CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI XIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 16-10-2012 02:25 PM | Show all posts
transporter posted on 16-10-2012 01:35 PM
Bagaiman pula orang baru jadi ahli TH, menyimpan katalah RM10k, terus daftar Haji. Orang2 macam ni ...

Haji, kita tunggu jawapan dari yang Arif  he he

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2012 03:15 PM | Show all posts
transporter posted on 16-10-2012 01:35 PM
Bagaiman pula orang baru jadi ahli TH, menyimpan katalah RM10k, terus daftar Haji. Orang2 macam ni ...

Since hj One belum menjawab,sorryler Haji One saya mencelah & setakat pendapat saya shj:

Siapa cepat daftar dialer pergi dulu,dengar cerita tempoh menunggu makin lama 35-40 tahun.  Apa nak buat redhaler dah tabiat orang Malaysia apa-apa buat tak puas hati & banyak duit.kalau boleh nak buat Haji banyak kali. Lagi banyak org yg mendaftar utk pergi haji buat kali kedua dan seterusnya,lagiler lama tempoh menunggu.

Saya cadangkan agar TH beri penekanan lebih kepada bakal jemaah supaya berbuat sehabis baik ibadah di sana, jangan sambil lewa.Dah balik baru menyesal, tak ibadat sehabis baik & nak daftar lagi. TH perlu beri kenyataan juga,siapa yg balik nak daftar pergi haji lagi kena tunggu 35-40 tahun lagi baru dipanggil.Jadi jangan sia-siakan ibadah haji ini.Anggaplah ia haji kali pertama & terakhir.
Haji itu Arafah, jadi TH perlu fokuskan ibadah Haji yang sempurna  semasa di Arafah,Mudzalifah & Mina.Jaga kesihatan sebelum Arafah, ingatkan jemaah tak perlu pulun buat Umrah bila menghampiri hari Arafah.jaga tingkah laku & kebajikan org sekeliling semasa Masyair.Itu lebih penting.


Utk soalan:Bagi penyimpan yg telah simpan duit tapi belum daftar,apakah usaha2 TH utk memberikan kesedaran daftar Haji. Saya rasa usaha TH dah menampakkan kesan dengan jayanya sbb kalau tidak masakan  tempoh menunggu haji Rakyat Malaysia 35-40 tahun.


Last edited by JuanM on 16-10-2012 03:34 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 06:52 PM | Show all posts
Maaflah sebab lambat balas, sibuk skit hari ni..hehehehe.

Ok, tadi saya bertandang ke jabatan haji utk gather some info..so, let say klu ada sesiapa yg mendaftar hari ini (16 oktober 2012)..tahun menunaikan haji adalah pada tahun 1472 hijrah, bersamaan dgn 39 tahun menunggu..hahahahaha...

Sekarang ni, tak kira org muda ke, warga emas ke..tempoh menunggu adalah sama, so klu org tu berusia 25 tahun, usia waktu dia time nk pi haji (based on sistem haji) adalah pd 64 tahun. Klu org tu dh berusia 60 tahun baru daftar? Hehehehe.

Samada org tu daftar dgn telah mencukupkan wang naik haji atau sekadar mencukupkan duit daftar haji (rm1300), tempoh menunggu haji tetap sama.

Tempoh menunggu yg makin lama ni disebabkan oleh jumlah pendeposit TH yg dh ramai mendaftar haj. Awal tahun 2000, tempoh menunggu cuma dlm 9 tahun..so bleh nampak bezanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 07:27 AM | Show all posts
aily posted on 16-10-2012 12:46 PM
AsSalam semua

Nak tanya Haji One, ada ramai penyimpan tabung haji cuma menyimpan tapi mereka tak  ...

memang ada kes dimana pendeposit tu bukak akaun TH, pastu dia ingat dia akan terus didaftar sebagai termasuk dlm que utk menunaikan haji..tapi lama kelamaan, dia baru sedar yg dia kena daftar. Dlm kes-kes mcm ni, dia tetap kena tunggu 'que' bermula dari tarikh dia daftar tu, TH tak boleh absorb kesilapan dia yg tidak mendaftar haji sebagai satu kelebihan utk dia pergi lebih awal. Dlm erti kata yg lain, kesilapan dia tidak boleh dijadikan sebagai kelebihan utk dia pergi lebih awal..

