CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Jackie

Jangan Percaya

[Copy link]
Post time 10-10-2006 11:11 PM | Show all posts
Originally posted by Jackie at 9-10-2006 11:39 PM



kalau boleh nasi tu jgnla kerap sgt. dah mcm buat size la plak. kalau makan kul 10 nasi, jgn terus tido. better makan nasi time sahur. boleh guna tenaga time siang. contoh time makan, i punya ...


:tq: :tq:
memang kalau sahur i makan nasi
1 pinggan.if not besok memang tak tahan!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2006 09:43 PM | Show all posts
Originally posted by humanbase at 10-10-2006 01:51 PM
Rasa nk teruskan exercise dibulan puasa tapi dah seminggu puasa masih terasa letih.
Plan nk buat stepper jer waktu petang kul 6-6.30. Lepas tu mandi dan bersedia utk berbuka..ok kot.



buat weight training sikit. yg penting bulan puasa ni bagi muscle tu rasa je
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 08:37 AM | Show all posts

Reply #552 Jackie's post

Jackie huhuhuhuhuu.. so true.. berat i turun dari 55.2 sampai 51.5 as of semalam.. (dlm masa 3 months) tapi bila check fat percentage tetap sama!! 25% tak berubah.... sedihnya sbb yg habis tu muscle...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 09:15 AM | Show all posts
Jackie,

Do u recommend any supplement other than a well balanced meal and a good exercise routine?
Especially for org yg have high body fat?
I eat quite healthily whenever possible..I kurang makan nasi but I eat other types of carbo like bread or pasta and fruits..bulan2 puasa ni, if i makan nasi, perut pedih gila..i still makan tapi the maximum i can eat per day is only half a portion of what I used to eat
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 02:13 PM | Show all posts
jackie ..i  nk survey alat exercise...tp x tau la nama alat tuh....


leh x bg mana2 website tentang alat2 exercise nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2006 03:40 PM | Show all posts
Originally posted by amustaph at 13-10-2006 08:37 AM
Jackie huhuhuhuhuu.. so true.. berat i turun dari 55.2 sampai 51.5 as of semalam.. (dlm masa 3 months) tapi bila check fat percentage tetap sama!! 25% tak berubah.... sedihnya sbb yg habis tu muscl ...



dlm 3 bulan buat apa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-10-2006 03:53 PM | Show all posts
Originally posted by Ariys21 at 13-10-2006 09:15 AM
Jackie,

Do u recommend any supplement other than a well balanced meal and a good exercise routine?
Especially for org yg have high body fat?
I eat quite healthily whenever possible..I kurang m ...



supplement yg i recommend ialah multivitamin, kalau nak lebih2 utk tenaga, bleh amik vitamin b. kalau amik multivitamin jgn campur ngan herbs mcm spirulina. bdn lambat jd. meal replacement like protein supplement is useless. utk apa protein supplement tu? whey protein akan buat badan sebu. kebanyakan meal replacement kat market skrang hanya utk tahan lapar. bukan makanan utk muscle. xde meal replacement yg setaraf ngan whole meal. protein supplement dicipta utk golongan tertentu saja. kalau bukan target utk compete x perlu bazir duit utk benda camtu. KECUALI u buat intense workout, u need extra protein yg mana x bleh dpt dari makanan natural.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2006 03:55 PM | Show all posts
Originally posted by fifie_olin at 13-10-2006 02:13 PM
jackie ..i  nk survey alat exercise...tp x tau la nama alat tuh....


leh x bg mana2 website tentang alat2 exercise nih...



alat utk apa? brapa budject? nak setup home gym? i can setup for u.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2006 04:26 PM | Show all posts
c'mon, sesiapa yg ada idea nama gym. i need to register as soon as possible
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 02:27 PM | Show all posts
Leisure Fitness

R&R Gym

City Gym

Get Fit Gym

InShape Centre
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2006 09:47 PM | Show all posts
Abadikan nama u la jackie... Jackie's Fitness / Jackie's Gym
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2006 10:00 PM | Show all posts
skrang ni pakai FIRE GYM. bukan gym i sorang so x bleh pakai nama jackie.

tomorrow will start diet, lepas raya seminggu, lepas rendang seminggu, lepas x workout more than 2 weeks. kalau jd prepare utk mr & mrs beach tahun depan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 10:14 AM | Show all posts
Gud luck jackie...nanti post la gambar u beraksi..nk tengok real u pulak.
Reply

Use magic Report

azumi This user has been deleted
Post time 30-10-2006 11:16 PM | Show all posts

tread mill

jackie, brand ape yg cun? bajet dalam RM2000
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2006 08:42 AM | Show all posts
Originally posted by azumi at 30-10-2006 11:16 PM
jackie, brand ape yg cun? bajet dalam RM2000



brand cun kena tambah lg 1 kosong kat belakang jd 20000. kalau home use cari je la kat fitness concepts tu. kalau dpt tahan lebih setahun tu kira cun la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 10:58 PM | Show all posts
Originally posted by Jackie at 31-10-2006 08:42 AM



brand cun kena tambah lg 1 kosong kat belakang jd 20000. kalau home use cari je la kat fitness concepts tu. kalau dpt tahan lebih setahun tu kira cun la tu.


