CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bawang-putih

Petua/Doa yg berguna utk kecantikan diri

[Copy link]
mama_anggun This user has been deleted
Post time 18-9-2006 01:56 PM | Show all posts
Originally posted by bawang-putih at 18-9-2006 01:45 PM



YUP....TERUS KAN USAHA....MOGA BERJAYA...:hatdown:


mekasih...............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2006 02:13 PM | Show all posts
tak lama lagi nak puasa...bertambah slim lah u all...heheheheheh...sesamer la kiter bergaya musim raya nie.....menggerekkkkkkkk......time raya la nak bergaya.....gaya2 vouge skit...hehehehhehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2006 10:37 AM | Show all posts
Melembutkan daging
Caranya ialah rebuskan daging yang telah siap dicuci dengan satu camca serbuk soda bikarbonat. Setelah daging lembut bolehlah dicuci dengan air bersih sebelum digunakan untuk memasak sup atau rendang. Juga boleh direbus bersama daun nangka jika tiada serbuk soda.


Menghilangkan parut luka
Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.


Memudahkan mengopek kerang
Memakan makanan memanglah suatu yang melazatkan tetapi untuk mengatasi cara pemakanannya adalah suatu yang membosankan dan menyusahkan terutamanya kerang. Suri rumah tentu mengeluh apabila isi rumah ingin memakan atau meratah makanan ini. Di sini ada petua untuk memudahkan mengopek kerang. Caranya ialah apabila anda merebus kerang, campurkan sesudu minyak masak kedalam air rebusan. mudah-mudahan kerang itu akan terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya.


Merawat penyakit buasir
Kebanyakkan kaum lelaki mengalami masalah ini. Cara untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.


Mengatasi bayi demam selepas disuntik
Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik, bolehlah mencuba petua ini. Selepas anak anda disuntik, sapukan bawang kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik. Seeloknya bawang tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda keklinik. Insyaallah dengan cara ini dapat mengatasi demam anak.


Menghilangkan gatal getah keladi
Sebelum menyiang keladi pastikan tangan tidak basah. Lumurkan beberapa keping asam keping (asam gelugur) pada tangan. Insyaallah tangan tidak gatal lagi. Seperkara lagi semasa menyiang keladi iaitu semasa menanggalkan kulit nipis dibahagian luarnya, janganlah batang keladi direndam dengan air. Setelah siap kesemuanya, barulah dibasuh bersih dan masukkan bersama beberapa keping asam gelugur jika masih terdapat kegatalan.


Mempercepatkan pembekuan agar-agar
Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika terlebih airnya. Untuk mempercepatkan pembekuan, loyangperlu disejukkan didalam peti sejuk tingkat teratas. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar didalamnya. Pasti hasilnya amat memuaskan.


Mengelak kain batik daripada luntur
Untuk mengelakkan kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar, eloklah digunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak baru. Caranya ialah ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Insyaallah, kain itu tidak akan luntur lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 11:04 AM | Show all posts
apsal nina minum air asam keping ni xde rasa nak 'membuang' pun?... biasa dia terus rasa nak 'membuang ' pas minum atau dia amik masa.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 12:29 PM | Show all posts
bestnye petua nihhhhhhh!!!!:tq:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2006 12:35 PM | Show all posts
Originally posted by hainina at 19-9-2006 11:04 AM
apsal nina minum air asam keping ni xde rasa nak 'membuang' pun?... biasa dia terus rasa nak 'membuang ' pas minum atau dia amik masa.....


selalunyer..dalam tengahari tu baru rase nak membuang....tak tau la...kengkadang lain org lain lak caranyer diaorg membuang...heheheh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2006 03:17 PM | Show all posts

Reply #226 bawang-putih's post

ye la kot... sbb lambat sket rasa tu dtg... biasa pas mkn baru dtg rase tu... ok gak la tu coz xdela terasa nak buang time tunggu bas...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2006 06:45 PM | Show all posts
Originally posted by hainina at 19-9-2006 03:17 PM
ye la kot... sbb lambat sket rasa tu dtg... biasa pas mkn baru dtg rase tu... ok gak la tu coz xdela terasa nak buang time tunggu bas...


