CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1930|Reply: 1

[Melaka] Juara futsal dapat hadiah kambing

[Copy link]
Post time 26-10-2023 02:17 PM | Show all posts |Read mode

Pasukan futsal Rambai FC bersama kambing yang dimenangi mereka selepas menjadi johan Kejohanan Futsal Tertutup Melaka Parlimen Tangga Batu 2023. - Foto NSTP/Nuraliawati Sabri

MELAKA: Pemenang atau juara kejohanan sukan selalunya akan membawa pulang hadiah wang tunai, medal atau piala. Namun berbeza bagi pasukan futsal dari Bukit Rambai FC apabila mereka membawa pulang hadiah seekor kambing.

Kejohanan Futsal Tertutup Melaka Parlimen Tangga Batu 2023, yang disertai pasukan itu menampilkan kelainan apabila turut menawarkan seekor kambing sebagai hadiah tempat pertama selain wang tunai, medal dan piala.

Penganjur pertandingan Amar Musa berkata, cadangan menjadikan kambing antara hadiah tempat pertama dibuat secara spontan olehnya semasa sesi perbincangan dan idea itu dipersetujui.

"Sebelum itu kami sepakat pemenang tempat pertama hanya akan memenangi wang tunai RM3,000, medal dan piala sahaja. Mungkin ini sudah rezeki buat pemenang selain saya niat ingin berkongsi hasil ternakan dengan orang lain," katanya.



Menurutnya, kejohanan yang berlangsung pada Ahad lalu itu dianjurkan oleh Aboy Cuci Aircond Services bersama Belia Madani dan Kelab Rakan Muda Tangga Batu itu mendapat penyertaan luar jangka apabila disertai lebih 80 pasukan.

"Mulanya pihak penganjur hanya sasarkan sebanyak 60 pasukan akan sertai kejohanan futsal ini tetapi mungkin kerana tawaran hadiah kambing, kami menerima 84 penyertaan.

"Semua pasukan futsal ini adalah dari seluruh negeri ini kerana kita meletakkan syarat untuk anak kelahiran Melaka atau mereka yang menetap di sini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... apat-hadiah-kambing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 05:16 PM | Show all posts
hadiah bukan biasa nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.262499 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list