CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] MPP Uitm seru siswa pakai hitam bantah kemasukan bukan bumiputera

[Copy link]
Post time 15-5-2024 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 15-5-2024 04:35 PM
Cadangan non bumi masuk kursus kardiotoraks ni cdangan profesor felo Akademi  Sains la bodoh,takde ...

bagi jer la.Ini kan kerajaan perpaduan.Janganla dibeza bezakan setiap kaum di Msia ini...Itu pung hang nak pening ka...dey???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2024 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Gunama replied at 15-5-2024 04:22 PM
Pakaian hitam x pe, jangan hati hitam.

sib baik BIRU mata HITAM ku....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 15-5-2024 04:30 PM
Takut untuk bersaing ke?

ntah...PM pung kenapa x boleh selain mulayu...takut bersaing jugok ke???
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 15-5-2024 04:47 PM
ntah...PM pung kenapa x boleh selain mulayu...takut bersaing jugok ke???

PM bukan Melayu no problem, janji isle. Bukan isle kalu, no way. Tuhan sudah larang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 15-5-2024 08:30 AM
Takut untuk bersaing ke?

Rasanya lebih kepada rasa exclusivity.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Triple_8 replied at 15-5-2024 04:50 PM
PM bukan Melayu no problem, janji isle. Bukan isle kalu, no way. Tuhan sudah larang.

takut bersaing jugok dgn non isle???(takut bersaing ni adalah persoalan yg ditimbulkan oleh porumer FM).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2024 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 15-5-2024 04:26 PM
Oooooooo gitu panjang o aku.

aah utk mrsm camtu
uitm nonbumi blh masuk tp 2nd&3rd degree.


*** iols dpt noti chuols reply pm tp bila klik tak appear
nmpk kat front page sajorkkk. eishhhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 15-5-2024 01:18 PM
syamzana replied at 15-5-2024 08:56 AM
aah utk mrsm camtu
uitm nonbumi blh masuk tp 2nd&3rd degree.



Astagaaa bodonya PM choiiiii

Aiol reply sini je la.

TESL ni paling penting BI. Takda subjek elektif lain yang dilihat sangat huntok amik TESL. If boleh, SPM BI, score A+ atau A. 20 tahun dulu, minimum requirement, A2 (untuk U aiol). Tapi kaaannnnnn kat U aiol hada ja yang dapat B3 masuk TESL. Cuma, kes camni kena naik turun tangga pi merayu di bahagian HEP (Hal Ehwal Pelajar). Pehtu kat U lain setahu aiol band 3 MUET pun dapat amik TESL...Patutnya minimum requirement tu band 5.

Btw yang penting kena lulus interview lisan (kalau ada). Aiol dulu ntah cemana boleh lulus, wakaka. 3 orang ja weol dari Sabah dapat TESL. Suma bumis pula tu.

Kalau ambik TESL under program PISMP (KPM punya program), kena lulus :

1) Ujian kecergasan (kena lari2 pusing padang macam ujian nak masuk polis. Her).

2) Ujian bertulis.

3) Ujian lisan (temuduga).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2024 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 15-5-2024 03:11 PM
Bagi jer la...Msia Madani kan KERAJAAN PERPADUAN.....apa nk dibeza bezakan sesama rakyat Msia ni sem ...

Student tu dah jd pakar pon. Cuma kali ni mmc ckp master/parallel pathway dorang x diiktiraf. Tp knp uitm pula dipersalahkan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 15-5-2024 04:51 PM
Rasanya lebih kepada rasa exclusivity.

This time geng2 doktor dan terlampau pepaduan kaum put the blame on uitm. Student2 nk amek master dkt uitm ni sebenanrya dah lama jd doktor pakar bedah jantung tp this time mmc tk iktiraf paralle dorang walau dah lama praktis
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 15-5-2024 04:35 PM
Cadangan non bumi masuk kursus kardiotoraks ni cdangan profesor felo Akademi  Sains la bodoh,takde ...

Ayah alicia amin tu pon setuju kan. Hujung2 ayah alicia amin tu pon gigih buat locum
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 15-5-2024 04:18 PM
Raja amin bapak alicia? Dulu kes domestic violent pukul mak alicia, raja amin minta ringan hukuman s ...

