CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7519|Reply: 20

Lanskap : Personaliti / Selebriti

[Copy link]
Post time 13-3-2007 01:57 PM | Show all posts |Read mode
Landskap hijau tenang fikiranOleh Norakmah Mat Youb.




Rumah persinggahan Syed Hussein Al Attas dibina daripada luahan hati

DARI jauh keunikan dan kehijauan landskap di halaman rumah banglo kepunyaan Syed Hussein Al Attas, di Janda Baik, Pahang ini, sudah terserlah. Ketelitian membina taman yang sangat memukau pandangan menyebabkan hati melonjak untuk menjelajah lebih dalam lagi.



Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur, ternyata berbaloi dan keindahan landskap ini benar seperti pandangan orang sebelum ini, jika sudah sampai ke sini, pasti mahu mengunjungi lagi.

Di kawasan banglo ini, pokok yang agak jarang di negara ini, boleh dilihat kerana pemiliknya seorang yang sangat suka mengembara ke negara lain mencari sesuatu kelainan dan sangat mementingkan kepuasan dalam semua segi.

Taman bersebelahan anak sungai yang mengalir tenang, menyebabkan kerunsingan tetamu berjaya diusir dengan bunyi air di samping mata tidak jemu menatap setiap jenis tumbuhan di situ.

Syed Hussein berkata, rumah yang dijadikan persinggahan setiap minggu itu adalah luahan hati dan berdasarkan cita rasa sendiri termasuk penyediaan pelan rumah dan juga landskap menghijau di halamannya.

揝aya mengambil masa agak lama untuk membina dan rumah dan juga taman kerana saya seorang yang terlalu cerewet. Biar berhabis duit asalkan apa yang dicita-citakan dan kemahuan dipenuhi tanpa rasa menyesal.

揓ika diteliti, rumah ini mempunyai sudut yang berbeza. Dari kiri nampak lain, sudut kanan lain dan belakang pun lain. Saya sengaja mewujudkan kelainan. Inilah hasilnya selepas beberapa tahun melancong dan merantau ke negara orang,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2007 02:40 PM | Show all posts
masa normala jadi pengacara nona, ada buat rancangan dari rumah dia.. memang cantik dan lain daripada yang lain
siap ada anak sungai di depan rumah lagi... hiasan dalaman nya pun lain dari yang lain
memang klasik habis
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 02:51 PM | Show all posts
Syd...ifa tak pernah pegi rumah artis...
depa mesti buat lawa kot...senang wartawan datang buat cerita ceriti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2007 09:40 AM | Show all posts

Reply #2 agar2's post

setuju..

sebenarnya...keciwa gak masa baca artikel ttg rumah dia nih kat paper
coz pic2 dia terhad

tapi masa time normala @ nona buat dulu, mmg superb...

masih tingat2 lagi, air sungai yang jernih mengalir kat depan umah dia...
batu-batu sungai...

wahhhhhhh.....!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 11:45 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 14-3-2007 09:40 AM
setuju..

sebenarnya...keciwa gak masa baca artikel ttg rumah dia nih kat paper
coz pic2 dia terhad

tapi masa time normala @ nona buat dulu, mmg superb...

masih tingat2 lagi, air sungai  ...



memang... kalau tinggal kat situ rasanya tentu aman dan tenteram... dengar deruan air sungai dan kicauan burung.. memang sesuai untuk meluangkan masa untuk menenangkan fikiran yang kusut masai hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 11:53 AM | Show all posts
kalu ada duit semua boleh jadi....teringin gak tapi duit tak sampai ke situ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2007 01:09 PM | Show all posts

Reply #6 MaRLa's post

betul ckp marla tue...ade duit semua jadi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2007 02:26 PM | Show all posts
Banglo ala resort
Oleh Nasron Sira Rahim


Ahadiat pilih konsep hutan semula jadi dengan tanam tumbuhan liar tumbuh di keliling rumah




INI rumah ke resort? Begitulah tanggapan pertama ketika menjejak kaki di persekitaran kediaman agam milik penulis novel, Ahadiat Akashah Khairuddin Akashah di Gombak, Selangor.




Perjalanan merentas kota batu Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk dan hingar-bingar kemudian bagaikan memasuki dunia asing sebaik kaki melangkah menuruni tangga curam ke ruang kediaman penulis itu di pinggir ibu kota.

Hati yang sedikit kepanasan akibat dibakar pelbagai kerenah pemandu sepanjang perjalanan tiba-tiba saja tenang dan sejuk disirami panorama hijau yang indah mengelilingi banglo berkenaan.

Terik panas tengah hari tidak sampai ke kawasan tanah tinggi itu, udara segar dan nyaman semula jadi hasil janaan tumbuhan menghijau yang subur terus menyapa menyambut kehadiran tetamu yang bertandang.

Menyusuri laluan simen di sekeliling kawasan rumah seluas kira-kira 0.6 hektar itu, sukar untuk mempercayai yang di tengah kota batu sesak dengan pembangunan ini masih ada sebuah rumah di tengah hutan mini milik Ahadiat.

