CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 198|Reply: 0

[Perlis] 500 pelajar tahfiz di Perlis akan didedah dengan program TVET

[Copy link]
Post time 17-6-2023 06:11 PM | Show all posts |Read mode
500 pelajar tahfiz di Perlis akan didedah dengan program TVET

17 Jun 2023   05:09pm





Ahmad Tajudin




ARAU - Sejumlah 500 pelajar tahfiz dari 23 sekolah bakal didedahkan dengan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai kemahiran tambahan.

Pengerusi Pertubuhan Penggerak Huffaz Berkemahiran Selangor (Penggerak Huffaz), Datuk Ahmad Tajudin Jab berkata, inisiatif bersama Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran (PINTA Perlis) itu dijangka memberi manfaat kepada pelajar yang sedang mengikuti program tahfiz di negeri tersebut.

"Pelajar akan diberikan latihan oleh Institut Latihan Kemahiran Awam dan beberapa Institut Latihan Kemahiran Swasta,” katanya pada Sabtu.

Beliau berkata, 16 program TVET akan dilaksana di Perlis antaranya kemahiran kimpalan, jahitan, mengecat kenderaan, masakan timur dan barat serta asas solekan manakala tempoh kursus asas itu ialah antara dua hingga lima hari dan pelajar boleh mengikuti kursus lanjutan jika berminat.

"Kursus asas ini adalah sebagai pendedahan awal kepada pelajar tahfiz untuk memilih bidang kemahiran vokasional yang mereka minati,” katanya.

Sebelum itu, Penggerak Huffaz yang diwakili Ahmad Tajudin memeterai perjanjian persefahaman dengan PINTA Perlis yang diwakili Pengerusinya, Muhd Inzaar Haqieqie Ismail - Bernama




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.838669 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list