Aku kutuk2 doktor dlu ramai ckp aku benci doktor. Tp doktor pon ramai putar belit
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 05:45 PM | Show all posts
Skuau replied at 15-5-2024 04:47 PM
ntah...PM pung kenapa x boleh selain mulayu...takut bersaing jugok ke???

"PM pun kenapa tak boleh selain Melayu"

Apa undang-undang yang mengatakan Perdana Menteri Malaysia wajib dilantik di kalangan orang Melayu?

Baca ini:

PASIR GUDANG - Cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membataskan Perdana Menteri kepada orang Melayu-Islam sahaja tidak boleh dibuat secara sesuka hati hanya kerana mahu menjaga kepentingan golongan tertentu.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, ini kerana peruntukan dalam perlembagaan sedia ada sudah menjamin hak dan kedudukan istimewa orang Melayu serta pribumi Sabah dan Sarawak termasuk juga kepentingan kaum lain.

"Sebagai pengamal undang-undang dan juga ahli Parlimen, saya melihat perlembagaan sekarang sudah dilengkapkan dengan mekanisme yang cukup untuk menjaga kepentingan rakyat Melayu di Semenanjung dan rakyat pribumi di Sabah dan Sarawak.

"Memang benar menurut Perlembagaan Persekutuan bahawa orang bukan Melayu dan bukan Islam juga boleh menjadi Perdana Menteri di bawah Perkara 43(2)(a), tetapi realiti politik dan jumlah penduduk majoriti negara ini ialah bangsa Melayu.

"Maka daripada segi kesesuaian politik sebenar jawatan Perdana Menteri akan sentiasa disandang oleh orang Melayu," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Khatan Perdana anjuran Pejabat Parlimen Pasir Gudang di Masjid Bandar Permas Jaya di sini pada Ahad.

Pada Khamis, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda supaya hanya orang Melayu-Islam boleh menjadi Perdana Menteri.

+ + +

Apa kesimpulannya?

Undang-undang sedia ada membenarkan orang bukan Melayu dan orang bukan Islam untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tetapi, daripada kesesuaian politik, jawatan Perdana Menteri Malaysia adalah lebih sesuai untuk disandang oleh orang Melayu.

Mengapa?

Kerana, 50% rakyat Malaysia sekarang terdiri daripada orang Melayu. Apabila 50% daripada rakyat yang diperintah adalah orang Melayu, maka, lebih sesuai Perdana Menteri dipilih daripada kelompok kaum yang terbesar ini.

Jadi, tidak timbul isu Perdana Menteri dipilih daripada golongan minoriti dan tidak mendapat sokongan majoriti.

+ + +

Berbalik kepada UiTM, apa undang-undang yang mengatakan UiTM perlu menawarkan pengajian kepada penuntut Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak saja?

Jika perkara ini tidak termaktub oleh undang-undang, apa justification supaya UiTM menawarkan pengajian kepada
Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak saja?

Bagaimana pula dengan Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan? Jika UiTM menawarkan pengajian untuk penuntut Melayu dan Bumiputera saja, adakah wujud keperluan untuk pelajar Cina dan pelajar India belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan?

Jika kita mahu pelajar Cina dan pelajar India belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan, mengapa kita tidak mahu pelajar Cina dan pelajar India turut belajar di UiTM?

Jika kita tidak suka pelajar Cina dan pelajar India belajar di sekolah vernakular, mengapa kita tidak mahu pelajar Cina dan pelajar India turut belajar di UiTM?

Mengapa wujud dua preferences yang berbeza? Mengapa tidak wujud konsistensi dalam hal ini?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 05:58 PM | Show all posts
caprut replied at 15-5-2024 05:23 PM
Student tu dah jd pakar pon. Cuma kali ni mmc ckp master/parallel pathway dorang x diiktiraf. Tp k ...

Ada dua situasi yang berlaku dalam hal ini:

Situasi 1) Kesilapan organizer kepada program parallel menawarkan program yang tidak diiktiraf di Malaysia kepada doktor Malaysia.

Tetapi, doktor pun ada silap. Kenapa doctor tak check betul-betul sejauh mana program parallel itu adalah program yang sudah diiktiraf di Malaysia?

Atas kesilapan ini, doctor mengikuti program parallel tersebut tanpa mengetahui yang program itu sukar untuk mendapatkan pengiktirafan di Malaysia.

