CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1401|Reply: 0

[Pahang] Perasaan sayu terbit ketika pindah 33 jenazah

[Copy link]
Post time 24-8-2023 01:33 PM | Show all posts |Read mode

Petugas menjalankan kerja memindahkan 33 kubur Tanah Perkuburan Islam Kampung Ganchong Hulu yang diancam hakisan Sungai Pahang.FOTO MOHD RAFI MAMAT

Pekan: Pengalaman kali pertama menggali kubur untuk memindahkan 33 jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ganchong Hulu, dekat sini, mencetuskan pelbagai perasaan kepada individu yang memikul tugas murni berkenaan.

Mereka yang terbabit mendakwa perasaan sayu begitu menebal muncul dalam diri terutama apabila melihat kain kafan yang masih sempurna diangkat keluar dari liang lahad.

Penggali kubur, Saidihood Johar, 54, berkata ia adalah kali pertama dia terbabit dengan tugas memindahkan jenzah dari tanah perkuburan yang diancam hakisan tebing Sungai Pahang selama dua hari berakhir semalam.

Menurutnya, pengalaman lebih 25 sebagai penggali kubur sukarela di Kampung Ganchong Hulu amat berbeza dengan tugas menggali dan memindahkan jenazah kubur yang dilakukan kelmarin.

Katanya, perasaan sayu begitu terasa terutama apabila berada dalam kubur sambil mengangkat kain kafan yang masih sempurna dengan di dalamnya terdapat jenazah dengan tulang yang masih sempurna.

"Sebelum ini saya terbabit mengebumikan hampir semua 33 jenazah itu, dan kini saya ditugaskan untuk menggalinya semula bagi memindahkan jenazah ke perkuburan yang baharu.

"Boleh dikatakan semua 33 jenazah yang dipindahkan saya kenal dan mereka terdiri daripada penduduk setempat," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Menurutnya, kubur-kubur terbabit yang berusia antara tiga hingga 10 tahun berada dalam keadaan masih baik dan sempurna.

Katanya, sepanjang dua hari program memindahkan 33 kubur itu, tugas berkenaan di bawah pemantauan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

"Sebelum memulakan tugas memindahkan kubur terbabit, pihak jawatankuasa program berkenaan mengadakan majlis doa selamat dan tahlil yang disertai petugas, waris dan penduduk kampung.

"Saya bersyukur program berkenaan berjalan lancar, tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya yang menjalankan projek ternakan ikan sangkar di Sungai Pahang.

Penduduk Jamsari Abdul Jabar, 53, berkata program memindahkan 33 kubur itu menjadi sejarah di kampung berkenaan.

"Walaupun sedih, namun bagi memastikan kubur tidak terhakis ke dalam sungai proses memindahkan 33 kubur perlu dilakukan segera," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-pindah-33-jenazah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.052457 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list