CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dillahdin

[MERGED] Ekoran Dr. M Keluar UMNO Update: Nampak Saya Gagal Tapi Kesannya...

[Copy link]
Post time 30-5-2008 09:47 PM | Show all posts
tu belum dia cerita yg TDM dooloo nak memerintah sehingga akhir hayat...sekarang sapa yg nak memerintah hingga hujung nyawa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2008 09:53 PM | Show all posts
sejak dari berporem di Local Politik dulu lagik,
si kulit peminat Amina Wadud ini suka buka
thread-thread tahap longkang
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2008 10:00 PM | Show all posts

Reply #2 peace's post

peminat Amina Wadud suka pusingkan
berita ikut otak terlebih oksigen nya. Jumud!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2008 10:06 PM | Show all posts
Originally posted by waddy at 29-5-2008 11:59 AM
Udah ler tu MAT TAIB oiii.....

Bila Pak Lah sedar ko neh cuma Getah Sekerap..Baru ko tahu......



reason yang dia bagi tu langsung tak make sense -
kadang2..well selalupun  menteri2 ni kalau buat statement
selalu macam tak ada education aje ---

bahasa yang digunakan... reason yang diberi --
terlalu petty -
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2008 10:12 PM | Show all posts
***** asked you to audit the following post,click following url to view the post:
http://eforum.cari.com.my/viewth ... ;page=1#pid23350631

His/Her Reason: "sebab2 kenapa mahathir keluar umno" dah ada banyak dalam thread lama. layanan paklah & ahli umno terhadap mahathir pun dah ada dalam thread lama. takde isu yg baru.

http://eforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=352792


this thread is merged based on the report -
the same issue discussed -

thanks -
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2008 11:43 PM | Show all posts
Letak lah gambar-gambar Dr mahadey menangis   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2008 12:12 AM | Show all posts
kesiannya Mahadet kena kutok sendiri ngan org yg dulu2 puja dia
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 06:52 AM | Show all posts
Keluar Umno, saya nampak gagal tapi kesannya... - Mahathir
12-06-2008
Oleh G. MANIMARAN

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Selepas tiga minggu keluar Umno, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau "nampak gagal" dalam perjuangannya yang terbaru, tetapi tindakan ke atas beliau oleh kepimpinan parti akan membawa kesan terhadap Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

"Saya nampak gagal tapi saya percaya kesannya dalam pilihan raya akan datang kerana tindakan parti terhadap saya, ramai pengundi akan tolak BN," kata beliau dalam temu bual bersama mStar Online di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas di sini.

Ditanya mengenai peluang beliau berjaya dalam 'perjuangan' melawan kepimpinan parti kali ini, Dr. Mahathir berkata: "Mungkin tiada peluang, tapi tak apa."

"Saya dapat menunjukkan saya menentang. Kalau orang hendak kata saya salah, OK."

Bekas Presiden Umno itu keluar parti pada 19 Mei lalu. Isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali yang turut keluar Umno berada di pejabat Dr. Mahathir ketika sesi temu bual dengan mStar Online.

Kedua-dua mereka memegang nombor keahlian Umno 0000001 dan 0000002.

Umno dan BN buat pertama kali telah berhadapan dengan prestasi paling buruk dalam pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.

Ketika kepimpinan beliau, BN pernah kehilangan dua negeri iaitu Kelantan pada 1990 dan disusuli Terengganu 1999, yang ditawan semula tahun 2004.

Bagaimanapun dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, lima negeri jatuh ke tangan pembangkang dan 10 daripada 11 kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikuasai pembangkang manakala majoriti dua pertiga dipegang BN di Dewan Rakyat juga dinafikan.

Sama ada yakin atau tidak akan mencapai kejayaan dalam usaha untuk mengubah kepimpinan Umno, kata Dr. Mahathir, apa yang penting ialah beliau menyuarakan pandangannya apabila tidak setuju dengan kepimpinan parti.

Dr. Mahathir, yang lantang bersuara dalam banyak perkara dan berhadapan dengan pelbagai isu sepanjang kepimpinan 22 tahun sebagai Perdana Menteri pernah dianggap sebagai pemimpin yang makin berpengaruh dan mantap apabila berhadapan isu-isu yang mencabar.

Menjawab soalan itu, beliau hanya berkata, "saya tidak tahu, kamu tengok sahajalah."

Dr. Mahathir juga mengakui beliau seolah-olah kelihatan seorang diri cuba membawa perubahan dalam Umno sejak keluar parti 19 Mei lalu.