Bagaimana UiTM terlibat dalam hal ini?

Situasi 2) UiTM menawarkan program yang serupa seperti program yang diambil oleh doktor ini.

Program di UiTM sedang dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan daripada pihak di Malaysia.

Program di UiTM adalah satu-satunya program di Malaysia yang sama seperti program yang diambil oleh doktor tersebut, dan program UiTM sedang dalam proses mendapatkan pengiktirafan.

Jadi, program di UiTM dilihat sebagai satu solution mudah untuk menyelesaikan masalah doktor ini.

Tetapi, ia tidak semudah yang disangkakan. Mengapa?

Doktor yang terlibat adalah doktor yang mempunyai kerakyatan Malaysia tetapi mereka bukannya daripada kaum Melayu dan Bumiputera.

Sedangkan, secara tradisi, UiTM membuka ruang kepada kaum Melayu dan Bumiputera saja.

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 15-5-2024 04:35 PM
Cadangan non bumi masuk kursus kardiotoraks ni cdangan profesor felo Akademi  Sains la bodoh,takde ...

Nasib la ada juga komen yg cerdik.

Utk student & ex-student uitm yg terasa terancam tu, non bumi tu bukannya nak enroll dlm course2 mcm mass comm, law, medic, engineering etc. Cuba la baca sikit cadangan Dr Amin tu. Depa cuma nak enroll dlm program parallel-pathway dlm program medic uitm sahaja. Bukannya nak join study dlm program medic uitm. Depa2 tu dah jadi Dr dah. Dah siap pakar dah klu ikutkan. Tp sbb tak diiktiraf, depa kena la ambil lagi sekali.

Klu x cukup Dr pakar kat hospital, pakat dok kutuk KKM. Tapi bila nak banyakkan, kena kecam jugak. Nak harap anak2 bangsa jadi pakar, pakar cucuk jarum kat lorong2 banyak la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 06:17 PM | Show all posts
Masalah UiTM ni makin pelik.

UiTM membuka ruang untuk pelajar antarabangsa belajar di UiTM. Tetapi kenapa UiTM tidak boleh membuka ruang kepada pelajar Cina dan India di Malaysia untuk belajar di UiTM?

PASCA SISWAZAH (ANTARABANGSA)

Bahagian Hal-Ehwal Pengantarabangsaan (Department of International Affairs, (DIA)) berfungsi sebagai platform untuk Perhubungan Antarabangsa, Hebahan, Pertukaran staf dan Pusat Sokongan Pelajar Antarabangsa.

Selain itu, menyediakan persekitaran yang paling kondusif untuk pelajar antarabangsa semasa pengajian mereka di UiTM dan berusaha untuk membantu pelajar antarabangsa kami pada setiap masa.

Senarai program yang ditawarkan mengikut yuran

Jenis permohonan masuk:
Kerja Kursus : Permohonan untuk pengambilan Mac
Penyelidikan : Permohonan untuk program penyelidikan boleh di buat sepanjang tahun.

Boleh layari untuk maklumat selanjutnya: https://study.uitm.edu.my

Bagi yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke program pengajian pascasiswazah, pertanyaan mengenai permohonan (proses pengambilan/syarat program/keputusan kemasukan) boleh hubungi:

UiTM Global
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA

+ + +

Mohon alumni UiTM berikan pencerahan. Jika belajar antara bangsa (interracial) pun tidak boleh, macam mana pula UiTM boleh belajar dalam suasana antarabangsa (international)?

Sebelum kita pergi kepada integrasi antara negara, secara logiknya, tentulah ia bermula dengan integrasi antara kaum dalam negara itu dahulu.

Bayangkan. Universiti di US mengharamkan kedatangan pelajar daripada ethnic American Black di universiti mereka. Tetapi, pada masa yang sama, universiti di US itu mengharapkan kedatangan pelajar Malaysia. Apa logiknya di situ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2024 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bottombikini at 15-5-2024 06:23 PM
dua_chzy replied at 15-5-2024 03:47 PM
Bukan non bumis memang boleh masuk UiTM ke? Bukan memang dah hada kuota 5% ka 10% gitu?


ye iols pun ingat yg ni lama dah ada
masa mula2 kuota dibuka dulu iols dok seksyen 18
ramai la nampak dak2 type c ni shoppin timba segala kat mydin
sbb situ ada hostel uitm

takkan kome2 dak uitm tak tau?
ke kuota tu sekejap je dibuka
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 06:44 PM | Show all posts
bottombikini replied at 15-5-2024 06:21 PM
ye iols pun ingat yg ni lama dah ada
masa mula2 kuota dibuka dulu iols dok seksyen 18
ramai la na ...

