View: 1769|Reply: 32
|
[Politik]
Kelantan adalah ‘paru-paru’ negara!
[Copy link]
|
|
SEBETULNYA, keghairahan sebahagian musuh politik Kerajaan Merakyat Membangun Islam Kelantan membawakan naratif pembalakan dengan gambar penggondolan bukit yang tidak nyatakan lokasi spesifik bagi memberikan gambaran negatif terhadap kerajaan adalah bahan kitar semula penuh klise bagi menyambut PRU yang bakal tiba.
Terbaru naratif yang dibawa adalah mengusik pencinta alam flora dan fauna dengan metafora emosi hidupan liar yang berdepan pembalakan. Pelbagai sudut emosi diketengahkan bagi menimbulkan spekulasi negatif terhadap kerajaan.
Hakikatnya, data dan laporan yang sebenar oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan menafikan rekaan yang dibuat oleh pihak berkepentingan. Negeri Kelantan masih mengekalkan sebahagian besar keluasan negeri iaitu sebanyak 51 peratus sebagai hutan hijau dan merupakan penyumbang terbesar kepada kelestarian hijau negara.
Keluasan Hutan Simpan Kekal (HSK) negeri masih tertinggi selepas Pahang dan Perak. HSK negeri Kelantan juga meningkat daripada 613,275.43 hektar pada tahun 2017 kepada 629,880.95 hektar pada tahun 2021 dengan keluasan hutan pengeluaran iaitu hutan yang boleh dibalak masih sama bagi tempoh 4 tahun tersebut (2017 – 2021). Ini bermaksud tiada pertambahan hutan untuk pembalakan dibenarkan atau diluluskan.
Jika dilihat kepada pengeluaran hasil hutan Kelantan, ia dikira berdasarkan peruntukan kuota Catuan Tebangan Tahunan (CTT) untuk pengeluaran secara tebangan memilih dan data yang dibentangkan menunjukkan Kelantan tidak pernah melebihi kadar yang diluluskan oleh Majlis Tanah Negara (MTN).
Malah sebagai contoh kuota CTT negeri adalah berkurangan bagi RMK 11 iaitu seluas 27,085 hektar, manakala RMK 12 hanyalah sejumlah 19,500 hektar. Begitu juga sekiranya dilihat kepada pendapatan negeri, pembalakan bukanlah sumber utama hasil negeri dengan sumbangan 10 peratus sahaja daripada keseluruhan hasil.
Justeru, data-data yang dibentangkan ini adalah rasmi dan menyangkal sama sekali dakwaan tidak berasas pihak-pihak berdendam terhadap kerajaan Kelantan. Hakikatnya, Kelantan masih lagi hijau, dan penyumbang terbesar oksigen kepada negara.
Sayugia Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menyeru agar semua pihak boleh memberikan keadilan kepada pihak kerajaan dalam Isu pembalakan. Sumbangan Kelantan dalam kelestarian hijau negara membuktikan ketelusan dan urus tadbir yang berintegriti dalam pengurusan hutan, memelihara dan memulihara bumi hijau.
Tinggal lagi kita juga bersetuju dan mahu memberikan penekanan terhadap penguatkuasaan yang ketat dengan hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap pembalakan haram. Di mana-mana tempat atau pada setiap situasi, mereka yang mengambil peluang walau secara haram akan terus wujud dan pihak bertanggungjawab perlu secara agresif membanteras salah laku ini ke akar umbi.
Peranan rakyat di kawasan berdekatan hutan simpan termasuk orang asli juga seharusnya dijadikan sebagai ‘prima facie’ dalam pengambilan tindakan penguatkuasaan terhadap pembalakan haram. Jadikan rakyat sebagai mata telinga kerajaan dalam membanteras pembalakan haram atas nama Kelantan sebagai malar hijau negara.
Salam hormat.
MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
https://harakahdaily.net/index.php/2022/01/28/kelantan-adalah-paru-paru-negara/
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
moga harimau baham lobai pis neh.baru ada akai |
|
|
|
|
|
|
|
Klako laaaaaaa adoi cemana la org boleh undi PAS ekkk. Bodoh nya ya hamat |
|
|
|
|
|
|
|
Kata mana boleh dapat "data-data rasmi" ni...?? |
|
|
|
|
|
|
|
Halban mangkaq mana hat tulih benda ni? Ayat kunun nak beri nampak tak bersalah ka pa ka ni ? Kunun melengkok kot mana kunun nak bagi nampak sastera ka pa ka ni ? |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dulu nak beli tanah kat kelantan tapi i dimaklumkan hanya anak2 kelantan je yg blh beli tanah dan rumah kat sana....so x pasti sama ada itu punca x byk pelaburan kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
…nasib baik tak kerandut negara. Overrrrrrr. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 2-2-2022 10:02 PM
5.kerajaan negeri rompak secara paksa rela duit hasil keuntungan anak anak syarikat kerajaan negeri…takbirrrrr… |
|
|
|
|
|
|
|
kelantan kan..esp PAS...what do u expect??
tolol selamanya |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 2-2-2022 09:39 PM
Balak dari parti PIS
Dahsyat habis terus hutannya..
dua2 tnda kiamat. Padang pasir subur, dan kerosakan dmuka bumi.
Harap cepatla tanam klapa sawit ke apa, cover balik hutan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 2-2-2022 10:45 PM
media bule pernah kritik indonesia,
sebab hapuskan hutan dan buat ladang sawit besar besaran.
time tu indonesia claim jadi paru paru dunia,
produce oksigen antara yang terbesar di donia, kata nya.
sekarang bila netizen kritik kelantan dalam isu yang sama,
kelantan pulak claim jadi paru paru negara.
lobai guna tektik yang sama, kelakar siottt
Negara paru-paru dunia lainnya tidak lain adalah Indonesia. ... Berdasarkan data Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia (KLHK), luas hutan Indonesia mencapai 94,1 juta hektar atau 50,1 persen dari total daratan pada 2019.
https://www.detik.com/edu/detikpedia/d-5803351/daftar-negara-paru-paru-dunia-yang-menjaga-iklim-bumi
|
|
|
|
|
|
|
|
Into the lungs of hell
- Megadeth |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat gf bangkem dulu yang suka makan nasi lemak campur paru2 |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Mamat ni tengah mabuk ka masa tulis ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kata 50 peratus simpan..awat kelantan mcm gondol je... syabas ganu...hrp2 berkekalan kehijauan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Harimau pun tau balik kampung nak sambut Chinese New Year!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|