That is expensive.  Tapi kalau berduit and mmg bersungguh akan gunakan, rasanya berbaloi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2006 09:25 AM | Show all posts
Gemuk selepas puasa:Di mana silapnya?

Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

AMBOI, sakan makan nampak! Tak toleh kanan kiri dah. Tak ada penyakit ke? Oh..., ada diabetes rupa-rupanya. Ubat mana? Ubat? Hari ni dah makan ubat ke belum?

Selesai sudah ibadah berpuasa selama sepurnama, kini tibalah masanya untuk berhari raya. Walaupun, ramai yang berjaya mengurangkan berat badan mereka dalam tempoh tersebut, tidak kurang juga yang makin bertambah beberapa kilogram.

Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan untuk membanyakkan amalan untuk mendekatkan diri kepada Rabbul Jalil bertukar menjadi satu bulan untuk mendekatkan diri kepada perut anda.

Jika tidak mengawal trend ini apa lagi di bulan Syawal yang mulia ini, alamatnya anda mungkin memerlukan baju yang bersaiz lebih besar pada Zulkaedah akan datang.

Lebih buruk, kegemukan boleh menjadi punca kepada pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi (hipertensi), jantung, strok, batu karang hempedu dan osteoartritis.

Jadi di manakah silapnya, di sebalik pelbagai saranan tentang pemakanan sihat di bulan Ramadan yang digariskan sebagai panduan, termasuk menerusi hadis nabi?

Antara penyebabnya yang diperhatikan adalah, hidangan berbuka puasa yang kini tampak lebih mewah dan meriah dengan pelbagai jenis juadah baru, yang tidak mampu ditolak sekalipun kenyang.

Menurut Pakar Runding Perubatan, Hospital Pakar Putra, Melaka, Dr. Chua Kong Cheng, ada beberapa pitfalls atau kesulitan yang tidak diduga dalam diet yang diamalkan selama sebulan berpuasa.

揚uncanya pemilihan makanan secara kurang sihat seperti mengambil lemak berlebihan yang dianggarkan mencapai lebih 20 peratus jika dibandingkan kurang lima peratus pada hari-hari biasa.

揃erpuasa dalam tempoh yang panjang dan kemudiannya berbuka dengan banyak makanan serba manis serta tinggi kalori turut menyumbang kepada pertambahan berat badan,拻 katanya.

Menurutnya, purata pertambahan berat badan semasa berpuasa sekiranya berlaku, berada dalam lingkungan lima hingga 10 peratus dari berat badan asal.

Golongan ibu dikenal pasti lebih cenderung mengalami masalah ini kerana memperuntukkan masa yang lebih lama di dapur untuk menyediakan hidangan berbuka dan sahur, secara langsung menambahkan selera mereka.

Dr. Chua berkata, terlalu banyak lemak yang memasuki saluran pencernaan, akan meningkatkan kadar kolesterol, trigliserid, serta menyempitkan pembuluh darah yang boleh mengakibatkan penyakit jantung dalam jangka panjang.

揔esilapan paling ketara apabila mengambil makanan dengan begitu banyak sekali sewaktu berbuka seolah-olah mahu membalas dendam pula.

揃ayangkan, setelah 30 hari berpuasa, tiba-tiba perut diserbu pelbagai jenis makanan, lebih-lebih lagi dalam kuantiti yang besar.

揑a boleh membuatkan perut terkejut dan menyumbat sistem pencernaan. Kesannya perut terasa sakit dan banyak angin,拻 jelas Dr. Chua.

Keadaan ini juga boleh tercetus jika seseorang tidak bersahur kerana ia boleh mendorong tindak balas kelaparan yang lebih dari biasa. Akibatnya, seseorang makan dengan banyaknya pada waktu berbuka.

Adalah juga dipercayai bahawa, apabila anda makan dengan gelojoh, ia sebenarnya menyebabkan anda mengambil makanan dalam jumlah yang lebih besar.

Sementara itu, makanan baru atau makanan pencetus yang khusus di bulan Ramadan seperti bubur lambuk boleh menyebabkan seseorang itu tambah berselera, sekali gus menambah berat badan.

