CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4570|Reply: 0

Syukuri nikmat, pertahan kemakmuran

[Copy link]
Post time 30-9-2023 08:14 AM | Show all posts |Read mode
Syukuri nikmat, pertahan kemakmuran




TANGGAL 31 Ogos bukan hanya untuk menyaksikan perbarisan pada sambutan yang diadakan saban tahun, tetapi perlu dihayati untuk mengisi dan mempertahankan kemerdekaan negara tercinta.



Semangat patriotisme adalah suatu semangat yang dituntut Islam dalam mempertahankan kemerdekaan, maruah agama dan tanah air. Semangat mempertahankan maruah tanah air dapat dilihat daripada hadis Rasulullah SAW ketika diperintahkan berhijrah ke Madinah dan meninggalkan Makkah, baginda menoleh ke Makkah seraya bersabda: "Demi Allah engkau (Makkah) adalah sebaik-baik dan tanah paling dicintai Allah SWT. Seandainya tidak diusir keluar dari engkau, nescaya aku tidak akan keluar." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Sesetengah ulama melihat hadis ini hanya merujuk kepada kelebihan bumi Makkah semata-mata dan bukan daripada aspek kecintaan kepada tanah air.

Majoriti ulama masih berpandangan ia masih boleh diqiyaskan kepada tempat lain yang menjadi tanah air seseorang. Hal ini berdasarkan amalan Nabi Muhammad SAW dan sahabat RA yang jelas menunjukkan mencintai negara ialah sifat semula jadi yang ada dalam diri manusia serta sangat dianjurkan dalam Islam.

Dalam konteks Malaysia, pada Ogos setiap tahun, rakyat Malaysia akan mengingati tarikh keramat iaitu 31 Ogos yang menjadi tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan disambut setiap tahun. Menurut Almarhum Prof Hamka kemerdekaan ialah: 'Bahawa engkau rasai dengan perasaan yang jernih, hak yang perlu engkau ketahui, dan waktu itu engkau rasai apa pula kewajipan kepada orang lain. Engkau Merdeka dan bebas mengembangkan sayap, menurutkan kemahuan hati untuk membuktikan bahawa engkau berhak. Engkau boleh mengeluarkan apa yang terasa di hatimu, asal engkau hormati pula kemerdekaan orang lain dan engkau bayarkan kewajipan yang diminta oleh Masyarakat kepada engkau."

Kemerdekaan juga sering dinisbahkan kepada kebebasan. Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, kebebasan dalam tradisi Islam merujuk kepada 'ikhtiyar' dan bukan 'hurriyah'. Ikhtiyar adalah memilih sesuatu untuk yang lebih baik. Oleh itu, menurut beliau kebebasan adalah berbuat menurut tuntutan sifat dasarnya yang benar dan selari dengan fitrah insani serta tuntutan Ilahi.

Antara hikmah yang dikecapi daripada kemerdekaan adalah kualiti hidup yang lebih baik daripada segi pembangunan, pendidikan, ekonomi, dakwah dan keselamatan. Dampak daripada kemerdekaan adalah negara dapat dibangunkan dengan pelbagai kemudahan yang dapat meningkatkan taraf hidup serta memberikan keselesaan kepada rakyat.

Oleh kerana itu, menjadi tanggungjawab setiap rakyat bersyukur dengan apa yang diperoleh hasil daripada pengorbanan yang sudah dilakukan oleh setiap pejuang untuk menuntut kemerdekaan tanah air seperti anjuran agama untuk bersyukur iaitu firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: 'Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu dan sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.'"

Mempertahankan kemerdekaan negara adalah kewajipan bersama sebagai rakyat jelata. Hal ini boleh dicontohi daripada kandungan Piagam Madinah diasaskan oleh baginda Rasulullah SAW yang telah menyebut semua rakyat jelata hendaklah sama-sama mempertahankan kota Madinah. Kita boleh mengambil pengajaran daripada isi piagam ini.

Sebagai warganegara Malaysia yang menghayati kemerdekaan dengan penuh makna, kitalah yang perlu mempertahankan kemerdekaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT hasil daripada perjuangan insan terdahulu dengan pengisian bermakna untuk meningkatkan kemakmuran negara. Hal ini termasuk suatu perjuangan dalam mempertahankan kemerdekaan sesuai dengan keadaan semasa. Kita tidak lagi berjuang mengangkat senjata, namun perjuangan kita adalah dengan mengisi dan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi dan ini suatu tugas yang berat seperti yang pernah dikatakan oleh negarawan iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad: "Mengisi kemerdekaan adalah lebih sukar daripada menuntutnya".

Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam perlu mensyukuri nikmat kurniaan kemerdekaan yang diberikan dan menggalas tanggungjawab mempertahankannya dengan pelbagai cara yang sesuai.

Sebagai contoh, elakkan provokasi yang membawa kepada perpecahan, pecah amanah, berpolitik tidak matang dan sebagainya.

Penulis Ketua Jabatan Syariah Islamiyyah, Kolej Islam As Sofa

Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... pertahan-kemakmuran

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
SILA IKUT ARAHAN...
ieja_p2_bumbumSILA IKUT ARAHAN...
Views : 13396 Replies : 50
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3375 Replies : 20
MidJourney: AI Yang Mencipta Seni Digital Berdasarkan Arahan Teks
YteeMidJourney: AI Yang Mencipta Seni Digita
Views : 101 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 202801 Replies : 4828
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12364 Replies : 193
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 11816 Replies : 15
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14467 Replies : 85
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 12343 Replies : 22
Bila netizen bersatu
riena3321Bila netizen bersatu
Views : 8656 Replies : 35
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 17164 Replies : 81

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.203972 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list