CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 901|Reply: 0

[Pahang] Beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah seluruh negara

[Copy link]
Post time 23-9-2023 11:48 AM | Show all posts |Read mode

ARMIZAN. FOTO Bernama

Bentong: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mula mengadakan jualan beras import pada harga Rahmah, di setiap program Jualan Rahmah di seluruh negara.

Pemangku Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali berkata, bermula hari ini, pengguna boleh mendapatkan beras import lima kilogram (kg) pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada harga di bawah RM30, di mana-mana program Jualan Rahmah di kawasan mereka.

Beliau berkata, perkara berkenaan dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL), dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam, sebagai satu langkah mitigasi bagi menangani gangguan sementara bekalan beras tempatan dan kenaikan harga beras import.

"Harga beras import yang ditawarkan itu lebih murah daripada apa dijual di pasaran, iaitu biasanya pada harga RM35 hingga RM40 dan lebih, bagi sektor peruncitan.

"Ini usaha kita lakukan untuk membantu KPKM (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan), menangani isu kekurangan bekalan beras tempatan dan peningkatan harga beras import di pasaran, ini langkah jangka pendek, kita percaya KPKM ada perancangan penyelesaian jangka sederhana dan panjang," katanya.

Armizan berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan tinjauan di Program Jualan Rahmah, di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Dataran Simpang Pelangai di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang Sim Chon Siang.

Beliau berkata, keputusan mengadakan jualan beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah diambil bagi mengelakkan program itu yang diadakan di seluruh kawasan DUN di seluruh negara, mengganggu bekalan beras tempatan di pasaran.

"Jadi biar kita ambil beras import tapi kita jual pada harga Rahmah, kita tak nak ganggu atau berlaku dan bertambah gangguan bekalan beras tempatan di sektor runcit," katanya.

Armizan berkata, pada mesyuarat NACCOL semalam, beliau telah mengutarakan cadangan berkaitan perluasan penguatkuasaan kepada penguat kuasa KPDN dalam hal berkaitan beras, bagi membantu usaha menangani isu bekalan.

"Kita berpandangan wajar cadangan ini dipertimbangkan, kita mahu bantu (tangani isu beras), (namun) sebarang keputusan berkaitan itu akan diputuskan KPKM," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hmah-seluruh-negara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.049846 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list