揋ula yang terdapat di dalam makanan dan minuman yang manis-manis yang banyak terdapat di bulan Ramadan merupakan salah satu daripada makanan pencetus yang popular,拻 katanya.

Begitu juga dengan teh dan kopi. Selain kandungan gulanya yang tinggi, kedua-duanya mengandungi kafeina berlebihan yang boleh menambahkan berat badan.

Ini kerana, minuman berkenaan melarut resap kalsium daripada tubuh, membuatkan anda terasa lapar dan cenderung untuk makan.

Di samping itu, kenaikan kadar gula secara mendadak boleh meletihkan organ pankreas dan sekiranya pemakanan tidak sihat ini diteruskan untuk jangka panjang, ia boleh menyebabkan diabetes jenis 2.

Panduan makan yang betul

* Batasi jumlah kalori yang anda ambil. Pilih menu sayur-sayuran berserat, buah-buahan, salad dan protein tidak berlemak.

Sebagai pedoman mudah, bahan makanan dibahagikan kepada empat kelompok iaitu boleh makan banyak (sayur dan buah), boleh makan lebih (sumber karbohidrat seperti nasi, roti atau kentang).

Makan sederhana sahaja untuk sumber protein iaitu ikan, udang, daging dan lainnya. Dan makan paling sedikit iaitu gula, minyak atau garam.

* Ketika lapar, biasanya anda automatik akan tergoda dengan makanan berlemak tinggi.

Minumlah segelas besar air masak sebelum mendekati meja makan bagi membantu anda terasa kenyang dan hasilnya, tidak terlalu banyak makan.

* Makanlah secara perlahan-lahan. Semakin cepat anda makan, semakin besar kemungkinan anda makan lebih dan berat badan pun bertambah.

* Dengan mengambil sedikit makanan yang anda inginkan di dalam piring, anda secara tidak langsung telah menyelamatkan diri daripada makan jumlah yang banyak.

* Elakkan kembali ke meja makan sebanyak dua kali. Setelah bahagian pertama anda selesai, tunggu beberapa minit untuk berfikir, apakah anda cukup lapar untuk bahagian kedua. Makanan mungkin cukup enak, tetapi apakah anda perlukan makanan tambahan?

* Habis makan, jangan duduk sahaja. Bawa-bawalah berjalan sekitar lingkungan anda seperti mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan dengan sanak saudara atau sahabat handai, sekali gus mengeratkan silaturahim.

* Bersenam penting terutama di saat anda tidak banyak melakukan aktiviti. Misalnya, letakkan kenderaan jauh sedikit daripada rumah yang ingin dikunjungi supaya anda boleh berjalan kaki.

Jangan segan untuk bersenam ringan sekembalinya ke rumah sendiri seperti berjalan cepat, melakukan regangan atau joging sekeliling rumah. Naik turun tangga juga boleh membantu membuang kalori agar seimbang.

Pola makan di hari raya

LEBARAN sinonim dengan makanan yang menggoda seperti ketupat, rendang dan lemang. Beragam jenis makanan dari yang ringan sampai kelas yang berat dihidangkan.

Oleh kerana pulun makan, akhirnya kedengaranlah banyak keluhan-keluhan seperti sesak nafas, pening kepala, kembung perut, mual dan lain-lain. Tidak kurang juga yang mengalami cirit-birit.

Masakan tidak. Perut yang sepatutnya diisi dengan tiga bahagian sahaja iaitu 1/3 air, 1/3 oksigen dan 1/3 makanan, sudah tentu akan menimbulkan ketidakselesaan jika kesemuanya terisi dengan makanan dan minuman.

Pengambilan hidangan hari raya yang sebahagian besarnya mengandungi kadar lemak dan gula (karbohidrat) yang cukup tinggi merisikokan tubuh kepada pelbagai penyakit seperti hipertensi, penyakit jantung, penyempitan pembuluh darah dan sebagainya.

Makan banyak juga membuatkan tubuh terasa letih kerana kadar gula dalam darah akan melonjak yang kemudiannya mengeluarkan hormon insulin secara berlebihan yang bertugas membawa gula darah ke seluruh jaringan tubuh yang akan diubah menjadi glikogen atau lemak.

Lemak berlebihan akibat makan terlalu banyak sukar diuraikan menjadi gula darah semula. Maka makan berlebihan tidak akan membuat tubuh menjadi segar malah menjadi lemah.

Keadaan ini terutamanya boleh mendatangkan bahaya kepada pesakit kencing manis kerana ia boleh menyebabkan hiperglisemia (glukosa dalam aliran darah yang berlebihan).