Sekiranya dia nak pergi lebih awal, kena merayu dan rayuan akan dilihat berdasarkan atas faktor usia, kesihatan dll..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 07:30 AM | Show all posts
transporter posted on 16-10-2012 01:35 PM
Bagaiman pula orang baru jadi ahli TH, menyimpan katalah RM10k, terus daftar Haji. Orang2 macam ni ...

Orang yg baru jadi pendeposit TH, terus simpan dlm jumlah yg banyak..let say, RM20k (melebihi wang naik haji)..dia tetap kena tunggu que sama mcm orang yg baru daftar haji dgn jumlah basic (RM1300.00)..so, takdak kelebihan pada dia, dan adil pada orang yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 07:35 AM | Show all posts
JuanM posted on 16-10-2012 03:15 PM
Since hj One belum menjawab,sorryler Haji One saya mencelah & setakat pendapat saya shj:

Siapa  ...

heheheeh..setuju tu, siapa cepat dia dapat. Cuma terkecuali utk kes2 yg memerlukan kesegeraan..sebab tu ada alokasi kuota utk orang yg warga emas, kesihatan, mahram dll..

Kursus haji berjalan selama setahun, so, memang TH nak jemaah haji kita buat yg terbaik semasa kat sana..dengan kursus haji perdana, dengan siri ceramah di tanah suci lagi..banyak program yg dibuat, tapi tu la..akhirnya ianya berbalik kepada jemaah haji tu sendiri..nak buat sebaik mungkin (fokus dan komited) ataupun cepat lalai dlm dugaan sepanjang berada kat sana..

Dr segi kesedaran bab mendatar haji ni, kita boleh lihat dimana tempoh menunggu sekarang ni dah mencapai 39 tahun berbanding 10 tahun lalu yg cuma dlm tempoh 9 tahun..hehehe..semalam, masa jumpa sorang pakcik yang baru mendaftar haji, umur dia dlm lingkungan 70 tahun, kata dia..kalau ikut tempoh menunggu tu, dia dah dalam kubur rasanya..mungkin tulang temulang dia dalam kubur tu pun dah hancur....tapi dia akui memang silap dia sebab dia lewat daftar, time muda tak terfikir pun nak pi haji walaupun duit banyak..hehehehe..dah tua ni baru la terasa nak pi haji..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2012 07:38 AM | Show all posts
Forumers semua since sekarang ni kita dah tahu bila wukuf walaupun jasad kita tidak di Arafah namun kita masih berkongsi langit yang sama.Berdoalah mudah-mudahan doa kita turut sama diangkat.InsyaAllah.

Info yang Juan dapat kemuncak waktu Wukuf bermula dari Asar hingga menjelang Maghrib di Arafah - waktu Malaysia ialah jam 8.32 malam (25.11.2012) hingga jam 11.04 malam (25.11.2012)
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 07:46 AM | Show all posts
JuanM posted on 17-10-2012 07:38 AM
Forumers semua since sekarang ni kita dah tahu bila wukuf walaupun jasad kita tidak di Arafah namun  ...

Wahhhh...terima kasih JuanM, good info indeed.

Betul tu, waktu wukuf..doa-doa amat mustajab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2012 09:38 AM | Show all posts
Saya sambung gambar-gambir rojak ye..hehehe..(kalau yg berulang, minta maaf ye..).

Dapur di Mina, sedang menyediakan makanan utk jemaah haji..





Ni plak jiran-jiran rumah di kampung saya, jenuh saya nak mencari mereka ni masa kat Arafah..syukur Alhamdulillah, jumpa jugak akhirnya..mereka pun tak menyangka yg saya boleh cari mereka ni..hehehe..