Selain Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah, yang turut keluar secara terbuka ialah anak mereka, Datuk Mokhzani dan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid.

"Ya, nampak saya seorang diri, tapi ramai yang sokong, mereka tak ambil tindakan, tak berani ambil tindakan," katanya.

Tambah beliau, sehingga kini tiada pihak yang datang menemui untuk meminta beliau mengubah pendirian dalam soal tersebut.

"Saya duri dalam daging, sekarang sudah dikeluarkan, tak akan nak masuk balik," kata Dr. Mahathir dan menambah, beliau tidak akan kembali sama sekali ke Umno selagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kekal sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Majlis Tertinggi Umno meskipun menerima keputusan keluar parti tetapi bersedia untuk menerima beliau jika Dr. Mahathir berhasrat untuk kembali semula.

"Dulupun, saya balik ke Umno apabila Tunku (Abdul Rahman Putra Al-Haj) sudah tarik diri (berundur). Inipun saya kata kalau Abdullah tarik diri, keluar daripada parti atau letak jawatan, saya masuk parti.

"Bagi saya, saya tiada pilihan, selagi ada Pak Lah, saya tak (akan) kembali," katanya.

Selepas tiga minggu keluar Umno, Dr. Mahathir berkata, keadaan tidak banyak berbeza.

"Tiada beza, bila saya ada dalam Umno selepas saya letak jawatan (tahun 2003), saya terus berada dalam Umno.

"Layanan kepada saya seolah-olah saya daripada parti lawan, saya disekat tidak boleh bercakap, tak boleh bertemu dengan orang Umno, menteri tak boleh jumpa saya, saya tak boleh jumpa menteri, kalau saya ada syarahan, ahli Umno tidak boleh hadir, ketua bahagian tidak boleh hadir.

"Jadi sekarang ini saya bukan ahli Umno, (keadaan) sama saja. Keadaan itu tidak berbeza," katanya.

Dr. Mahathir memberitahu, beliau memang bebas pada masa lalu tetapi orang tidak berani menemui dan masih tidak berani berbuat demikian.

"Sekarang ini pun tak berani datang jumpa, dia (mereka) takut. Hari ini (Selasa lalu) saya bercakap di Bankers Club. Walaupun ada ahli Umno jadi anggota Bankers Club, tetapi tidak hadir," katanya.

Ekoran itu, tambah beliau, jika situasi tersebut berterusan ramai akan tetap merasa kecewa dengan Umno dan akan menyokong parti lawan sehingga bakal membawa kepada kekalahan BN dalam pilihan raya akan datang.

Dr. Mahathir juga menyentuh mengenai UMNO dan pilihan raya umum ke-12 dalam blognya hari ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------

by september nanti... mesti dah ramai la yang akan
menyusul... sekarang ni pun ramai yang ikut jejak
dr m walaupun tak ketara sangat lagi -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2008 07:23 AM | Show all posts
sempat lagi ke Mahathir tgu PRU13..

dah2 ler tu mahathir.. duk umah senyap2 je..

mopti dah beggar..?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 07:54 AM | Show all posts
Originally posted by gasing at 13-6-2008 07:23 AM
sempat lagi ke Mahathir tgu PRU13..

dah2 ler tu mahathir.. duk umah senyap2 je..

mopti dah beggar..?


Ngko nak soh chedet dok umah diam2 pastuh soh paklah melalak...
lee kuan yew tua2 tak larat pun masih lagi nak kat dia sebab ideologi..
mula2 pulau batu putih kompem dah amik dah..pastu sekrg pulau pisang..
pastu pangkor pastu tioman...kiter mana tau...takper2 terimalah keputusan ICJ...
sikit2 tanah dah gadai kat org kapir...perumpamaan "takkan melayu hilang didunia"
dah takleh diguna pakai lagi dah...sebab satu pulau dah dikebas dek singapura..
"Malaysia dilanggar todak"
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 08:41 AM | Show all posts
ah ah klako tul......kita minum dulu.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 08:51 AM | Show all posts

Reply #1371 mrsakit's post

balaci singapork ade kat mesia ni... ape nak wat... singapork sound sket je si bedolah tu jangan blok singaporkian nak isi minyak kat jb, tak sampai seminggu sekatan tarik balik.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 09:13 AM | Show all posts

Reply #1373 putrisakura's post

Kat laman CI ni ramai balaci Singapork...... skit punya baguih kutuk Mesia... yg kita tak tahu... dok sokong,...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.154496 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list