25-10-2012 08:15 AM

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 07:46 AM | Show all posts
aisya_hadi posted on 24-10-2012 09:08 AM
rezeki jemaah thn ni dpt hujan di tanah suci  ...
thn lepas merasa la solat sunat istisqa' di m ...

Hujan di Mekah ni berlaku pada 2009, 2010, 2012 (tahun ni). Biasala kan, time nak dekat wukuf tu, imam masjidilharam akan mengadakan solat sunat minta hujan.

Ingat lagi tahun 2011, lepas solat subuh, pastu tak lama lepas tu..bilal mengumumkan utk buat solat sunat minta hujan. Pastu, solat la kami beramai2 di masjdilharam tu. Habis je bagi salam, pandang langit, boleh nampak awan bergerak berkumpul menjadi hitam,on the spot je..tapi sekejap sangat, datang angin kuat..hilang la awan tu..tak jadik hujan jugak akhirnya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 07:48 AM | Show all posts
JuanM posted on 24-10-2012 08:57 AM
Haji One, terima kasih atas doa dan saya sgt terharu   lebih-lebih lagi hari ni, jemaah dah mul ...

betul kata JuanM, ibadah haji sangat unik kerana ianya melibatkan penglibatan fizikal dan spritual yang khusus..terutamanya dari segi penghayatan dan juga nila estetika bagi setiap amalan tu..

InsyaAllah, berkat usaha dan bantuan JuanM dan pasangan, Allah swt akan memberi ganjaran pada anda berdua. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 07:53 AM | Show all posts
JuanM posted on 24-10-2012 09:16 AM
Amirezu, ini sama kes macam saya & rakan2 bila tak ada tempat tidur di Mina.Kes macam ni berlaku s ...

Amirezu, JuanM..bab pengurusan di Masyaier oleh swasta ni saya tak pasti macamana..no idea, tapi saya rasa, mesti sedikit sebanyak ianya berkaitan dengan pihak muassasah.

Pada tahun 2011, isu persediaan dan alokasi di Masyaier memang pengurus maktab dan penolong pengurus maktab serahkan pada saya (kiranya jadi 'baby' saya la..)..jadi, agak mencabar dan sangat merungsingkan hati saya.

Nak cerita bab pengurusan masyaier ni panjang sebenarnya..nanti kalau ada yang berminat, baru saya cerita..hehehehe..

kesian kat Amierezu, JuanM, sepatutnya benda2 mcm ni tak boleh berlaku dengan mudah, mesti ada kawalan dan penguatkuasaan (walaupun tak tegas), kalau tak ada la jemaah haji yang terpinggir, apatah lagi kalau yang bayar mahal...memang tak patut. Dr segi pemikiran dan pandangan kita, takpa la..ini adalah ujian dan dugaan utk melihat sejauh mana kita bersabar.

Cuma dr segi standard korporat, syarikat tu kena la improve selagi mana ianya dibawah kemampuan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 08:04 AM | Show all posts
akakbosan posted on 24-10-2012 11:57 AM
Assalam...

Syahdu sesangat membaca citer/pengalaman Haji di sini. Mengimbau kenangan sewaktu akak ...

Hehehehe..memula sekali, memang saya kena minta maaf la kalau pengumuman tu dibuat dan ianya sedikit mengganggu akakbosan.

Begini, sebelum operasi masyaier dijalankan, memang akan ada taklimat dan mesyuarat khusus dikalangan anggota petugas maktab. Masyaier ni, kita gelar sebagai 'operasi' iaitu bertindak atas keadaan semasa (sebab banyak pembolehubah yg akan memberi kesan terhadap kelancaran kita,samada dr segi suasana i.e traffic jam, alam i.e hujan ribut, tekanan i.e jemaah haji tetiba meninggal dunia dll).

So, dlm tempoh 5 hari tu, ada 2 keadaan yg sangat kritikal iaitu pergerakan jemaah haji..iaitu dr point A ke B (mekah ke arafah, arafah ke Mudzalifah dan sebagainya). yang satu lagi adalah situasi semasa iaitu keadaan di Arafah, keadaan di Mudzalifah dan di Mina.

Setiap situasi ni ada unsur pembolehubahnya. Contohnya, kalau utk issue pergerakan, dr Arafah ke Mina, pembolehubah yg boleh menyebabkan kegagalan (lewat tiba di point seterusnya) adalah faktor kenderaan (rosak, sesat atau tak sampai di tempat tujuan), faktor jemaah haji (tidak bersedia, cuai..contohnya dah naik, tertinggal beg, turun balik..so, dlm keadaan bas yg padat tu..melambatkan pergerakan bas, bas lambat bertolak, maka lambat la dia datang balik sebab ianya based on trip). Ada pembolehubah yg boleh kita tangani dan ada yg tak boleh ditangani (cuaca sebagai contoh).

So, objektif utama TH adalah utk memastikan operasi masyaier ni lancar (seboleh2nya) dimana pergerakan dr satu sektor kes sektor tu lancar, dan keadaan semasa disektor tu lancar.

Pengumuman kerap dibuat adalah bertujuan utk membolehkan jemaah haji bersedia, terutamanya kepada jemaah haji warga emas yang kurang paham atau kekadang pelupa..so, tahap kesiapsiagaan jemaah haji tu sangat penting..dan cara penyampaian maklumat ni memang melalui pengumuman. Kalau berlaku kelewatan pergerakan bertolak, ianya akan menjadi mcm teori domino...habis semua trip seterusnya makin lewat..

