Jangan gadaikan maruah umat di meja judi
Oleh FAZLI RADZI / January 30, 2022
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR menegaskan tindakan melibatkan wang umat Islam khususnya melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam isu pinjaman tanpa cagaran melibatkan tiga bank utama kepada Genting Hong Kong adalah tidak wajar.
Pengerusinya, Amidi Abdul Manan berkata, keyakinan bahawa industri judi akan memberikan jaminan pulangan yang besar sehingga sanggup memberikan pinjaman tanpa cagaran merupakan suatu ‘akidah’ atau keyakinan songsang yang bercanggah dengan semangat ayat 90 surah Al-Maidah.
“Pihak BIPPA menyeru agar umat Islam di Malaysia bangkit menyatakan bantahan bagi sikap sebegini yang jelas bertentangan dengan ajaran Al-Quran.
“Para ulama dan ilmuan Islam mesti secara jelas memperlihatkan sikap yang tegas dan keberanian yang jelas agar kemungkaran sebegini tidak akan berulang dan berleluasa,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.
Tiga bank Malaysia termasuk Maybank dilapor sebagai antara ketua pemiutang tidak bercagar Genting Hong Kong, dengan gabungan pendedahan sebanyak AS$600 juta (RM2.5 bilion).
Khazanah Nasional, KWSP dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai pemegang saham dalam bank-bank terbabit.
Sehubungan itu, Amidi berkata, BIPPA menuntut pendirian dan tindakan daripada pihak kerajaan bagi menyelamatkan maruah Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
ni kalau jadi zaman guang eng menteri dulu mesti dah botak pdg merbok walaun seluruh pertiwi turun buat demo..tp sbb skrg dah jadi kjaan walaun pun krik2 je lah mcm takde pape..judi yg haram tu pun dah jadi halal konsepnya..
BILA DAH KANTOI DISALAHKANNYA ORANG LAIN !!
Sudah tentulah DSAI selaku ketua pembangkang mempersoalkan mengapa pinjaman yang diberi itu TANPA SEBARANG JAMINAN atau CAGARAN! Sewenangnya RM2.51b diberi pinjam, itu duit pelabur dan pelaburnya adalah pemegang amanah rakyat (KWSP, KWAP, KHAZANAH).
Apakah Zafrul masih nak putar belit atau tak faham soalan berbangkit? Tiada masalah jika pinjaman diberi kepada mana² pihak yang berpotensi memberi keuntungan asalkan ada cagaran as security reason.
Kini DSAI dituduh oleh Zafrul kononnya tidak halang pinjaman kepada syarikat judi? Cuba Zafrul senaraikan secara fakta, syarikat judi mana pada zaman DSAI jadi menteri kewangan diberi pinjaman tanpa cagaran mahupun bercagar?
Siapa CEO Maybank & CEO CIMB dahulu yg bersekongkol bagi pinjam berbilion ringgit pada syarikat judi Hong Kong tu??! DSAI ker Zafrul?
zafrul dah jawab isu tu.
katanya gomen tak terlibat.
dia ngaku skandal tu berlaku zaman dia terajui cimb
dan mmg keputusan bodoh tu cimb (kepunyaan adik najib)
dgn zafrul sebagai pekerja dia yg bangang.
betul.
najib kan suci.
dia ngaku akaun bank yg dpt 2.6 beliyon tu tak wujud pon betul.
dia ngaku duit masuk akaun tanpa kesedaran dia pon betul.
dia ngaku dah pulangkan duit yg masuk akaun yg tak wujud tanpa dia sedar pon betul.
dia tuduh org yg elak cukai adalah pengkhianat, betul.
dia sendiri elak dan taknak bayar cukai pon betul.