CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 935|Reply: 0

[Melaka] Bapa pelik arwah anak berubah rajin sebelum kemalangan

[Copy link]
Post time 22-10-2023 05:00 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan motosikal ditunggangi mangsa yang terbabit kemalangan di Jalan Paya Luboh, Bukit Rambai, awal pagi tadi. FOTO Ihsan IPD Melaka Tengah

Melaka: "Saya perasan arwah tiba-tiba berubah jadi rajin sejak tiga hari lalu apabila menyapu di dalam dan luar rumah. Sebelum ini jika disuruh, baru dia buat," kata Mohd Haidhir Md Yunos, bapa kepada Muhammad Habil Ammar, 16, yang maut dalam kemalangan tiga motosikal di Jalan Paya Luboh, Bukit Rambai, di sini, awal pagi tadi.

Muhammad Habil Ammar maut apabila motosikalnya bergesel dengan motosikal rakan, Azry Akhmal Azhim Afaruzi, 17, sebelum bertembung dengan motosikal ditunggang pekerja kilang berusia 19 tahun dalam kejadian jam 4 pagi.

Azry Akhmal dan pekerja kilang terbabit mengalami kecederaan pada badan dan kaki dirawat di Hospital Melaka, di sini.

Mohd Haidhir, 55, berkata, dia tidak menyangka perubahan sikap menjadi petanda anaknya akan pergi buat selama-lamanya dan hanya mengetahui kemalangan itu selepas diberitahu rakan arwah tidak lama selepas kejadian.

Katanya, dia cuba bertanya keadaan Muhammad Habil Ammar, namun tidak dijawab rakan arwah yang datang ke rumahnya di Taman Bukit Rambai, di sini.

"Saya kemudian mengikutnya ke tempat kemalangan sebelum nampak dari jauh ramai orang berkerumun pada satu mangsa di atas jalan.

"Mulanya terdetik di hati itu bukan anak saya kerana motosikalnya tiada di situ, namun bila sampai dekat, saya tergamam melihat anak tertiarap dengan muka bahagian kiri di atas jalan dan dipenuhi darah.

"Saya terus memeluk dan menciumnya serta mendapati denyutannya nadinya tiada sebelum ambulans tiba dan pegawai perubatan mengesahkan dia sudah tiada," katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka, hari ini.

Menurutnya, arwah bekerja sambilan pada cuti sekolah di sebuah kedai makan dan ketika kejadian, pelajar tingkatan empat itu dipercayai mahu ke bengkel motosikal di Tangga Batu.

"Anak saya bekerja dari jam 8 hingga 12 malam di kedai makan dan pada malam minggu, dia memang pulang lewat antara jam 3 hingga 4 pagi selepas melepak dengan rakan-rakan.

"Memang saya akan tunggu dia balik ke rumah sebelum saya masuk tidur. Tak sangka rakan arwah datang pagi tadi beritahu dia kemalangan," katanya.

Menurutnya, jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Rambai, di sini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sebelum-kemalangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.262903 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list