CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11646|Reply: 0

[Perlis] Penuntut U kena tipu RM38,000

[Copy link]
Post time 1-12-2023 03:32 PM | Show all posts |Read mode
Penuntut U kena tipu RM38,000


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



FOTO HIASAN.




Kangar: Penuntut universiti awam kerugian RM38,000 selepas menjadi mangsa penipuan 'Macau Scam' akibat terpedaya dengan satu panggilan mendakwanya terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram dan sindiket dadah.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa lelaki berusia 20-an terbabit, semalam.

"Menerusi panggilan itu, mangsa diberitahu akan ditahan polis sekiranya gagal memberikan kerjasama bagi tujuan siasatan sebelum diarahkan untuk memasukkan wang berjumlah RM38,000 ke dalam dua akaun bank yang berbeza.

"Arahan berkenaan diberikan oleh suspek yang menyamar sebagai pegawai polis atas alasan untuk semakan duit dalam akaun bank milik mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa yang cemas terus memindahkan wang kepada akaun diberikan.

"Namun, selepas memindahkan kesemua wang seperti diarahkan barulah mangsa sedar dirinya sudah ditipu," katanya memaklumkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.



Disiarkan pada: Disember 1, 2023 @ 3:12pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.284496 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list