CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 242|Reply: 0

[Perlis] Mangsa scammer mohon bantuan kos rawatan anak leukemia

[Copy link]
Post time 7-6-2023 10:27 AM | Show all posts |Read mode

MOHD. Noor Safri menunjukkan ‘chemo port’ pada dada kanan Muhammad Al Faateh sambil diperhatikan Nur Atiqah di kediaman mereka di Kangar, baru-baru ini.

KANGAR – Seorang guru yang pernah menjadi mangsa peni­puan scammer sehingga kerugian RM360,000 memohon bantuan bagi menampung kos rawatan anak sulungnya yang menghidap leukemia sejak Mei 2021.

Nur Atiqah Ismail, 34, berkata, anaknya, Muhammad Al Faateh berusia enam tahun pada mulanya menghidap demam berpanjangan dan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini untuk rawatan.

“Pihak HTF kemudian merujuk anak saya ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi melakukan ujian air tulang belakang sebelum disahkan menghidap leukemia ALL (Acute Lymphoblastic Leukemia),” katanya di kediamannya di Kampung Guar Syed Alwi, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu, suaminya, Mohd. Noor Safri Cha, 35, yang bekerja sebagai posmen terpaksa mengambil cuti separuh gaji untuk tiga bulan pertama.

Katanya, suami juga mengambil cuti tanpa gaji pada bulan berikutnya sampai setahun setengah sehingga siri rawatan kemoterapi anaknya selesai.

“Di saat sibuk menguruskan anak sakit, saya diperdaya scammer sehingga kerugian RM360,000 beberapa bulan lalu. Habis duit simpanan bank, Tabung Haji, amanah saham dan duit pinjaman peribadi lesap ditipu scammer.

“Kesannya, gaji yang saya pe­roleh setiap bulan negatif kerana terpaksa membayar hutang peri­badi selama 10 tahun,” ujarnya.

Katanya, dia kini mengajar kelas tuisyen bagi menampung pembelanjaan harian, manakala pendapatan bulanan suaminya sekadar cukup makan.

Tambahnya, buat masa ini, Muhammad Al Faateh perlu mendapatkan rawatan susulan sebulan sekali di HPP dan mereka memerlukan kos antara RM300 hingga RM350 setiap sesi terma­suk kos tol, bahan bakar dan makanan serta upah pemandu.

Katanya, dia tidak menerima mana-mana bantuan daripada pihak berkaitan dan hanya mengharapkan sumbangan saudara mara dan rakan-rakan terdekat buat masa ini.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Nur Atiqah Ismail bernombor 162058915656.
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... atan-anak-leukemia/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 17 Replies : 1
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 189244 Replies : 4308
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 590 Replies : 2
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6238 Replies : 35
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29525 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9304 Replies : 181
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3813 Replies : 25
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3996 Replies : 32

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.051256 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list