CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 929|Reply: 0

Jessica lakar sejarah pandu jentera F1

[Copy link]
Post time 27-9-2023 10:25 AM | Show all posts |Read mode

JESSICA Hawkins. FOTO AGENSI

London: Duta pemandu Aston Martin dan bekas pelumba Siri W, Jessica Hawkins muncul wanita pertama dalam tempoh hampir lima tahun menguji kereta Formula Satu (F1), umum pasukan yang berpangkalan di Silverstone itu.

Hawkins, bekas juara karting Britain berusia 28 tahun yang juga pernah bekerja sebagai pemandu lagak ngeri filem James Bond, memandu 26 pusingan bersama kereta Aston 2021 di Hungaroring di luar Budapest, minggu lalu.

Dia bersilih ganti memandu kereta itu bersama dengan pemandu ujian dan simpanan dari Brazil, Felipe Drugovich.

"Saya berkorban segala-galanya untuk sampai ke tahap ini," kata pemandu Britain itu yang menyifatkan peluang itu sebagai mimpi menjadi kenyataan.

"Tiada yang dapat menandingi pecutan serta brek kereta Formula Satu dan selepas melihat data, saya sangat berbangga dengan prestasi saya.

"Saya akan terus berusaha lagi dan mahu memberi inspirasi kepada wanita lain bahawa mereka harus mengikuti impian mereka tidak kira apa yang berlaku," tambahnya.

Jessica menyertai Aston Martin sebagai duta pemandu pada 2021.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ah-pandu-jentera-f1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.061155 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list