CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3857|Reply: 3

Tangani Anak Lambat Membaca

[Copy link]
Post time 14-4-2021 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Tangani Anak Lambat Membaca




Ibu bapa selalu mendambakan anak-anak yang hebat dari segi akhlak serta cemerlang dalam bidang akademik, namun ada di antara mereka mengalami masalah dalam pelajaran disebabkan kesukaran atau kelewatan dalam kemahiran membaca.

Menurut Pegawai Pemulihan, Program Patologi Pertuturan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Siti Shaikhah Aziz, peringkat umur anak yang lambat membaca adalah dalam lingkungan tujuh tahun dan di sekolah mereka akan disaring pada umur sembilan tahun.

“Jika kita hantar anak ke tadika sejak umur lima tahun tetapi apabila mereka masuk darjah dua masih belum menguasai kemahiran mengenal huruf dan membaca, ibu bapa perlu mendapatkan khidmat pakar perubatan atau terapis untuk pengurusan lanjut,” katanya ketika ditemubual di konti Radio Kelantan FM.

Tambah beliau, terdapat beberapa masalah atau penyakit seperti kerencatan akal, disleksia, ‘dyscalculia’, ‘dysgraphia’, terlampau aktif dan austism turut menggangu tahap penguasaan membaca di kalangan anak-anak.

Jelas Siti Shaikhah, beberapa cara boleh dilakukan untuk melatih anak supaya cepat membaca iaitu dengan meluangkan masa satu jam dalam sehari secara berterusan bagi melatih anak-anak dengan pelbagai aktiviti yang menarik minat mereka untuk membaca.



“Aktiviti yang boleh dijalankan adalah latihan fizikal seperti lompat bintang, aktiviti ‘crossing midline’, ‘bounce’ bola dengan bergilir tangan dan masukkan bola dalam bakul selama 10 minit, menyanyi lagu ABC seperti bermain tepuk amai-amai selama 15 minit, mengenal konsep asas seperti warna, kiri kanan dan bentuk selama 15 minit dan seterusnya kemahiran untuk menulis huruf secara turutan.

“Aktiviti ini mampu mengaktifkan sel-sel otak untuk meningkatkan daya fokus, meningkatkan kemahiran hubungan mata dan daya tumpuan mereka,” katanya lagi.

Beliau turut menasihati orang ramai terutama ibu bapa supaya sentiasa peka terhadap perkembangan kemahiran membaca di kalangan anak-anak seiring dengan pertambahan usia mereka agar tidak ketinggalan atau tercicir dalam pembelajaran di sekolah.





Sumber : http://www.inomedik.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2021 11:15 PM | Show all posts
Paling mudah ajar anak kenal huruf dan nombor dengan membaca/ teka no plate kereta. mereka seronok, kita pun seronok bergurau dan berceloteh dengan mereka. Cubalah
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 10:20 PM | Show all posts
Yang paling penting, parents mesti sabar apabila mengajar anak-anak untuk membaca.

https://www.q-dees.com/blog/child-read-malaysia/
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols ajar anak membaca menulis mengira sebelum masuk sekolah. Takut menyusahkan cikgu. Setiap anak berbeza. Anak dyslexia sy paling susah nak kenal huruf. Dan menulis terbalik. Boleh naik hantu.. 7 muka surat tulis huruf yang sama masih terbalik. Umur 6 tahun baru dia boleh membaca.

Yang paling mudah anak bongsu. Dia belajar sendiri. Umur setahun 9 bulan dah boleh kenal huruf. Dia hafal color. Hafal bentuk. Hafal nama planet. Semua dia buat sendiri. Tapi jenuh lah kita hafal sekali.. Alif ba ta je dia belum nak hafal. Walhal kami ajar dia dari kecik. Mungkin dia susah nak sebut.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.170769 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list