CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3491|Reply: 56

[Politik] Najib tidak boleh 'usik' asetnya sehingga AS$681 juta

  [Copy link]
Post time 9-2-2022 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Najib tidak boleh 'usik' asetnya sehingga AS$681 juta


Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam memerintahkan Datuk Seri Najib Razak tidak boleh mengalih, melupus, mengendali atau mengurangkan nilai asetnya di dalam negara sehingga pada nilai AS$681 juta.

Berdasarkan dokumen perintah yang diperoleh media, bekas Perdana Menteri itu juga tidak dibenarkan mengeluarkan wang melebihi RM100,000 sebulan daripada akaun bank untuk perbelanjaan sara hidup biasa dan perbelanjaan guaman.

Perintah itu dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman, Atan Mustaffa Yussof Ahmad dalam prosiding Zoom selepas membenarkan permohonan injunksi mareva sebelah pihak yang dimohon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya Global Diversified Investment Company Limited (sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited).

Perintah itu berkuatkuasa sementara menunggu keputusan akhir kes saman sivil AS$8 bilion difailkan 1MDB dan empat anak syarikatnya terhadap Najib dan bekas pengurusan kanan 1MDB.

Mengikut perintah itu, jika Najib memerlukan lebih daripada RM100,000 sebulan, beliau hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada peguam 1MDB dan Global Diversifiedyang bertindak sebagai plaintif pertama dan kelima dalam kes saman sivil berkenaan.

Jika tiada kebenaran bertulis diberikan, Najib boleh memohon dan mendapatkan kebenaran daripada mahkamah.

Perintah itu juga antara lain menyebut, Najib mestilah membuat pendedahan secara bertulis kepada 1MDB dan Global Diversified berhubung asetnya sehingga pada nilai AS$681 juta sama ada di dalam atau di luar negara, sama ada di bawah namanya sendiri atau tidak, dan sama ada milikan secara tunggal atau secara bersama defendan lain.

Beliau hendaklah memberikan nilai, lokasi dan segala maklumat aset dan maklumat itu hendaklah disahkan melalui suatu afidavit dan disampaikan kepada Peguam plaintif pertama dan kelima.

Jika keseluruhan nilai bebas daripada gadaian atau apa-apa sekuriti asetnya di negara ini melebihi jumlah AS$681 juta, Najib boleh mengalihkan atau melupuskan aset itu asalkan jumlah nilai tanpa beban kekal berjumlah tidak kurang daripada AS$681 juta.

Perintah terbabit juga menyatakan mana-mana individu dalam prosiding ini atau sebaliknya, yang dimaklumkan mengenai perintah berkenaan tidak seharusnya membantu atau membenarkan pelanggaran perintah atau boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah jika berbuat demikian.

Tuntutan saman AS$8 bilion itu adalah salah satu daripada 22 saman sivil yang difailkan untuk menuntut lebih AS$23 bilion bagi pihak 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International terhadap beberapa individu yang didakwa terbabit dalam skandal kewangan itu.

https://www.bharian.com.my/berit ... sehingga-as681-juta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2022 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow......aset najibun rm2 billion.....kumpul gaji + elaun + tabung oink2 masa jd piem pun kena tunggu 40,000 bulan or 3,000 tahun baru cukup menabung
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 12:23 PM | Show all posts
Woi tak kesian ke kat dia boleh keluar RM100k saja sebulan?? Cacai hina gaji sebulan berapa yah? @rashiman @shamsadis @kemaruk  
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 12:26 PM | Show all posts
berkat menabung sejak azali
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 12:38 PM | Show all posts
Firenzza replied at 9-2-2022 11:36 AM
Wow......aset najibun rm2 billion.....kumpul gaji + elaun + tabung oink2 masa jd piem pun kena tungg ...


x perlu tunggu 3,000 tahun.....sehari pak arab derma, boleh terus dapat rm2.6 billion....
itu belum + harta2, saham2 dlm & luarnegera yg diwarisi dari datuknya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 12:44 PM | Show all posts
berkat turun naik masjid angkat sumpah..ujung2 kena naik turun court,saman keliling pinggang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2022 02:11 PM | Show all posts
rashiman replied at 9-2-2022 12:38 PM
x perlu tunggu 3,000 tahun.....sehari pak arab derma, boleh terus dapat rm2.6 billion....
it ...