Pada awal 2000s, JPA menawarkan program pengajian luar negara kepada pelajar Melayu, Bumiputera, Cina dan India yang cemerlang.

Pelajar yang ingin ke luar negara perlu menjalani program persediaan pelajar. Dulu, UiTM di Seksyen 17 merupakan tempat pengajian untuk pelajar ke luar negara. UiTM di Seksyen 17 itu mempunyai satu unit yang dikenali sebagai Program Persediaan Pelajar (PPP).

Pelajar yang belajar di PPP menginap di Seksyen 18. Pelajar lelaki menginap di Kolej Kediaman Cemara, manakala pelajar perempuan menginap di Kolej Kediaman Akasia. Jadi, memang wujud pelajar non-Malay and non-Bumi pada waktu itu.

Program pengajian luar negara JPA pada waktu itu mengumpulkan Malaysia's best brain di kalangan pelajar Melayu, Bumiputera, Cina dan India. Pelajar-pelajar ini boleh belajar dan berkawan bersama-sama dalam satu kelas. Dan mereka masih boleh berbincang, bekerjasama dan berkawan sampai sekarang.

Pada waktu itu dan dalam kelompok pelajar tajaan JPA ini, tidak wujud elemen bangsa dan agama sebagai faktor pemisah, apatah lagi penyebab pergaduhan dan kebencian.

Hinggakan, pelajar Melayu di bawah tajaan MARA juga boleh berkawan dengan pelajar tajaan JPA tanpa mengira bangsa dan agama. Sedangkan, MARA itu adalah organisasi yang diberi mandat untuk memperkasakan pendidikan dan ekonomi Bumiputera secara khusus.

Tetapi pemikiran pelajar-pelajar tajaan JPA dan MARA pada waktu itu ada logiknya juga. Kalau pelajar Melayu tidak boleh belajar bersama-sama dengan pelajar Cina dan India di Malaysia, tidak perlu mimpilah pelajar Melayu itu boleh selesa dan cemerlang apabila dihantar belajar ke luar negara.

Jadi, penerimaan pelajar Melayu terhadap kehadiran pelajar Cina dan India adalah bukti yang mereka boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran antara bangsa (interracial) dan antarabangsa (international).
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 15-5-2024 06:11 PM
Nasib la ada juga komen yg cerdik.

Utk student & ex-student uitm yg terasa terancam tu, non bumi  ...


sebab tu la aku 'cakap'..bagi jer la..bagi jer la..apa saja yg drng minta.....ke hulu ke hilir ngn perpaduan nya...tiber alasan nya....'soal bumi's non bumi"s la pulok'.Payah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Nfir replied at 15-5-2024 05:58 PM
Ada dua situasi yang berlaku dalam hal ini:

Situasi 1) Kesilapan organizer kepada program paralle ...

Uitm jd mangsa dalam hal ni. Sbb doktor pakar ni xde tmpt lain dlm malaysia nk buat master in cardiotorasic.  

So main persepsi kaum dalam hal ni lg senag. Knp dorang tanak pergi luar negara buat balik master yg diiktiraf? Jawapan dia mungkin mati la mat nk start balik  kena bambu nk pahamkan sistem kesihatan dkt luar negara lg.

Pastu nk tnjuk taring tk boleh. Kalau buat dkt uitm je bsuk2 belanja mkan kfc je dah dpt cop tk payah msok kelas pastu still boleh kerja dkt hospital swasta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199963 Replies : 4698
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6357 Replies : 15
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 11291 Replies : 185
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30478 Replies : 185
Awesome place in Iceland --
dexaAwesome place in Iceland --
Views : 1453 Replies : 1
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11889 Replies : 12
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5516 Replies : 23
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 11408 Replies : 10
Jangan Melangkawi Batas
riena3321Jangan Melangkawi Batas
Views : 19021 Replies : 56
Mohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka ada di mana2 ????????
chaconMohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka
Views : 2851 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.072220 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list