CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 0

[Perlis] Anwar ucap takziah kepada keluarga Ketua Cabang PKR Padang Besar

[Copy link]
Post time 11-7-2023 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Anwar ucap takziah kepada keluarga Ketua Cabang PKR Padang Besar

11 Julai 2023   03:00pm





Amran Kamarudin meninggal dunia akibat sakit jantung di kediamannya di Kangar malam tadi.




KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Padang Besar, Allahyarham Amran Kamarudin yang meninggal dunia malam tadi.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar yang juga Presiden PKR turut mendoakan agar roh Allahyarham yang juga bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Perlis, ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

"Jasa dan pengorbanan Allahyarham kepada Keadilan di Perlis akan sentiasa dikenang buat selamanya. Al-Fatihah,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Amran, 59, yang merupakan calon Pakatan Harapan tewas dalam pertandingan tiga penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri Mata Ayer, Perlis.

Turut menyampaikan ucapan takziah ialah Setiausaha Agung PKR yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

"Marilah kita doakan moga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan dosa, diterima amalan serta ditempatkan di syurga bersama orang beriman dan beramal soleh, insya-Allah. Al-Fatihah,” katanya dalam catatan di Facebook.


Media melaporkan Amran meninggal dunia kira-kira jam 11.10 malam tadi di kediamannya di Kangar.

Sementara itu, Naib Pengerusi PKR Perlis, Gan Ay Ling ketika dihubungi Bernama berkata, Amran meninggal dunia akibat sakit jantung dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, Kangar. - Bernama




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 189928 Replies : 4335
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74033 Replies : 2972
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3983 Replies : 26
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 47797 Replies : 320
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 9923 Replies : 5
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 9411 Replies : 1
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6339 Replies : 35
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29626 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9405 Replies : 181
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103831 Replies : 2884

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.050183 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list