Apalah ertinya duit yg bertimbun2 pada saat ini kalau pada setiap sen harus dilaporkan.  Jujur bertanya, adakah kita kalau berada di tempat Najib, kita merasa selesa diperlakukan sedemikian. Duit sendiri, nak keluar banyak mana pun harus ada pihak lain yg kontrol. Kenapa boleh jadi mcm ni? Sepatutnya duit sendiri, yg diperoleh drp titik peluh sendiri atau yg didermakan oleh pihak lain, suka hatilah nak keluar dn berbelanja sebanyak mane pun, tapi skr berlaku di sebaliknya. Kerajaan pernah minta rakyat mengisytiharkan harta mereka, sudahkah Najib lakukan sedemikian atau sekali ini Najib tak boleh mengelak lagi?
A real tamparan hebat buat Najib, ttpi di manakah salahnya. Sampai bilakah Najib akan berasa tenang?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
so die sbnrnye mampu nak byr cukai lhdn tu kan tp die xnak giteww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2022 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kirenye dia billionair la kan dlm rm bukan usd, die lg. kaya dr anak mahathir kan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 02:15 PM | Show all posts
najib ni sampah kpd Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 02:31 PM | Show all posts
rashiman replied at 9-2-2022 12:38 PM
x perlu tunggu 3,000 tahun.....sehari pak arab derma, boleh terus dapat rm2.6 billion....
it ...

Duit byk tapi hidup penuh tipu daya, moga dibayar cash di dunia ini.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 02:36 PM | Show all posts
nolya replied at 9-2-2022 02:11 PM
Apalah ertinya duit yg bertimbun2 pada saat ini kalau pada setiap sen harus dilaporkan.  Jujur ber ...



tapi nampak dia tenang aje, sekarang jalan2  di Johor, kalau tengok facebook....naik ATV , jumpa rakyat, santai2, makan2 sana-sini kat Johor.

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 02:41 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 9-2-2022 02:31 PM
Duit byk tapi hidup penuh tipu daya, moga dibayar cash di dunia ini.

kalau betul hidup dia penuh tipu daya, moga doa kau dimakbulkan...atau lebihbaik dia mengakui kesalahan dan bertaubat.

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 02:51 PM | Show all posts
rashiman replied at 9-2-2022 02:36 PM
tapi nampak dia tenang aje, sekarang jalan2  di Johor, kalau tengok facebook....naik ATV , jumpa ...

Hidup ini penuh dgn pesona, pancaroba dn sandiwara. Dikatakan dunia ini pentas kehidupan dn manusia adalah pelakon2nya, maka seribu satu kepalsuan dn kepura2an yg terlihat sedangkan jauh di dlm hati dn sanubari, Allah jua yg mengerti.


Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 02:54 PM | Show all posts
atok pun xde aset sebanyak jibun ni despite jd piyem 22 tahun... jibun ni jd piyem 9 tahun pun homaihhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 03:07 PM | Show all posts
rashiman replied at 9-2-2022 02:41 PM
kalau betul hidup dia penuh tipu daya, moga doa kau dimakbulkan...atau lebihbaik dia mengakui kesa ...

Xkan la kerajaan melayu moslem yg dirahmati mopeti utara itu tergamak buat busuk kpd pendekar najib?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2022 03:08 PM | Show all posts
rashiman replied at 9-2-2022 02:36 PM
tapi nampak dia tenang aje, sekarang jalan2  di Johor, kalau tengok facebook....naik ATV , jumpa ...

Sedangkan pasangan laki bini yg berantakan di dunia nyata pon boleh berlakon bahagia di media sosial, apatah lagi najib yg xdpt keluar negara dan xdpt keluarkan duit lebih RM100k drpd akaunnya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 03:10 PM | Show all posts
Orix replied at 9-2-2022 02:54 PM
atok pun xde aset sebanyak jibun ni despite jd piyem 22 tahun... jibun ni jd piyem 9 tahun pun homai ...

Kata pejuang2 melayu di tanah air, najib ni kaya raya drpd harta karun bapak atuk nenek dia semua tu. Jangan dengki sgat sis!
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 03:44 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 9-2-2022 03:10 PM
Kata pejuang2 melayu di tanah air, najib ni kaya raya drpd harta karun bapak atuk nenek dia semua  ...

oooooo apaknya yg piyem tu ke ??? I see.... kaya sbb jd piyem juga ke mcm atok ? eh atok kaya ek ? brp aset atok ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 04:03 PM | Show all posts
nolya replied at 9-2-2022 02:51 PM
Hidup ini penuh dgn pesona, pancaroba dn sandiwara. Dikatakan dunia ini pentas kehidupan dn manusi ...

betullah tu, Allah jua yg mengerti, kita pun tak tahu sama ada betul kepura2an yg terlihat atau memang ketenangan sejati yg ditunjukkan, dengan pelbagai ujian yg dihadapi, jika dia dipihak yg benar dan yakin kepada Allah, sesusah mana pun hidupnya, dia akan dapat ketenangan dlm jiwanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.092924 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list