:ting::ting::hatdown:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2006 12:14 PM | Show all posts
Memudahkan bayi buang air besar
Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam jawa dan gaul atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak pekat kemudian sapulah pada bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada pusatnya. Cubalah petua ini dan amalkan setiap hari. Insyaallah bayi anda tiada masalah sebu perut.


Cara merawat penyakit panau
Jika anda ada panau, tentu memalukan. Apatah lagi jika panau ketara pada muka. Cuba petua ini. Ambil sepotong halia, tumbuk lumat kemudian tempelkan pada tempat berpanau. Insyaallah anda akan perolehi hasilnya.


Menghilangkan bau nasi hangit
Untuk menghilangkan bau nasi hangit, caranya ialah ambil beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit - tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.


Merawat cirit-birit dan menghilangkannya
Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula.


Menghentikan hidung berdarah
Cuaca terlalu panas boleh mendatangkan kemudharatan. Antaranya, berlaku pendarahan melalui hidung. Untuk menghentikan segera pendarahan, ambil sehelai daun sirih, gulung hingga kecil dan sumbatkan ke dalam hidung yg berdarah. Insyaallah darah akan cepat berhenti.


Kacang hijau cepat empuk
Apabila kita merebus kacang hijau, masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan letakkan atas api. Banyakny aminyak masak terletak pada banyaknya kacang hijau yang di rebus. Kalau sekilo kacang, masukkan setengah camca minyak. Insyaallah akan cepatlah empuk, lepas tu bolehlah masukkan santan dan gula seandainya membuat bubur kacang.


Cara membersih botol susu hingga berkilat
Menghadapi masalah mencuci botol susu terutamanya yang berbentuk unik? Berus yang tercipta khusus pun tidak mampu mencuci hingga ke celahnya. Cubalah petua ini. Masukkan sedikit beras di dalam botol susu, di campur dengan air panas atau sejuk. Goncang-goncang botol susu itu. Hasilnya bukan saja botol bersih, puting susu juga turut hilang dakinya. Petua ini boleh juga di cuba untuk membersihkan botol air plastik yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 11:41 AM | Show all posts
aku kasi up skit !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2006 02:41 PM | Show all posts
Originally posted by juecy at 21-9-2006 11:41 AM
aku kasi up skit !



aper yg u nak up kan nie.......
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2006 05:01 PM | Show all posts
Dah cuba petua dalam majalah rapi untuk kulit licin dan halus..caranya kacang hijau diblend kering dan halus..kemudian ambil putih telur dibancuhkan bersama dan sapu kat muka dan biarkan hingga kering macam masker..kemudian basuh dan sental kat kulit perlahan-lahan cam scrub pulak..kiranya 2 in 1 le..dah cuba sebulan besh sangat nampak perubahan..

Nak update sikit guna ais batu pagi-pagi kat muka..nampak kesannya betul , kulit kurang pores dan nampak cam merah-merah aje..suka sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2006 05:22 PM | Show all posts
Originally posted by bawang-putih at 21-9-2006 02:41 PM



aper yg u nak up kan nie.......



Actually aku cari posting ko yg pasal bibir itam (bukan merokok) tu disebabkan sistem pengadaman yg bermasaalah.
Perlu amik vitamin apa eikkk. Mata aku berpinau cari tak jumpa. So aku kena baca slow2, still tak jumpa. Tolong ! Tolong ! carikan !!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2006 12:21 PM | Show all posts
Originally posted by askoputra at 25-9-2006 05:01 PM
Dah cuba petua dalam majalah rapi untuk kulit licin dan halus..caranya kacang hijau diblend kering dan halus..kemudian ambil putih telur dibancuhkan bersama dan sapu kat muka dan biarkan hingga ker ...



kulit kurang pores tue mcvm maner yer...:hmm:..heheheh tak tau la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2006 03:37 PM | Show all posts
Originally posted by juecy at 25-9-2006 05:22 PM



Actually aku cari posting ko yg pasal bibir itam (bukan merokok) tu disebabkan sistem pengadaman yg bermasaalah.
Perlu amik vitamin apa eikkk. Mata aku berpinau cari tak jumpa. So aku kena b ...