Tapi takpa, nanti masa disana, akan ada taklimat dan mesyuarat, insyaAllah, saya akan panjangkan mengenai issue ni dan kita fikirkan bersama bagaimana mekanisma terbaik utk pengurusan masyaier ni..insyaAllah.








Last edited by haji_one on 25-10-2012 08:16 AM

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 08:11 AM | Show all posts
haji_one posted on 25-10-2012 07:53 AM
Amirezu, JuanM..bab pengurusan di Masyaier oleh swasta ni saya tak pasti macamana..no idea, tapi s ...

Tak apaler Hj One, dah rezeki kami. apapun kenangan hari Masyair inilah pengalaman paling manis semasa mengerjakan haji.Sedikit sangat pengorbanan &ujian yg kami terima berbanding  Rasulullah.Arafah yg kering kontang tak ada pokok, khemah yang seadanya,tiada kemudahan tandas serta ancaman2 dari kaum Musrikin.Subhanaullah besarnya pengorbananmu ya Rasullulah! Last edited by JuanM on 25-10-2012 08:12 AM

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 08:11 AM | Show all posts
Mas916 posted on 24-10-2012 03:16 PM
pi haji cara susah2 mana ada tilam masa kat Mina, ngan pakej ja ada....cuma karpet je ada...kalau  ...

Untuk muassasah, memang takdak tilam, hanya ada karpet je...hehehe..kalau ada batu, memang kena alih la batu tu, kalau tak memang tak selesa badan..hihihihihih..tak pun, boleh amik utk buat melontar (tapi dah jadi saiz besar la batu tu..).

Utk pakej, hanya pakej tertentu sahaja ditawarkan dengan tilam dan bantal ni (kena tengok dan clarify dengan TA tu berkenaan hal ni)...kalau pakej yang agak mahal, insyaAllah ada..tapi tu la, kena double confirm dgn TA dan perkara ini mesti  dimuktamadkan. Kalau memang dah kata tak disediakan, tapi ada..tu kira bonus. Kalau dah kata disediakan, dan memang ada..tu memenuhi janji, tapi kalau dikatakan ada, tapi takdak..haaaa..yg ni boleh buat aduan dan komen kepada bahagian pengurusan haji swasta di TH bila balik nanti..penting kena ada bukti dan juga saksi. Contohnya broshure ke...

Kalau ada kesalahan dan dapat dibuktikan, memang TA tu akan dimeritkan. Penilaian bagi TA ni adalah secara tahunan, prestasi tahun ni akan menjadi kayu pengukur utk membolehkan mereka membawa jemaah haji lagi pada tahun depan..memang ada TA yang pada saya agak kukuh, tahun lepas dia ada, tahun ni company dia dah takde..so, ada la apa2 tu, orang kata ada udang disebalik mee goreng mamak..mesti ada something wrong..
Last edited by haji_one on 25-10-2012 08:18 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2012 09:00 AM | Show all posts
haji_one posted on 25-10-2012 08:11 AM
Untuk muassasah, memang takdak tilam, hanya ada karpet je...hehehe..kalau ada batu, memang kena al ...

hj1, bisik sat company mana tuh.....?

last year kawan saya p, dia jadi Sahabat TH, masa kat Mina, dia tak duduk sekali ngan jemaah2 lain. Tp duduk sekali dgn petugas2 TH....dia kata punya lega.....selesa, tak payah berhimpit2....emm..mmg petugas2 TH ada khemah asing ka?
saya penah la berkursus haji dgn uztaz Razak THTS. tgk gambar dia masa kat Mina sipa bertilam bagai, tatau la dia bawa pakej Nilam ka Zamrud.

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 09:04 AM | Show all posts
amirezu posted on 25-10-2012 12:38 AM
Juan pergi haji tahun bila ye? saya pun pergi dengan Andalusia. masa tu tilam yang sepatutnya sora ...

saya masa kat Mina, jemaah2 sepetak, sampai ingat saya ni sombong. Mmg tak byk cakap punya....badan letih + dah x brp sihat dr masa kt Muzdalifah lg. Dah tu dgn keadaan yg berhimpit bagai + toilet yg terhad, jadi mcm tension, jd saya byk berdiam diri. Sebab bila buka mulut sat g keluar yg bukan2 pulak. Dah la saya yg termuda dalm petak tuh...

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 09:17 AM | Show all posts
Mas916 posted on 25-10-2012 09:00 AM
hj1, bisik sat company mana tuh.....?

last year kawan saya p, dia jadi Sahabat TH, masa kat  ...

hehehe..ada la few syarikat tu..hehehe..

Untuk khemah petugas haji, memang khemah tersendiri. Begitu juga dengan sahabat TH. Sahabat TH ni kerjanya banyak (dah jadi mcm petugas haji), so, ada la speciality tersendiri (sebenarnya senang kami letakkan satu khemah, mudah nak panggil dan mintak bantuan)..

Mereka ni la yg tolong hantar jemaah haji sesat, tolong tunjukkan directions, dlm erti kata lain..mereka ni dah ambil banyak 'beban' yang ditanggung oleh petugas haji..kalau takdak depa, memang susah kami ni..

Ni gambar sahabat maktab saya..




Kalau untuk THTS, saya memang tak boleh nak cakap apa, sebab saya pun taktahu sangat..hehehe.. Last edited by haji_one on 25-10-2012 09:18 AM

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 11:20 AM | Show all posts
mari mari...! mari tgk pertukaran kelambu Kaabah skrg...!
http://www.youtube.com/user/SaudiQuranTv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.104281 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list