Kebimbangan Pemisahan Bayi
Adakah si manja anda menangis, kelihatan risau dan terganggu emosinya apabila anda meninggalkan bilik? Adalah mereka akan memeluk kaki anda, tidak mahu berjauhan dan meraung tidak henti sehingga mereka didukung?
Terus membaca untuk lebih memahami mengenai kerisauan kanak-kanak untuk berjauhan dan apa yang anda boleh lakukan.
Apakah Kerisauan Semasa Berjauhan?
Kerisauan semasa berjauhan berlaku apabila kanak-kanak takut berjauhan dengan ibu bapa mereka dan orang yang rapat dengan mereka. Ia mula kelihatan semasa bayi berusia enam hingga lapan bulan dan mungkin berakhir sehingga mereka berusia empat tahun. Tetapi umumnya, dalam masa ini ada ketikanya kerisauan berjauhan akan bertambah baik atau teruk.
Mengapakah Anak Saya Begini?
Anda mungkin fikir bahawa anda bersendirian menghadapi keadaan ini, tetapi percayalah anda tidak keseorangan. Kerisauan berjauhan dalam diri si kecil adalah perkara biasa yang dianggap sebagai sebahagian daripada proses tumbesaran. Anak kecil melalui peringkat untuk belajar mempercayai orang lain. Mereka perlu menjalin hubungan emosional dengan orang yang akan memenuhi keperluan mereka untuk kelangsungan hidup.
Segalanya Adalah Tentang Saya!
Kanak-kanak kecil percaya bahawa dunia berputar di sekeliling mereka dan semua orang sedia berkorban untuk mereka. Apabila berlaku perkara yang tidak mereka sukai, mereka akan marah. Ini akan ditunjukkan pada gerak tubuh dan bahasa percakapan mereka.
Kanak-kanak kecil tidak tahu cara untuk berkelakuan yang diterima oleh orang ramai. Kapasiti otak mereka belum memahami bahawa orang lain juga mempunyai kehendak sendiri.
Setiap anak kecil mempunyai kelakuan tersendiri yang unik. Sesetengah mereka tidak terlalu menunjukkan emosi mereka semasa di khalayak ramai.
Si kecil juga perlu berkembang melalui peringkat pembangunan emosi yang kompleks. Jika mereka terlepas suatu peringkat, ia bermakna mereka akan menghadapi kesukaran untuk membina hubungan keyakinan dengan orang lain apabila dewasa.
Janganlah fikir seolah-olah si manja anda akan sentiasa risau apabila berjauhan. Dengan pengurusan yang betul dan kefahaman tentang perkembangan kanak-kanak, anda akan boleh menyokong si manja anda melalui usia dan peringkat ini dengan jaya.
|