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 09:41 AM | Show all posts
Gambar di Pusat Rawatan Syisyah di Mekah..



Ambulance..



Di dalam hospital syisyah..


Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 10:08 AM | Show all posts
haji_one posted on 17-10-2012 09:41 AM
Gambar di Pusat Rawatan Syisyah di Mekah..

Mujur suami saya pandai cakap Arab & kami sewa teksi sapu untuk singgah di Syisyah menziarah ibu saudara yg warded di Syisyah sebabkan penyakit tibi.Kebetulan ibu saya tidak menjangkakan penyakit batuk lamanya hingga membawa pada asma menyerang semula & pada masa itu mak pulak tak bawa ubat.kami ambil peluang semasa menziarah ibu saudara untuk mohon bekalan ubat dari TH,Alhamdullilah TH ada ubat yang kami harapkan tu.Sebab setahu saya ubat tu dadah terkawal & tak boleh sembarangan beli.Alhamdulillah mak yang umur 70+ sihat sepanjang masyair haji & mampu berjalan berbelas2 km & melengkapkan ibadat melontar,tawaf & saie haji pada 10 Zulhijjah & kami balik bermabit di Mina semula pada hari yang sama.Terima kasih TH dan atas izin Allah kerana memudahkan perjalanan hj kami.
Last edited by JuanM on 17-10-2012 10:28 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 01:26 PM | Show all posts
salam,

boleh sesapa bgtau mcm mana prosedur utk buat rayuan?

kena pergi sendiri ke ibupejabat TH atau ke cawangan pun boleh?

kena jumpa pegawai sendiri atau pos shj surat pun boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 02:16 PM | Show all posts
JuanM posted on 17-10-2012 10:08 AM
Mujur suami saya pandai cakap Arab & kami sewa teksi sapu untuk singgah di Syisyah menziarah ibu s ...


hehehee...teksi sapu ni kalau awal musim haji senang je dapat, harga pun murah..kalau dah nak dekat wukuf..jenuh, harga pun mencanak..hehehehe..

Saya pun pernah guna perkhidmatan teksi sapu ni utk ambil jemaah haji bila petugas PAM (petugas ambilan musim) ada kerja lain..

Ingat lagi satu pengalaman, saya pi dengan PAM utk ambil jemaah haji maktab saya yg dah discharge dr Syisyah. Jemaah haji tu lelaki, dlm 60 tahun lebih la usianya.

Saya pi ke Syisyah, bagitau nak amik jemaah haji maktab saya, sign borang skit..pastu bawak la jemaah haji tu masuk kereta (dia duduk belakang, saya didepan dgn PAM yg memandu). Baru 5 minit jalan..pakcik tu tanya, "ehhhh..ehhh..kita nak pergi mana ni?", dia macam blur, pastu saya bagitau la, "Pakcik dah sihat, dah boleh keluar wad..kita balik ke Maktab kita, kat situ anak isteri pakcik menunggu..".

Then, pakcik tu cakap.."ehhh..maktab pakcik arah sana..bukan ikut sini.."..terkejut saya, aikkk..sejak bila pakcik ni tahu jalan area Mekah ni.

Time tu, saya tengok pakcik tu dah cuak, saya pun tanya.."ehhh..pakcik tahu ke jalan nak ke maktab pakcik ni?"..pastu yang jemaah haji tu cakap, "apa plak tak tahu, maktab pakcik di Simpang Renggam..."..saya dengar jawapan pakcik tu, dah nak mengalir air mata tahan gelak...pastu banyak la la pakcik tu cakap, tapi ala-ala nyanyuk..bila saya fikir balik, sayu je hati ni..ye la, kasihankan dia..

Sampai kat maktab, saya hantar pakcik tu ke bilik dia, bagitau anak isteri dia yg dia da ada di bilik, seronok dapat tengok satu keluarga bersatu balik, si isteri menangis gembira..yang anak tak putus2 ucap terima kasih sebab hantar balik ayahnya ke maktab (jemaah haji tu masuk wad selama 5 hari).. Last edited by haji_one on 17-10-2012 02:20 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 02:18 PM | Show all posts
kuncisaya posted on 17-10-2012 01:26 PM
salam,

boleh sesapa bgtau mcm mana prosedur utk buat rayuan?


