CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1034|Reply: 0

[Pahang] Budak 9 tahun maut tercekik rambutan

[Copy link]
Post time 23-8-2023 11:02 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuantan: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai akibat tercekik buah rambutan, semalam.

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata mangsa Nur Iman Fitriah Muhamad Nizam disahkan meninggal dunia oleh Klinik Kesihatan Pekan Tajau, Maran sekitar 8 malam.

"Doktor di klinik berkenaan mengeluarkan buah rambutan dari mulut mangsa sebelum jenazah dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.

"Bedah siasat pada awal pagi tadi mengesahkan kematian mangsa akibat salur pernafasan tersumbat disebabkan oleh sesuatu objek," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Norzamri berkata polis mengklasifikasikan kematian mangsa yang beralamat di Kampung Sungai Ling Luar, Maran sebagai mati mengejut.

Jenazah mangsa yang jga pelajar tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Pasir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Cempedak, Maran pagi tadi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-tercekik-rambutan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.049108 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list