Karbohidrat yang berlebihan di dalam tubuh akan bertukar menjadi lemak, ditambah dengan lemak yang sedia terdapat dalam makanan. Bagi orang yang sudah berlebihan berat badan, maka lemaknya akan terus bertambah.

Sementara itu, kadar garam tinggi akan mencetuskan terjadinya hipertensi dan jika anda penghidap penyakit ini, berhati-hatilah. Sumber garam bukan hanya dari garam dapur, tetapi juga pada perasa makanan, soda kuih dan makanan yang diawetkan atau ditinkan.

Bagi para pesakit diabetes, kolesterol rendah, jantung atau buah pinggang yang sedang berdiet perlu lebih berhati-hati dan jangan sama sekali mengabaikan diet anda, kawal makanan dengan ketat agar anda selamat.

Pilihlah makanan yang rendah gula, banyak vitamin dan mineral misalnya buah-buahan.

Hari raya bukan hari membalas dendam untuk makan kerana sebenarnya inti dari bulan Ramadan adalah mengawal diri termasuk dalam hal-hal berkaitan makan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2006 09:26 AM | Show all posts
Pradiabetes: Jaga berat badan

Oleh: DATUK PROF. MUSTAFFA EMBONG

PADA keluaran dua minggu lepas, Institut Diabetes Negara (NADI) ada menceritakan tentang pradiabetes, keadaan di mana paras glukosa darah anda adalah lebih tinggi daripada paras normal. Namun, ia masih tidak cukup tinggi untuk mengkategorikan anda sebagai menghidap penyakit diabetes.

Walaupun begitu, seperti yang kami nyatakan, pradiabetes bukan sahaja dapat menyebabkan anda menghidapi diabetes malah akan meningkatkan risiko terkena serangan jantung atau strok.

Penyakit-penyakit tersebut boleh berlaku kerana paras glukosa dalam darah anda yang lebih tinggi daripada normal secara berterusan, akan merosakkan saluran darah besar anda.

Keadaan ini akan bertambah teruk sekiranya anda menghidapi tekanan darah tinggi, tahap lipid darah (lemak dalam darah) yang tinggi atau anda obes iaitu berlebihan berat badan - tiga keadaan yang biasa dialami oleh mereka yang mempunyai pradiabetes.

Oleh kerana pradiabetes lazimnya tidak menunjukkan sebarang tanda, ia sering diabaikan. Oleh itu, kami berharap anda telah mengikuti nasihat kami dengan menjalani ujian glukosa darah di klinik doktor anda atau farmasi yang berdekatan.

Sekiranya tahap glukosa darah anda berada di antara 5.6 dan kurang dari 7.0 mmol/L (semasa berpuasa) atau antara 7.8 dan kurang 11.1 mmol/L (dua jam selepas makan), doktor anda harus menjalankan ujian darah susulan tertentu untuk mengesahkan sama ada anda betul-betul ada pradiabetes atau menghidap diabetes jenis 2.

Sekiranya anda telah didiagnosis menghidap pradiabetes, janganlah berputus asa. Adalah lebih baik anda mengetahuinya sekarang dan mengambil tindakan tegas untuk menjaga kesihatan anda.

Lebih-lebih lagi, kajian di China, Amerika Syarikat dan Finland menunjukkan bahawa anda mampu mengurus pradiabetes dengan jayanya dan juga dapat mengembalikan paras glukosa darah yang tinggi ke paras normal. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah sedikit perubahan positif dalam gaya hidup anda.

*Kaitan obesiti dan rintangan terhadap insulin

Paras glukosa darah anda akan meningkat lebih tinggi daripada paras normal apabila glukosa (yang dihasilkan dari makanan dan hati anda) tidak boleh memasuki sel-sel badan dengan efektif dan akan berkumpul di dalam darah anda.

Situasi ini berlaku apabila sel-sel badan menjadi kurang sensitif terhadap insulin, sejenis hormon yang membantu mengangkut glukosa ke sel-sel badan.

Para doktor menamakan keadaan ini sebagai 憆intangan terhadap insulin
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 02:36 PM | Show all posts
Useful info Jackie.  Thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 11:45 AM | Show all posts
Originally posted by Jackie at 13-10-2006 03:40 PM



dlm 3 bulan buat apa?


jackie, dlm 3 bulan cuma buat low calorie diet, n x senam so skrang dah tak ada mood nak diet sbb fat percentage ttp sama. mesti nak exercise jugaklah kan?

lagi satu, my hubby baru beli ab-king pro utk abs dia.. how can i benefit from the thing?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.268035 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list