Salam kuncisaya,

Buat surat rayuan, masukkan maklumat peribadi, contohnya kad pengenalan, atau no akaun..then, nyatakan alasan utk rayuan dan hantar ke TH Cawangan pun boleh, atau ke ibu pejabat pun boleh, atau nak fakskan pun boleh, nak pos pun boleh..nak hantar sendiri pun boleh, tak kisah apa cara utk media penghantaran..yg penting surat rayuan tu sampai ke TH..untuk alamat, tengok dengan website TH. Last edited by haji_one on 17-10-2012 02:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 02:28 PM | Show all posts
Assalamualaikum...
Kpd kaum wanita yg berkeinginan utk melakukan ibadah umrah / Ziarah dan memerlukan MUTAWIF WANITA boleh
menunaikan ibadah ini bersama :

USTAZAH ASNI MANSOR AL-HAFIZAH. (PENCERAMAH BEBAS TV 3,9,7 dan ASTRO).

Ini krn ada jemaah wanita yg memerlukan bimbingan lebih dekat dan jelas melalui mutawif wanita.
Jika berminat boleh pm saya.

Wasalam
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 02:57 PM | Show all posts
bagi yang bertanya..mengenai pengunaan visa haji luar negara

di US anda dibenarkan mengunakan kuota USA sekiranya anda adalah Penduduk tetap dan memperolehi green card, pemegang visa pelajar dan juga visa bekerja...

visa business or visit are not allowed...

you can go with tabung haji dimana..urusan di tanah suci dikendalikan oleh tabung haji...mengunakan semua kemudahan tabung haji sebaik sahaja tiba di jeddah dan sehingga pulang...

tuan/puan juga perlu membayar kos kepada united agency jeddah sekitar 295 USD...

memiliki penerbangan confirmed and 'non refundable' takut overstay...

permohonan boleh dibuat kepada konsulat arab saudi terdekat...chicago, houston, new york, los angeles...
dgn mengemukakn

bukti suntikan meningitis meningococcal...
2 gambar background putih...
borang permohonan,
bank draft or cashier check for united agency jeddah..
passport
visa di USA
kalau student bukti status "I-20"

bayaran visa adalah percuma..

tiket sila urus sendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2012 03:33 PM | Show all posts
HUSSAINTAHIR posted on 17-10-2012 02:57 PM
bagi yang bertanya..mengenai pengunaan visa haji luar negara

di US anda dibenarkan mengunakan kuo ...

AsSalam Hussain

Hussain mohon ke untuk pergi tahun ni?

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 03:34 PM | Show all posts


wow murah nya...apa pendapat kawan2 mengenai Al-Fajr

anybody use them before?

PIA no problem ...best...beriyani sedap....pengalamn tahun 2008
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 08:16 AM | Show all posts
haji_one posted on 17-10-2012 02:18 PM
Salam kuncisaya,

Buat surat rayuan, masukkan maklumat peribadi, contohnya kad pengenalan, at ...

terima kasih haji_one.

walaupun giliran saya pada thn 2035, saya bertekad nak buat rayuan tiap2 tahun mulai thn depan..

err.. skrg dah boleh ke hantar surat rayuan?

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 08:19 AM | Show all posts
kuncisaya posted on 18-10-2012 08:16 AM
terima kasih haji_one.

walaupun giliran saya pada thn 2035, saya bertekad nak buat rayuan tiap2 ...

Hehehe..usaha tangga kejayaan.

Rayuan haji adalah untuk tahun semasa haji tu, so, untuk haji 1434H..so, kuncisaya kena mohon selepas musim haji (1433h) ni habis dulu. Rasanya bulan Januari tu dah sesuai utk hantar rayuan haji.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.302385 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list