Ketika itulah hati berdetik - ini rumah atau resort? Tertanya-tanya pada minda ketika melihat yang kediaman milik Ahadiat ini tidak seperti kediaman penduduk lain. Ia lebih menyerupai kawasan resort berbanding rumah, fikir saya.

Hutan di kaki bukit itu tidak saja menempatkan sebuah rumah untuk istirahat keluarga penulis itu tetapi lengkap dengan pelbagai kemudahan bak taman percutian.

Tidak seperti kediaman lain yang mana pemiliknya menempatkan segala-galanya di dalam rumah, Ahadiat mengatur segala kemudahan keluarganya di sekeliling kawasan kediaman itu.

Justeru, tidak hairanlah jika di tepi rumahnya didirikan bangunan surau khusus untuk bersolat; mini zoo; padang; studio latihan muzik dan karaoke; gimnasium; garaj letak kenderaan; tandas dan bilik mandi; air terjun; kolam renang dan sauna; bar; stor; pejabat; tempat makan dan barbeku selain chalet kecil untuk kunjungan taulan dan saudara.

Begitulah keadaannya di laman luas banglo Ahadiat. Tidak hanya rumah, tetapi banyak ruang dan bangunan dibina khusus untuk tujuan tertentu manakala kawasan kosong antara bangunan itu dihiasi taman dan kolam kecil.

Lebih memberikan kepuasan kepada dirinya adalah arkitek, tukang kebun dan tukang rumah bagi banglo digelar 慞esta Taman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2007 10:02 AM | Show all posts
rumah ahadiat ni, cantik .. tapi macam takut sikit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2007 11:38 AM | Show all posts
aku rasa umah dia semak...

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 02:02 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 15-3-2007 11:38 AM
aku rasa umah dia semak...




betui tu, macam hutan, dah tu dinding dia pun dah tak elok, berlumut aje
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 02:18 PM | Show all posts
umah dia mcm umah tak siap...mcm kelly castle... sbb dia x lepa dan kemasan pun tak elok...

pnah tgk dlm majalah umah chef wan kat sg koyan tu...laman dia cantik...hijau jek...

kalo dok kampung, ada tanah luas depan, belakang, tepi umah sumer bleh tanam pokok. actually pokok tak semestinya yang mahal...kdg kita tgk pokok2 hutan tu lebih cantik... keladi parit pun lawa...apek kat nurseri jual berbelas ringgit..padahal dia amik kat longkang jek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2007 01:50 PM | Show all posts
aku rasa jurugambar pun pening nak carik sudut mana nak rakamkan pic
dah semua mcm lumut semak jerk

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 11:57 AM | Show all posts
tak berapa nak minatlah umah Ahadiat tu... nampak cam semak sikit... nampak macam scary house jea... sorry yea... itu pendapat kita jea..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 12:01 PM | Show all posts
Originally posted by dee_la at 20-3-2007 11:57 AM
tak berapa nak minatlah umah Ahadiat tu... nampak cam semak sikit... nampak macam scary house jea... sorry yea... itu pendapat kita jea..



:setuju:  kekadang org2 seni ni pelik sikit
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 01:23 PM | Show all posts
Ahadiat tu siapa :stp: mok nik tak kenal :malu: :nyorok:

tapi umah dia memang semak dan berlumut aje nampaknya ...ish umah gitu pun leh masuk paper eh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2007 02:26 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 14-3-2007 02:26 PM
Banglo ala resort
Oleh Nasron Sira Rahim


Ahadiat pilih konsep hutan semula jadi dengan tanam tumbuhan liar tumbuh di keliling rumah

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/BMinggu/1 ...



uwaaa umah ahadiat niee.......cantik tp ada seram sket....
kita suka baca novel die masa sekolah2 dulu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2007 10:07 AM | Show all posts
Barang lama bukan sampah
Oleh Nasron Sira Rahim


Ahadiat sanggup mengutip barang buangan yang digunakan sekitar 1950-an dan 1970-an untuk disimpan kerana tinggi nilainya

AHADIAT Akashah Khairuddin Akashah memiliki satu tabiat unik, dia melihat sesetengah barang lama yang dianggap orang lain sebagai sampah lantaran sudah rosak atau buruk, dari satu sudut pandangan yang berlainan daripada masyarakat biasa.

Perabot yang sudah rosak, alat elektronik yang sudah tidak lagi boleh digunakan atau kepingan papan pintu yang terkopak, baginya adalah sesuatu khazanah menarik dan amat berharga.

Justeru, jangan hairan jika anda melihat penulis novel prolifik itu mengusung sesuatu dari tempat pembuangan sampah kerana barang buangan yang dikutipnya itu sebenarnya menjadi warisan sejarah yang tidak disedari dan dihargai ramai.

揑a bukan barang antik tetapi barang ini adalah barang lama yang digunakan masyarakat sekitar 1950-an dan 1970-an.

揃arang ini bukan klasik tetapi barang lama yang ada nilai sentimental dan nostalgianya tersendiri kerana ia sudah tidak ada di mana-mana lagi kecuali sesetengah tempat seperti di rumah saya,
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 08:13 AM | Show all posts
  pelik nya ahadiat ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 12:49 PM | Show all posts
pelik tapi unik....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.092028 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list