I tak perasan lak pasal bibir itam....utk nak merah kan bibir adalah......setau i takder i post kat sini.....ker u nengok kat tempat lain...cuber u check balik..:nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 02:30 PM | Show all posts
Just wanna share with you gals...

Ni petua dari emak. Saye amalkan ni dari usia 15 taun sampai la ke hari ini. Petua supaya wajah kite senantiasa nampak berseri dan kemerah2an..

Tiap2 malam emak akan buatkan air teh yg tidak dicampurkan dgn gula.  Jgn gunakan teh ucang sebaliknye gunakan teh serbuk.  Air teh tu hendaklah dibiarkan didalam bekas (jug) sehingga besok pagi.  Bangun pagi terus cuci muke dgn Air teh dan dibiarkan sehingga wajah kering sendiri.  Selepas itu boleh la dicuci dgn air biasa.

Kalo selalu amalkan .... insyallah, mesti wajah kite nampak kemerah2an tak pucat even no make-up.. kompom!!

Try la..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2006 02:32 PM | Show all posts
Originally posted by bawang-putih at 26-9-2006 03:37 PM



I tak perasan lak pasal bibir itam....utk nak merah kan bibir adalah......setau i takder i post kat sini.....ker u nengok kat tempat lain...cuber u check balik..:nerd:



try la sapu madu tiap2 malam sebelum tido.  Dulu saye sapu colgate sket kat bibir.  Memang betul bibir itam bleh nampak kemerahan nye tapi bibir akan nampak bengkak dan kulit bibir akan terkopek sket..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2006 09:02 AM | Show all posts
Originally posted by Lina66 at 29-9-2006 02:30 PM
Just wanna share with you gals...

Ni petua dari emak. Saye amalkan ni dari usia 15 taun sampai la ke hari ini. Petua supaya wajah kite senantiasa nampak berseri dan kemerah2an..

Tiap2 malam  ...



pakai cucian teh nie selepas kiter dah basuh muka ngan pencuci muker ker?:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 10:47 AM | Show all posts
Menegangkan Payudara
Petua 1 : Wanita yang sudah bersalin akan mengalami masalah buah dada menjadi kendur tidak bermaya seperti dahulu. Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu , ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali. Menurut orang tua yang memberikan petua ini , petua ini dipanggil 'Petua Sayang Suami'. Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan.

Petua 2 :! Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut tika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. Lakukan 2 kali seminggu.

Petua 3: Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu.

Petua 4 :Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 10:47 AM | Show all posts
Melunakkan Suara
Petua 1 : Petua ini sering diamalkan oleh penyanyi tradisional lama serta qari dan qariah. Caranya ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam gelas berisi air suam. Air limau itu perlu dicampur dengan sedikit gula batu, kemudian minumlah ia sebagai minuman biasa. Sebaik-baiknya minum air itu sebelum gosok gigi di sebelah pagi. Selain itu utk menjaga suara, jgn minum air batu atau air bergas tetapi amalkan minum air suam atau air masak sahaja.

Petua 2 : Sediakan secawan air pada waktu malam, biarkan semalaman. Apabila bangun pagi minum air tersebut sebelum membasuh muka atau gosok gigi dahulu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197868 Replies : 4600
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 2869 Replies : 7
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 1212 Replies : 0
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73551 Replies : 317
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 3434 Replies : 0
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30249 Replies : 221
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56329 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26756 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.430031 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list