CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 517|Reply: 2

Transaksi tanpa tunai di R&R PLUS meningkat

[Copy link]
Post time 21-7-2023 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Transaksi tanpa tunai di R&R PLUS meningkat


Transaksi tanpa tunai menggunakan kad ATM MyDebit di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya PLUS meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh tiga bulan. - Foto fail NSTP


KUALA LUMPUR: Transaksi tanpa tunai menggunakan kad ATM MyDebit di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya PLUS meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh tiga bulan.

Peningkatan itu hasil kerjasama antara PLUS Malaysia Berhad dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) yang menjalankan kempen MyDebit 'Wave & Menang'.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar, berkata dengan purata lebih 1.7 juta pengguna lebuh raya itu setiap hari, inisiatif berkenaan memberi peluang kepada PLUS dan PayNet untuk menyokong kerajaan dalam mempromosikan kewangan digital serta memperkukuhkan penerimaan pembayaran secara digital dalam kalangan rakyat.

"Ketika ini, lebih 85 peratus gerai yang beroperasi di R&R sepanjang Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) dilengkapi terminal pembayaran tanpa tunai yang menerima pembayaran kad MyDebit, kad kredit, Touch 'n Go eWallet, GrabPay, Boost, MAE, ShopeePay dan Setel.

"Kejayaan itu hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif, termasuk pertandingan bayar dan menang serta usaha promosi untuk menggalakkan rakan niaga di R&R PLUS mendaftar dan mengamalkan pembayaran tanpa tunai," katanya.

Terdahulu, PLUS mengumumkan pemenang Kempen R&R MyDebit 'Wave & Menang' yang berlangsung dari 1 Disember 2022 hingga 28 Februari lalu.

Kempen anjuran PLUS dan PayNet itu menyaksikan Sa'duddin Zainol berjaya membawa pulang motosikal Yamaha Ego Avantis bernilai lebih RM6,000 berserta 50,000 mata ganjaran PLUSMiles dengan hanya berbelanja RM5 di R&R PLUS menggunakan kad ATM MyDebit.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Farhan Ahmad, berkata sebagai penyedia infrastruktur pembayaran digital negara, pihaknya berusaha menerapkan budaya pembayaran tanpa tunai dengan menyediakan kemudahan dalam setiap aspek dan konteks aktiviti harian orang ramai.

Katanya, ia termasuk menyediakan kemudahan sedemikian di sepanjang hentian rehat lebuh raya untuk kemudahan pengguna jalan raya.

"Ramai yang masih tidak sedar mengenai masa yang dapat dijimatkan daripada terpaksa melakukan pengeluaran wang tunai di ATM.

"Sebaliknya, mereka boleh membuat pembayaran terus di kedai atau membuat pembelian dalam talian menggunakan kad ATM MyDebit mereka tanpa dikenakan sebarang surcaj, walaupun untuk jumlah nilai yang kecil," katanya.

Pengguna Lebuhraya PLUS digalakkan untuk memuat turun Aplikasi PLUS dan mendaftar sebagai ahli PLUSMiles untuk menerima mata ganjaran PLUSMiles ketika membuat pembayaran tanpa tunai di R&R PLUS.

Dengan setiap RM1 yang dibelanjakan, ahli PLUSMiles berpeluang untuk menikmati 1 Mata Ganjaran PLUSMiles.


Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... i-rr-plus-meningkat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 08:04 PM | Show all posts
trend transaksi cashless meningkat secara signifikan bagi perekonomian Negara Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2023 12:28 AM | Show all posts
mungkin demikianlah awal dari hilangnya wang kertas dan koin beralih kepada nilai wang digital
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 189781 Replies : 4321
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 47696 Replies : 320
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 8206 Replies : 5
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 7593 Replies : 1
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6339 Replies : 35
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29626 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9405 Replies : 181
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3914 Replies : 25
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.049455 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list